Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Monday 25 November 2013

Ajari Anak-Anak Tentang Pentingnya Solat

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Solat adalah tiang agama. Solat akan mempengaruhi kehidupan akhirat seseorang muslim. Namun pada masa kini kita dapati ramai orang-orang islam yang menganggap solat ini tidak penting dan mereka sering melewat-lewatkan solat kerana sibuk dengan urusan duniawi dan ada juga yang tidak mengerjakan langsung amalan ini. Maka sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa harus memberi penekanan tentang kewajipan solat kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.


Sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat kita, ketika Azan berkumandang di masjid, anak-anak masih tetap tidak berganjak dari depan TV, masih leka bermain, atau masih diulit mimpi di tempat tidur malas untuk bangun di awal pagi untuk mengerjakan solat subuh.  Kadang-kadang hanya mengerjakan solat ketika waktu solat sudah hampir tamat. Bahkan kebanyakan ibu bapa tidak mengambil berat akan keadaan sebegini. Tetapi berbeza sekali keadaannya ketika melibatkan urusan-urusan keduniaan contoh ketika mengejutkan anak-anaknya bangun pagi untuk ke sekolah atau memanggil mereka pulang dari bermain agar tidak terlambat ke sekolah

Wahai ibu bapa sekelian…! Lupakah kita dengan peringatan dari Rabb semesta alam:

بَلْ تُؤْثِرُوْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا. وَاْلآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى

“Akan tetapi kalian mengutamakan dunia, sementara akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.” (Al-A’la: 16-17)

Seorang mukmin yang berakal tentu tidak akan memilih sesuatu yang buruk dengan meninggalkan yang lebih baik atau membeli kesenangan sementara dengan ketenangan yang abadi, karana kecintaan terhadap dunia merupakan pangkal setiap kesalahan. (Taisirul Karimir Rahman hal. 921)


Ibu bapa mana yang tidak menginginkan kebaikan buat anak-anaknya? Malah setiap ibu bapa mengimpikan agar anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Untuk mencapai matlamat tersebut maka adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi pendidikan kepada anak-anak tentang kewajipan solat.

Inilah yang dilakukan oleh Luqman Al-Hakim, ketika menyampaikan wasiat kepada anaknya:

يَابُنَيَّ أَقِمِ الصَّلاَةَ
 
“Wahai anakku, dirikanlah solat…” (Luqman: 17)

Yang dimaksud adalah menunaikan solat dengan seluruh batasan, kewajiban, dan waktu-waktunya (Tafsir Ibnu Katsir, 6/194).


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :


وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا

“Perintahkanlah keluargamu untuk menunaikan solat dan bersabarlah atasnya.” (Thaha: 132)
 

Keluarga diistilahkan kepada individu yang ada di dalam sebuah rumah tangga, baik isteri, anak-anak putra dan putri, ibu saudara atau pun ibu. (Syarh Riyadhush Shalihin, Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah, 2/119)

Kita dianjurkan untuk menunaikan solat, baik solat fardhu mahupun solat sunat. Sementara memerintahkan pada sesuatu berarti memerintahkan pada seluruh perkara yang dapat menyempurnakan sesuatu itu. Demikian juga perintah untuk melakukan solat.  Ini bererti kita juga harus mempelajari semua perkara yang berkaitan dengan solat.


Juga bersabar dalam menunaikan solat dengan seluruh batasan, rukun, adab, dan khusyu’ dalam solat, karena hal ini terasa berat bagi jiwa. Akan tetapi, jiwa harus dipaksa dan diperangi untuk menjalankannya, diiringi pula dengan kesabaran, kerana bila seorang hamba menunaikan solat sesuai dengan apa yang diperintahkan, maka dia akan lebih menjaga dan melakukan perkara agama yang lainnya. Sebaliknya, bila seorang hamba meremeh-remehkan solatnya, maka dia akan lebih meremeh-remehkan perkara agama yang lainnya. (Taisirul Karimir Rahman hal. 517)

Begitu pula yang diperintahkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang disampaikan oleh Amr ibnul ‘Ash radhiallahu ‘anhu:


مُرُوا أُوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ

“Perintahkanlah anak-anak kalian untuk solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka bila enggan melakukannya pada usia sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.” (HR. Ahmad dan dikatakan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir no. 5744: “Hadits ini hasan.”)

Inilah di antara hak anak yang harus ditunaikan oleh kedua ibubapa, dengan memerintahkan mereka solat ketika telah mencapai usia tujuh tahun, dan memukul mereka ketika sepuluh tahun sekiranya mereka meremehkan atau meninggalkan solat, dengan syarat anak itu berakal. Ini bererti, apabila anak telah mencapai tujuh atau sepuluh tahun namun mereka tidak berakal (gila), maka mereka tidak diperintah dengan sesuatu pun, tidak pula dipukul bila meninggalkan hal itu. Akan tetapi, ibu bapa harus mencegah terjadinya kerusakan pada diri mereka, baik di dalam maupun di luar rumah.

Yang dimaksud dengan pukulan di sini adalah pukulan yang bersifat mendidik, iaitu pukulan yang tidak membahayakan. Seorang bapa tidak boleh memukul anaknya dengan pukulan yang melampau yang boleh mencederakan anak itu dan juga tidak boleh memukul dengan pukulan  yang bertubi-tubi tanpa ada keperluan. Namun apabila keadaan memaksa misalnya anak tidak mahu menunaikan solat kecuali dengan pukulan, maka seorang bapa berhak memukulnya dengan pukulan untuk memberi pengajaran kepada anak itu dengan tidak mencederakannya. 


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kedua ibu bapa untuk memukul bukan untuk menyakiti si anak, melainkan untuk mendidik dan membetulkan mereka. (Syarh Riyadhush Shalihin, Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah, 2/123-124)

Tidak hairanlah apabila didapati perintah untuk mengajarkan solat kepada anak-anak dan  mengingatkan kepada mereka tentang kepentingan solat bagi seorang hamba. Di antara sekian banyak keutamaan yang dipetik adalah penjagaan dirinya dari kekejian dan kemungkaran.


إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشآءِ وَالْمُنْكَرِ
 
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.” (Al-‘Ankabut: 45)

Al-Fahsyaa’ dalam ayat di atas meliputi semua kemaksiatan yang diingkari dan dianggap jijik serta disukai oleh hawa nafsu. Sementara Al-Mungkar pula mencakupi seluruh perbuatan maksiat yang diingkari oleh akal dan fitrah.


Seorang hamba yang sentiasa menunaikan solat dengan menyempurnakan setiap rukun-rukun serta syarat-syarat solat dan khusyu’ apabila mengerjakan solat, maka ia akan beroleh cahaya di kalbunya, bersih hatinya, bertambah imannya, bertakwa dan cinta terhadap kebaikan. Bahkan hilang keinginannya untuk melakukan perkara-perkara keburukan dan mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar. Inilah di antara tujuan solat.


Sementara itu, di dalam ibadah solat terdapat maksud yang lebih agung dan lebih besar, iaitu zikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan hati, lisan dan anggota badan. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menciptakan hamba-hamba-Nya, dan ibadah paling utama yang dilakukan oleh para hamba adalah solat, di dalamnya terkandung ibadah seluruh anggota badan yang tidak terdapat pada ibadah selainnya. (Taisirul Karimir Rahman hal. 632)


Keutamaan lain yang diperoleh seorang hamba dengan solatnya digambarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam banyak perkataan beliau. Di antaranya yang disampaikan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:


سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ هَلْ يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ؟ 
قَالُوا: لاَ يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ؛ قَالَ: فَذَلِكَ مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ، يَمْحُو اللهُ بِهِنَّ الخَطَايَا
 
“Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Bagaimana menurut kalian, bila ada sebuah sungai besar di depan pintu salah seorang dari kalian yang dia mandi di dalamnya lima kali dalam sehari, apakah ada dakinya yang tertinggal?’ Para shahabat menjawab: ‘Tidak akan tertinggal dakinya sedikit pun.’ Beliau pun berkata: ‘Demikian permisalan solat lima waktu, dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan’.” (HR. Al-Bukhari no. 528 dan Muslim no. 668)

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu juga mengatakan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا لَمْ تُغْشَ الكَبَائِرُ
 
“Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat berikutnya, merupakan penggugur bagi dosa yang ada di antaranya selama tidak dilakukan dosa-dosa besar.” (HR. Muslim no. 233)

‘Utsman bin ‘Affan radhiallahu ‘anhu menyampaikan pula:


سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنِ امْرِئٍ مُسْلِمٍ تَحْضُرُهُ صَلاَةٌ مَكْتٌوْبَةٌ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهَا وَخُشُوعَهَا وَرُكُوعَهَا إِلاَّ كَانَتْ كَفَّارَةً لِمَا قَبْلَهَا مِنَ الذُّنُوْبِ مَا لَمْ تُؤْتَ كَبِيْرَةٌ، وَذَلِكَ الدَّهْرَ كُلَّهُ
 
“Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim yang didatangi waktu solat fardhu, lalu dia memperbaguskan wudhunya, khusyunya dan ruku’nya, kecuali solatnya akan menjadi penggugur bagi dosa-dosanya yang lalu selama tidak melakukan dosa-dosa besar dan ini terus berlangsung sepanjang masa.” (HR. Muslim no. 228)

Mengajarkan solat pada anak-anak dapat dilakukan dengan berwudhu dan menunaikan solat di hadapan mereka, mengajak mereka ke masjid, mendorong mereka dengan adanya kitab yang berisi tata cara solat seperti 'Sifat Solat Nabi' agar seluruh keluarga dapat pula mempelajari hukum-hukum solat. Selain itu, diajarkan pula Al-Qur’an, dimulai dengan Surat Al-Fatihah serta surat-surat pendek lainnya, kemudian diajarkan untuk menghafal bacaan tahiyyat.


Pastikan anak-anak diajari juga hukum-hukum, syarat-syarat, kewajipan-kewajipan solat, serta hal-hal yang membatalkan solat, sunnah-sunnah, adab-adab dan zikir-zikir dalam solat. Di samping itu, anak laki-laki harus diberi dorongan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat jamaah di masjid di belakang barisan saf laki-laki. Apabila anak-anak melakukan kesalahan, maka nasihatilah mereka dengan hikmah dan disertai dengan  lemah lembut,  tidak membentak ataupun mengherdik mereka agar mereka tidak meninggalkan solat sehingga boleh  membuahkan dosa bagi orang tuanya. (Kaifa Nurabbi Auladana hal. 25)


Sementara anak-anak perempuan pula harus diajari tentang keutamaan solat mereka di dalam rumah, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajari para wanita:


صَلاَةُ المَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي حُجْرَتِهَا، وَصَلاَتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي بَيْتِهَا
 
“Solat seorang wanita di salah satu ruangan rumahnya lebih utama daripada solatnya di tengah rumahnya dan solatnya di bilik (peribadinya) lebih utama daripada (ruangan lain) di rumahnya.” (HR. Abu Dawud dan dikatakan oleh Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah dalam Al-Jami’ush Shahih 2/150: “Hadits ini shahih menurut syarat Al-Imam Muslim.”)

Hal yang tak boleh hilang dari pengajaran solat adalah masalah khusyu’. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُوْنَ. الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاَتِهِمْ خَاشِعُوْنَ


“Beruntunglah orang-orang yang beriman, yang khusyu’ di dalam solat mereka.” (Al-Mukminun: 1-2)
 

Khusyu’nya seorang hamba dalam solat, adalah hadirnya hati di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala, merasakan dekat dengan-Nya, hingga tenang hati, jiwa dan gerakannya, hampir-hampir tidak berpaling dari-Nya, dengan sepenuh adab di hadapan Rabbnya, menghadirkan segala yang diucapkan dan dilakukan di dalam solat, dari awal hingga akhir solatnya, hingga hilanglah segala bisikan dan fikiran yang hina. Inilah roh solat, inilah yang diinginkan dalam solat seorang hamba, dan inilah yang diwajibkan atas seorang hamba. Oleh karena itu, solat tanpa khusyu’ dan tanpa disertai hadirnya hati, walaupun mencukupi untuk menggugurkan kewajipan dan mendapatkan pahala, namun sesungguhnya pahala itu sesuai dengan apa yang ada dalam hatinya. (Taisirul Karimir Rahman hal. 547-548)

Dengan demikian, maka sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa haruslah menekankan kepada anak-anak tentang pentingnya solat demi untuk melihat mereka ke gerbang kebahagiaan dunia dan akhirat. Siapa kiranya di antara kita yang tidak tergiur dengan janji Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tidak pernah diselisihi-Nya:


وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلاَتِهِمْ يُحَافِظُوْنَ. أُولَئِكَ فِي جَنَّاتٍ مُكْرَمُوْنَ
 
“Dan orang-orang yang menjaga solatnya, mereka itu dimuliakan di dalam surga.” (Al-Ma’arij: 34-35)

 
Wallahu a’lam.

sumber : Al-Ustadzah Ummu ‘Abdirrahman Anisah bintu ‘Imran

0 comments:

Post a Comment