Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Friday 27 December 2013

Ciri-Ciri Isteri Solehah

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman 

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS. Ar Ruum : 21)

Berkata Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya (3/473) :

“Termasuk kesempurnaan rahmat Allah Subhaanahu wa Ta’ala kepada anak Adam: Dia jadikan isteri-isteri mereka dari jenis mereka sendiri. Dan ditumbuhkan antara mereka “mawaddah” iaitu cinta dan “rahmah” iaitu kasih sayang. Kerana seorang laki-laki akan memilih seorang wanita untuk tetap menjadi isterinya kerana ia mencintai wanita tersebut atau karena ia kasihan terhadapnya, dimana ia telah mendapatkan anak dari wanita tersebut dan mereka memerlukannya untuk mendapatkan perlindungan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir “

Abdullah bin Amr ibnul Ash rahimahullah mengkabarkan bahwasanya Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita solehah.” (HR. Muslim)

Isteri solehah adalah impian setiap laki-laki di dunia ini. Di mana ianya sangat sukar dicari tambahan pula pada zaman yang serba mencabar ini. Isteri solehah mampu menjadi tauladan begi orang yang dibawah tanggungannya. Memiliki akhlak yang mulia, sentiasa menjaga batas-batas pergaulan, taat pada perintah Allah, menjauhi laranganNya, mempunyai sifat sabar yang tinggi, sentiasa menjaga kehormatannya, bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya dan menjadi isteri dan ibu yang baik kepada keluarganya..

Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu mengkhabarkan dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda :

“Wanita itu dinikahi karena 4 perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang memiliki agama, engkau akan bahagia.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sifat-sifat wanita yang sebaiknya engkau pilih sebagai isteri sehingga ia boleh menjadi pengurus rumahmu dan pendidik anak-anakmu adalah wanita yang memiliki agama dan akhlak yang dapat membantumu untuk taat kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Yang mengingatkanmu ketika engkau lupa, menolongmu ketika engkau ingat, mengurus dan memperhatikanmu ketika engkau ada, menjaga hartamu dan kehormatannya ketika engkau tiada. Dia membuatmu redha ketika engkau marah, mentaatimu ketika engkau perintah dan berbuat baik serta berbakti kepadamu.

Sesungguhnya wanita mulia yang menjaga kehormatannya tidak akan menyombongkan dirinya di hadapanmu dengan harta dan kecantikan yang ada padanya. Tidak pula dengan kedudukan dan nasab (keturunannya).

Wallahua'lam 

Sumber : Al Haura Ummu Salamah

0 comments:

Post a Comment