Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Tuesday 10 September 2013

Pengenalan Diri

Bismillah.


Teks : Ummu Sumayyah



Nama : Sharifah Sahiza binti Syed Musa
Tarikh Lahir : 29 September 1968
Umur : 45
Status : Berkahwin
Anak : 8 orang (3 lelaki dan 5 perempuan)

Sebelum saya mula menulis tentang pengenalan diri dan keluarga terlebih dahulu saya ingin memaklumkan kepada pembaca sekalian bahawa sebenarnya saya sudah lama meninggalkan alam persekolahan dan alam pekerjaan. Aura untuk menulis pun sudah lama hilang entah ke mana. Agaknya dah jadi seperti rumah usang. Kalau rumah yang dah lama ditinggalkan tanpa penghuni mesti lah rumah tersebut harus diperbaiki dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diduduki semula. Begitu juga dengan diri saya, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri. Terima kasih kepada mentor saya adik Anys Idayu kerana sabar mengajar anak murid seperti saya yang dah 'otai' (old timer).   

Selepas tamat belajar saya terus bekerja di sektor perbankan. Alhamdulillah Allah beri saya kemudahan untuk menunaikan haji pada usia saya belum mencecah 30 tahun. Semasa di mekah saya berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan jalan kerana di dalam hati keci ini, saya berasa sungguh tidak selesa dengan pekerjaan saya pada waktu itu. Berkat doa di Mekah Alhamdulillah setelah beberapa tahun selepas itu saya berjaya mengeluarkan diri dari dunia perbankan yang sudah 15 tahun saya bersama bank nombor satu di Malaysia. Sejak itu tumpuan saya hanyalah untuk mendidik serta membesarkan anak-anak. Mungkin dari mula niat saya berhenti kerja kerana Allah. InsyaAllah, Allah sentiasa memberi kemudahan dengan kecukupan rezki. Jadi kepada sesiapa yang ada niat untuk berhenti kerja jangan mencari seribu macam alasan lagi insyaAllah rezki ada di mana-mana. Kalu bukan rezki kita mungkin rezki anak-anak. Tambahan pula zaman sekarang ini zaman rezki di hujung jari cuma kena ada sedikit usaha sahaja kita boleh jana pendapatan insyaAllah. Yang penting sentiasa bersyukur kepada Allah dan biasa kan diri dengan pandang ke bawah dengan melihat orang yang lebih susah dari kita, lebih sakit dari kita dan lebih miskin dari kita. Jangan selalu melihat ke atas nanti kita yang 'stress'.

Selepas saya keluar dari kepompong selesa, saya dan suami memikirkan pula bagaimana cara yang sesuai untuk mendidik serta membesarkan anak-anak. Tambahan pula dengan bermacam-macam berita yang tidak enak didengar di dalam masyarakat kita sekarang.  Setelah bermusyawarah dan membuat berbagai-bagai kajian maka saya dan suami mengambil keputusan untuk mengubah cara pendidikan anak-anak. Setelah berbincang dengan memberi tarbiyah serta penerangan yang terperinci kepada anak-anak, alhamdulillah kami tidak mendapat banyak bangkangan dari anak-anak. Semua mereka boleh menerima keputusan yang di buat oleh ibu dan ayah mereka. Agaknya mereka juga fikir untuk kebaikan dan masa depan mereka. 

Daripada cara pendidikan  biasa kami beralih kepada memberi pendidikan ilmu agama dengan harapan supaya mereka menjadi hamba-hamba Allah yang diberkati serta diredhai Allah di dunia dan di akhirat. Dengan memegang prinsip membina keluarga sakinah yang berpegang teguh kepada al-quran dan as-sunnah mengikut pemahaman salafussoleh. Alhamdulillah berkat usaha kami sekeluarga, dan rezki dari Allah  insyaAllah semua anak-anak lelaki saya berjaya menghafal al-quran. Anak-anak perempuan saya pula, disamping menghafal al-quran saya dorongkan mereka dengan memberi kemahiran menjahit, memasak dan membuat kek serta mengajar quran pada anak-anak kecil. Syukur pada Allah kerana Allah mengurniakan saya dengan anak-anak yang semua mendengar kata tidak memberi banyak masalah dan taat kepada perintah Allah dan kedua ibu bapa mereka. Hasil yang saya dapati sekarang insyaAllah saya tidak menyesal dengan keputusan yang saya buat dan tindakan yang saya ambil dalam mendidik anak-anak. Walaupun masyarakat memandang tindakan saya melawan arus perdana itu adalah satu tindakan yang merugikan tapi bagi saya kalau kita buat sesuatu kerana Allah insyaAllah Allah pasti akan membantu kita itu janji Allah dalam surah at-talaq ayat : 2 yang maksudnya " Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rizki dari arah yang tidak disangka-sangka.”   

Sebenarnya niat untuk mencuba 'bisnes online' ini sudah lama terlintas di benak fikiran saya. Tambahan pula apabila memikirkan anak-anak semua sudah besar dan yang bongsu pun sudah menjangkau umur 5 tahun. Biasanya apa yang saya akan lakukan di rumah sekiranya ada waktu terluang...saya akan singgah di blog-blog orang dan suka mencari maklumat tentang WAHM, SAHM dan SOHO. Hasil dari bacaan-bacaan tersebut maka timbul lah minat untuk saya mencuba walaupun sudah beberapa kali niat untuk membuat blog sendiri  terpadam begitu sahaja sebab terlalu banyak soalan-soalan yang keluar dari fikiran.Tambahan pula apabila memikirkan faktor umur, bak kata orang tua-tua "otak dah berkarat..kita baru nak mula", di tambah-tambah lagi apabila memikirkan  saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang penulisan apa lagi penulisan blog yang boleh di baca oleh sesiapa sahaja.

Setelah melakukan solat istikharah dan minta pada Allah ada kah keputusan yang akan saya ambil ini adalah satu keputusan yang baik atau sebaliknya. Dengan izin Allah, suatu hari saya terjumpa blog Akademi Bekerja Dari Rumah. Beberapa hari juga saya membaca kisah-kisah dan pengalaman mereka yang mendaftar di bawah Akademik ini. Bermula dari situ lah minat saya untuk  mengetahui dengan lebih mendalam lagi. Lalu saya terus menghubungi adik anys idayu dan bertanya kepada beliau  beberapa soalan. Setelah berpuas hati dengan  keterangan yang diberikan oleh beliau, maka saya terus mendaftar sebagai ahli akademi bekerja dari rumah di bawah mentor adik anys idayu.  

Saya berharap semoga segala usaha yang akan saya lakukan di dalam bisnes online ini diberkati dan diredhai Allah di samping dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga saya. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga terutama suami dan anak-anak atas sokongan mereka untuk saya menjalankan bisnes online ini. Begitu juga kepada mentor-mentor saya Pn Anys dan Pn Masayu saya doakan mereka mudah-mudahan di panjangkan umur, di murahkan rezki dan sentiasa berkesempatan melakukan kebaikan dan memperoleh keberkatan. Ameen. 


1 comments:

  1. Assalamualaikum pn Sharifah,

    Salam kenalan dari saya Hamidah, pemilik blog http://puanhamidahburham.blogspot.com.

    Pn seorang ibu yang hebat! semoga usaha kita untuk membantu keluarga dan meringankan beban suami diberkati Allah. Amin..

    ReplyDelete