Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Saturday 23 November 2013

Bekam Sunnah

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah


Berbekam adalah Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang kian dilupakan.  Ia juga adalah teknik perubatan dan rahsia kesihatan Rasulullah. “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280)


Dari Abdullah bin Mas'ud Radiallahuanhu, dia berkata: "Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, pernah menyampaikan sebuah hadits tentang malam di mana beliau diisrakkan bahawa beliau tidak melewati sejumlah malaikat melainkan mereka semua menyuruh beliau Sallallahu Alaihi Wasallam, dengan mengatakan: 'Perintahkanlah umatmu untuk berbekam'." (Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/20), hasan gharib).

Apa itu Bekam?

Berbekam juga dikenali sebagai Hijamah ia diertikan sebagai satu tindakan penyedutan darah kotor dari permukaan kulit dengan alat yang menyerupai tabung yang kemudiannya ditampung dalam gelas. Biasanya sel-sel darah yang sudah mati/ toksin dan angin yang berlebihan di dalam badan yang tidak diperlukan oleh tubuh dapat dikeluarkan dengan berbekam.

Kenapa Harus Berbekam?

Setiap manusia akan menghasilkan sel darah merah kotor. Makanan yang kita makan dan air yang kita minum sering kali mengandungi bahan-bahan zat kimia yang merbahaya. Selain darah kotor, angin yang berlebihan di dalam badan juga dapat mengganggu sistem metabolisma badan sehingga boleh menyebabkan terjadinya sesuatu penyakit. Oleh itu dengan berbekam ia akan membantu mengurangkan darah kotor dan angin yang berlebihan di dalam tubuh kita justeru badan akan terasa lebih sihat dan bertenaga.


Jenis-Jenis Bekam.

Bekam Darah

Kaedah bekam yang menjadi amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ia telah terbukti boleh mencegah, malah boleh mengubati berbagai jenis penyakit termasuk penyakit-penyakit yang melibatkan organ kritikal seperti jantung, ginjal, paru-paru dan otak.



Bekam Angin

Amalan berbekam dengan kaedah bekam angin. Ia boleh membantu mengeluarkan angin-angin yang berlebihan di dalam badan serta melancarkan perjalanan darah.

Di sini kami menawarkan alat bekam kepada sesiapa yang berminat.







Set Bekam Mini
 
harga = RM150



Jika ada sesiapa yang memerlukan rawatan bekam (lelaki sahaja) di sekitar puchong, putrajaya, kajang dan bangi boleh hubungi/ whatsapp  019-2790952 (Wan)

 

0 comments:

Post a Comment