Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Monday 30 December 2013

Ulasan Kelas

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan nikmatNya, alhamdulillah saya berjaya juga  menyiapkan tugasan 44 entri yang diberikan kepada saya. Seperti biasa tugasan 44 entri ini juga dikhususkan kepada semua ahli Akedemi Bekerja Dari Rumah yang diasaskan oleh Pn Masayu Ahmad ini. Ia bertujuan untuk melatih setiap ahli supaya membiasakan diri dengan pengalaman menulis. Walaupun dengan kesuntukan masa dan tenaga yang amat terhad bagi saya untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan namun dengan semangat yang ada, saya berjaya juga walaupun ianya mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira tiga bulan lebih berbanding dengan rakan-rakan muda yang lain yang berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam jangka waktu yang singkat.

Sebelum saya meneruskan ulasan saya ini, terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentor saya adik Anys Idayu kerana sudi mencurahkan ilmu-ilmu beliau kepada saya tentang bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog. Walaupun blog yang saya hasilkan ini tidaklah seperti blog-blog protege yang lain di dalam akademi ini, namun saya bersyukur kerana terdapat juga pembaca-pembaca yang sudi membaca tulisan saya. Ini dapat dilihat pada 'pageview' di dalam blog saya yang semakin meningkat. Begitu juga terima kasih saya kepada pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah ini Pn Masayu Ahmad kerana dengan ideanyalah maka tertubuh satu komuniti alam maya bagi mereka-mereka yang memerlukan bimbingan. Semoga Allah memberkati segala usaha beliau. Aameen.

Setelah tiga bulan lebih saya bersama dengan rakan-rakan yang lain di dalam Akademi ini, apa yang dapat saya simpulkan di sini bahawa banyak faedah serta kebaikan yang saya dapati  di dalam Akademi ini. Pendekata banyak informasi-informasi baru, pengalaman-pengalaman serta kemahiran orang lain yang boleh saya ambil dan jadikan iktibar. Dan apa yang paling unik di akademi ini adalah kami seolah-olah bekerja di dalam satu pasukan yang kuat walaupun pada hakikatnya semua ahli-ahlinya berselerak di seluruh pelusuk negara dan ada juga segelintir di luar negara. 

Matlamat utama saya untuk berblog ini bukan lah untuk bisnes semata-semata, tetapi ianya lebih kepada perkongsian ilmu-ilmu yang bermenafaat serta pengalaman-pengalaman berguna yang saya alami supaya ianya boleh dijadikan pedoman kepada pembaca-pembaca sekelian. Semoga segala usaha saya ini, akan diberkati serta diredhai oleh Allah subhana wa ta'la. Sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak boleh menjadi bekalan untuk saya bawa setelah saya tiada lagi di dunia ini. Aameen.

Teringat saya tentang sebuah hadith nabi 

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini agar setiap orang yang mendengar suatu perkara yang sahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersegera untuk menyampaikannya, meskipun hanya sedikit. Tujuannya agar nukilan dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dapat segera tersambung dan tersampaikan seluruhnya.” Hal ini sebagaimana sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam, “Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk kita menyampaikan perkara agama dari beliau, karena Allah subhanahu wa ta’ala telah menjadikan agama ini sebagai satu-satunya agama bagi manusia dan jin dalilnya :

Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah : 3). 

Oleh itu di sini saya ingin menyarankan kepada rakan-rakan serta ibu-ibu di luar sana, sesiapa yang bercadang untuk sama-sama menyertai kami di Akademi ini. Anda boleh lah menghubungi mentor saya Puan Anys Idayu. Jangan membuang masa lagi kerana banyak peluang serta faedah yang boleh anda dapati sekiranya anda berpeluang menyertai kami di dalam komuniti WFHM ini.

Sekian sahaja ulasan saya untuk kali ini. Sekiranya terdapat apa-apa kekurangan didalam tulisan saya sebelum ini dan yang akan datang maka saya memohon maaf. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kesalahan diri saya sendiri. Dan tidak lupa juga kepada pembaca-pembaca yang memberi komen-komen positif kepada saya diatas perkongsian ilmu-ilmu yang saya paparkan di dalam blog ini, saya ucapkan jazakillahu khairan. Moga kita sama-sama mendapat menafaat di dunia dan di akhirat. Aameen.

0 comments:

Post a Comment