Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Saturday 21 September 2013

Kelambu Moden Yang Praktikal

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah.

Kelambu diperbuat daripada tirai nipis yang lembut dengan jaring-jaring yang halus. Ia digunakan bertujuan untuk menghalang serangga daripada menggigit atau mengganggu orang yang berada di dalamnya.  Jangan risau, walaupun ia menghalang serangga tetapi ia tidak menghalang udara daripada masuk ke dalam kelambu.

Mungkin bagi orang-orang sekarang kelambu semakin jarang-jarang di lihat berbanding dengan zaman semasa saya kanak-kanak dahulu. Kalau zaman dahulu boleh dikatakan setiap rumah pasti ada kelambu terutama di kampung-kampung kerana biasanya di kampung terdapat banyak nyamuk. Kelambu dahulu berbentuk empat segi dan biasanya berwarna putih dengan pintu keluar yang diselisihkan  dan harus diikat dengan tali di setiap penjuru dan direnggangkan. Termasuklah saya sendiri, kalau dahulu semasa saya kecil saya masih ingat lagi,  setiap ahli keluarga saya akan menggunakan kelambu ketika tidur kerana ibubapa saya tidak suka menggunakan ubat-ubat nyamuk yang banyak bahan-bahan kimia beracun  yang tidak elok untuk badan kita. Apabila saya meningkat dewasa dan keluar belajar, bekerja dan berumahtangga penggunaan kelambu hanya tinggal nostalgia buat saya. 
  

Tetapi apabila zaman silih berganti manusia menjadi lebih kreatif lalu terciptalah pula kelambu ‘style’ baru yang di panggil kelambu moden. Bentuknya seperti khemah dan kalau dilihat betul-betul seakan-akan kelambu 'baby' pun ada. Ia boleh didapati dengan berbagai-bagai saiz dan warna yang menarik. Tidak perlu menggunakan tali yang boleh menyebabkan kerosakan pada dinding. Senang dibawa kemana-mana, nak balik kampung ke, beriadah ke, makan angin ke atau ke mana-mana saja kerana ia sangat mudah dipasang, senang dilipat dan senang juga untuk disimpan semula ke dalam beg khas yang disediakan. Dengan bentuknya yang unik seperti khemah, ia juga mudah untuk kita keluar masuk kerana mempunyai pintu yang berzip. Sangat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur samada bayi ataupun orang dewasa. Begitu juga dengan mereka yang baru lepas bersalin dan mereka yang alah dengan ubat nyamuk terutama untuk orang yang ada sakit asma sangat sesuai menggunakan kelambu moden ini.


Walaupun di rumah saya tidak banyak nyamuk dan saya tidak perlu menggunakan kelambu ketika tidur, tetapi saya mempunyai dua kelambu moden ini sebagai simpanan. Saya akan menggunakan kelambu moden ini sekiranya terdapat gangguan bekalan elektrik di rumah saya di mana ketika itu kipas angin tidak boleh digunakan, biasanya nyamuk akan datang. Begitu juga ketika saya pergi makan angin atau balik kampung saya akan membawa kelambu moden ini bersama saya.

Pendek kata kelambu ini sangat-sangat praktikal buat keluarga saya. Kepada sesiapa yang nak mencuba kelambu moden ini bolehlah hubungi saya.

0192270840 ( Ummu Sumayyah )
0192790952 ( Abu Sobir )

Untuk pertanyaan, kami juga sentiasa available di whatsapp.

Harga :

Single : RM40
Queen : RM45
King : RM55



 

0 comments:

Post a Comment