Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Wednesday 27 November 2013

Tiga Golongan Manusia Di Hari Kiamat Nanti

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Pada hari kiamat nanti, manusia akan terbahagi kepada tiga golongan. Ini diambil dari firman Allah Ta’ala dalam Surat Al-Waqi’ah, sebagai berikut :

إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ (١)لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ (٢)خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ (٣)إِذَا رُجَّتِ الأرْضُ رَجًّا (٤)وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا (٥)فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا (٦)وَكُنْتُمْ أَزْوَاجًا ثَلاثَةً (٧)فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ (٨)وَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ (٩)وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ (١٠)أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ (١١)فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ (١٢)ثُلَّةٌ مِنَ الأوَّلِينَ (١٣)وَقَلِيلٌ مِنَ الآخِرِينَ (١٤)

Apabila terjadi hari kiamat. Tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain). Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya. Dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya. Maka jadilah ia debu yang beterbangan. Dan kamu menjadi tiga golongan. Yaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Dan orang-orang yang beriman paling dahulu. Mereka Itulah yang didekatkan kepada Allah. Berada dalam jannah kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu. Dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.” (QS Al-Waqi’ah : 1-14)

Dalam ayat-ayat tersebut di jelaskan, bahwa pada hari kiamat nanti manusia akan terbagi menjadi tiga golongan, iaitu :

(1)   Golongan Kanan, iaitu golongan orang-orang yang akan diberikan catatan amal mereka dari tangan kanan mereka, dan mereka itulah ahli surga.

(2)   Golongan Kiri, iaitu golongan orang-orang yang akan diberikan catatan amal mereka dari tangan kiri mereka, dan mereka itulah calon penduduk neraka.

(3)   Golongan yang paling terdahulu (terdepan), yang selalu berlumba-lumba dalam melakukan ketaatan dan ibadah kepada Alloh.

Para ulama menjelaskan ciri-ciri mereka itu semua seperti berikut :

(1)   Golongan As-Sabiquunas Sabiquun (yang berlumba-lumba dan terdepan), yakni orang-orang yang melakukan amal-amal yang diwajibkan atas mereka, dan bersemangat dalam melakukan amal-amal yang disunnahkan kepada mereka, juga berusaha menjauhkan diri mereka dari perkara yang haram dan yang makruh, dan berhati-hati dari perkara yang mutasyabihat dalam perkara yang dimubahkan atas mereka, kerana takut terjatuh dalam perkara yang haram.

(2)   Golongan Ashabul Yamin (Golongan Kanan), yakni orang-orang yang melakukan amal-amal yang diwajibkan atas mereka dan menjauhi yang haram, tetapi mereka kurang semangat dalam melakukan perkara-perkara yang sunnah, dan terkadang mereka terjatuh pada perkara makruh, dan bersenang-senang dalam perkara yang mubah (sesuatu yang bila dikerjakan atau ditinggalkan tidak mendapat pahala dan tidak berdosa. Dengan kata lain, amal (perbuatan)yang boleh).

(3)   Golongan Ashabus Syimal (Golongan Kiri), iaitu orang-orang yang melakukan sebagian perkara yang haram, dan meninggalkan sebahagian perkara yang diwajibkan, kemudian tidak memiliki himmah (kepedulian dan semangat) yang tinggi dalam melakukan amal-amal yang disunnahkan. Golongan yang seperti ini  terbagi lagi dua golongan, yaitu orang mukmin yang fasiq (ahli maksiat), kemudian golongan orang-orang kafir.

Wahai saudaraku kaum muslimin sekelian, marilah kita muhasabah dan melihat kepada diri kita masing-masing, kita ini termasuk di dalam golongan yang mana satu. Apabila kita menginginkan kebaikan diri kita di akhirat nanti, marilah kita berusaha dan berlumba-lumba untuk menjadi  golongan yang utama.

Wallahu a’lam.

sumber : Al Ustadz Muhammad Asnur, Khutbah 

0 comments:

Post a Comment