Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Monday 30 December 2013

Ulasan Kelas

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan nikmatNya, alhamdulillah saya berjaya juga  menyiapkan tugasan 44 entri yang diberikan kepada saya. Seperti biasa tugasan 44 entri ini juga dikhususkan kepada semua ahli Akedemi Bekerja Dari Rumah yang diasaskan oleh Pn Masayu Ahmad ini. Ia bertujuan untuk melatih setiap ahli supaya membiasakan diri dengan pengalaman menulis. Walaupun dengan kesuntukan masa dan tenaga yang amat terhad bagi saya untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan namun dengan semangat yang ada, saya berjaya juga walaupun ianya mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira tiga bulan lebih berbanding dengan rakan-rakan muda yang lain yang berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam jangka waktu yang singkat.

Sebelum saya meneruskan ulasan saya ini, terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentor saya adik Anys Idayu kerana sudi mencurahkan ilmu-ilmu beliau kepada saya tentang bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog. Walaupun blog yang saya hasilkan ini tidaklah seperti blog-blog protege yang lain di dalam akademi ini, namun saya bersyukur kerana terdapat juga pembaca-pembaca yang sudi membaca tulisan saya. Ini dapat dilihat pada 'pageview' di dalam blog saya yang semakin meningkat. Begitu juga terima kasih saya kepada pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah ini Pn Masayu Ahmad kerana dengan ideanyalah maka tertubuh satu komuniti alam maya bagi mereka-mereka yang memerlukan bimbingan. Semoga Allah memberkati segala usaha beliau. Aameen.

Setelah tiga bulan lebih saya bersama dengan rakan-rakan yang lain di dalam Akademi ini, apa yang dapat saya simpulkan di sini bahawa banyak faedah serta kebaikan yang saya dapati  di dalam Akademi ini. Pendekata banyak informasi-informasi baru, pengalaman-pengalaman serta kemahiran orang lain yang boleh saya ambil dan jadikan iktibar. Dan apa yang paling unik di akademi ini adalah kami seolah-olah bekerja di dalam satu pasukan yang kuat walaupun pada hakikatnya semua ahli-ahlinya berselerak di seluruh pelusuk negara dan ada juga segelintir di luar negara. 

Matlamat utama saya untuk berblog ini bukan lah untuk bisnes semata-semata, tetapi ianya lebih kepada perkongsian ilmu-ilmu yang bermenafaat serta pengalaman-pengalaman berguna yang saya alami supaya ianya boleh dijadikan pedoman kepada pembaca-pembaca sekelian. Semoga segala usaha saya ini, akan diberkati serta diredhai oleh Allah subhana wa ta'la. Sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak boleh menjadi bekalan untuk saya bawa setelah saya tiada lagi di dunia ini. Aameen.

Teringat saya tentang sebuah hadith nabi 

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini agar setiap orang yang mendengar suatu perkara yang sahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersegera untuk menyampaikannya, meskipun hanya sedikit. Tujuannya agar nukilan dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dapat segera tersambung dan tersampaikan seluruhnya.” Hal ini sebagaimana sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam, “Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk kita menyampaikan perkara agama dari beliau, karena Allah subhanahu wa ta’ala telah menjadikan agama ini sebagai satu-satunya agama bagi manusia dan jin dalilnya :

Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah : 3). 

Oleh itu di sini saya ingin menyarankan kepada rakan-rakan serta ibu-ibu di luar sana, sesiapa yang bercadang untuk sama-sama menyertai kami di Akademi ini. Anda boleh lah menghubungi mentor saya Puan Anys Idayu. Jangan membuang masa lagi kerana banyak peluang serta faedah yang boleh anda dapati sekiranya anda berpeluang menyertai kami di dalam komuniti WFHM ini.

Sekian sahaja ulasan saya untuk kali ini. Sekiranya terdapat apa-apa kekurangan didalam tulisan saya sebelum ini dan yang akan datang maka saya memohon maaf. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kesalahan diri saya sendiri. Dan tidak lupa juga kepada pembaca-pembaca yang memberi komen-komen positif kepada saya diatas perkongsian ilmu-ilmu yang saya paparkan di dalam blog ini, saya ucapkan jazakillahu khairan. Moga kita sama-sama mendapat menafaat di dunia dan di akhirat. Aameen.
Friday 27 December 2013

Ciri-Ciri Isteri Solehah

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman 

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS. Ar Ruum : 21)

Berkata Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya (3/473) :

“Termasuk kesempurnaan rahmat Allah Subhaanahu wa Ta’ala kepada anak Adam: Dia jadikan isteri-isteri mereka dari jenis mereka sendiri. Dan ditumbuhkan antara mereka “mawaddah” iaitu cinta dan “rahmah” iaitu kasih sayang. Kerana seorang laki-laki akan memilih seorang wanita untuk tetap menjadi isterinya kerana ia mencintai wanita tersebut atau karena ia kasihan terhadapnya, dimana ia telah mendapatkan anak dari wanita tersebut dan mereka memerlukannya untuk mendapatkan perlindungan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir “

Abdullah bin Amr ibnul Ash rahimahullah mengkabarkan bahwasanya Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita solehah.” (HR. Muslim)

Isteri solehah adalah impian setiap laki-laki di dunia ini. Di mana ianya sangat sukar dicari tambahan pula pada zaman yang serba mencabar ini. Isteri solehah mampu menjadi tauladan begi orang yang dibawah tanggungannya. Memiliki akhlak yang mulia, sentiasa menjaga batas-batas pergaulan, taat pada perintah Allah, menjauhi laranganNya, mempunyai sifat sabar yang tinggi, sentiasa menjaga kehormatannya, bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya dan menjadi isteri dan ibu yang baik kepada keluarganya..

Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu mengkhabarkan dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda :

“Wanita itu dinikahi karena 4 perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang memiliki agama, engkau akan bahagia.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sifat-sifat wanita yang sebaiknya engkau pilih sebagai isteri sehingga ia boleh menjadi pengurus rumahmu dan pendidik anak-anakmu adalah wanita yang memiliki agama dan akhlak yang dapat membantumu untuk taat kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Yang mengingatkanmu ketika engkau lupa, menolongmu ketika engkau ingat, mengurus dan memperhatikanmu ketika engkau ada, menjaga hartamu dan kehormatannya ketika engkau tiada. Dia membuatmu redha ketika engkau marah, mentaatimu ketika engkau perintah dan berbuat baik serta berbakti kepadamu.

Sesungguhnya wanita mulia yang menjaga kehormatannya tidak akan menyombongkan dirinya di hadapanmu dengan harta dan kecantikan yang ada padanya. Tidak pula dengan kedudukan dan nasab (keturunannya).

Wallahua'lam 

Sumber : Al Haura Ummu Salamah
Sunday 22 December 2013

Trend Pakaian Wanita Zaman Sekarang

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Seperti yang kita semua maklumi bahawa musuh-musuh Islam berusaha dengan sekuat tenaga untuk menggelincirkan wanita islam. Mereka mempengaruhi wanita-wanita islam dengan cara yang halus dan kotor supaya mereka dapat memalingkannya dari jalan Rabbnya dengan memproduksi bermacam-macam gaya dan bentuk fesyen-fesyen pakaian terkini mengikut perubahan zaman.

Terdapat dalam sahih muslim dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda (yang artinya):

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah melihatnya:

Pertama, suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor-ekor sapi yang dipakai untuk memukul manusia; 

Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang lenggak lenggok di kepalanya ada sanggul seperti punduk unta. 

Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan baunya dan sesungguhnya bau syurga itu akan dapat dihidu dari jarak ini dan itu.”

Telanjang yang dimaksudkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam itu bermaksud mereka yang memakai pakaian tetapi tidak menutupi apa yang sepatutnya ditutupi, pakaian yang dipakai itu samada pendeknya atau tipisnya atau kerana ketatnya, ada di antaranya yang terbuka dibagian dadanya, terbelah sana terbelah sini maka kerana yang demikian itu menyelisihi perintah Allah, dimana Allah berfirman :

 “Dan hendaknya mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya” ( QS An Nur: 31 )

Berkata Al Qurthubi dalam tafsirnya : “Secara praktikalnya adalah hendaknya wanita memakai kain kerudung untuk menutup dadanya.” 

Oleh itu kita sebagai ibubapa atau wali kepada orang-orang yang dibawah tanggungan kita harus melarang mereka terutama anak-anak gadis kita dari memakai pakaian yang haram dan keluar rumah dengan bertabarrruj (bersolek/berdandan) dan memakai wangi-wangian karena di akhirat nanti kita para walinyala yang akan bertanggung jawab atasnya..

Pada hari di mana seseorang tidak dapat menolong atau membela orang lain walau sedikit pun, dan begitu pula tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya dan tidaklah mereka akan ditolong. Semoga Allah memberi taufiq kepada yang dicintai dan diredhainya. Aameen.

Friday 20 December 2013

Sabar Itu Indah

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Alhamdulillah, saya masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk membuat perkongsian ilmu di dalam blog  yang tidak seberapa ini moga entri kali ini boleh dijadikan pedoman serta nasihat kepada pembaca sekelian khususnya buat diri saya sendiri.

Sifat sabar adalah satu sifat yang mulia yang dituntut dan ia merupakan suatu sifat yang disukai oleh ALLAH subhana wa ta'ala. Sabar merupakan kekuatan jiwa yang harus dimiliki oleh setiap insan. Manakala lawan sifat sabar ini adalah sifat yang cepat gelisah, tergesa-gesa, sempit dada, takut, putus asa, lemah dan mudah menyerah. Sifat sabar seseorang itu boleh dibahagi kepada tiga cabang iaitu :

1. Sabar dalam mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
2. Sabar dalam menghadapi berbagai godaan syaitan dan dorongan hawa nafsu yang tidak baik.
3. Sabar dalam menghadapi musibah / ujian daripada Allah.

Allah Subhanahu wata’ala telah menyebutkan kata “ash-shabr” dalam al-Quran lebih dari 90 kali. Dan Dia mengandingkan kata sabar dengan kata solat dalam firman-Nya,
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (al-Baqarah: 45)

Dan firman-Nya,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 153)

Dan firman-Nya,
وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ. وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa). Itulah peringatan bagi orang-orang yang beringat. Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Huud: 114-115)

Dan firman-Nya,
فَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَى
“Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Rabbmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.” (Thaahaa: 130)

Dan firman-Nya,
فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالإبْكَارِ
“Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Rabbmu pada waktu petang dan pagi.” (al-Mukmin: 55)

Dan Allah Subhanahu wata’ala telah menjadikan imaamah fii ad-diin (kepemimpinan dalam agama) sebagai hasil dari kesabaran dan keyakinan berdasarkan firman-Nya,
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
“Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.” (as-Sajdah: 24)

Maka sesungguhnya agama ini secara keseluruhannya adalah ilmu tentang al-haq (kebenaran) dan merealisasikan al-haq. Dalam merealisasikan al-haq itu, ia memerlukan kesabaran. Bahkan tholibul ilmi (menuntut ilmu) sendiri memerlukan kesabaran, sebagaimana dikatakan oleh Mu’adz bin Jabal Radhiallahu’anhu,

“Wajib bagi kalian untuk berbekal dengan ilmu, karena sesungguhnya tholibul ilmi atau menuntut ilmu karena Allah itu adalah ibadah, mengenalnya adalah rasa takut, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang-orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, mudzakarah (mengulang-ulang dalam mempelajarinya) adalah tasbih. Dengan ilmu, Allah Subhanahu wata’ala dikenali dan disembah, dimuliakan, dan ditauhidkan. Dengan ilmu pula Allah Subhanahu wata’ala meninggikan darjat beberapa golongan serta menjadikan mereka para pemimpin dan imam bagi manusia yang dijadikan pedoman dan rujukan.”

Oleh karena itu, Allah Subhanahu wata’ala menganggap proses menuntut ilmu syari'e merupakan sebahagian dari jihad. Dan dalam berjihad seseorang itu tiada pilihan melainkan harus bersabar.

Karena inilah Allah Subhanahu wata’ala berfirman,
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).

Dan firman-Nya,
وَاذْكُرْ عِبَادَنَا إبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ أُولِي الأيْدِي وَالأبْصَارِ

“Dan ingatlah hamba-hamba Kami: Ibrahim, Ishaq dan Yakub yang mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar dan ilmu-ilmu yang tinggi.” (Shaad: 45)

Maka ilmu yang bermenafaat adalah dasar petunjuk, sedangkan merealisasikan al-haq adalah jalan yang lurus. Lawan dari petunjuk adalah kesesatan, sedangkan lawan dari jalan yang lurus adalah jalan yang menyimpang. Kesesatan adalah beramal tanpa ilmu, sedangkan penyimpangan adalah memperturutkan hawa nafsu.

Allah Subhanahu wata’ala berfirman,
وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى. مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى
“Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru.” (an-Najm: 1-2)

Oleh kerana itu, maka kita sebagai umat islam tidaklah boleh sama sekali untuk meraih petunjuk melainkan dengan ilmu, begitu juga dengan jalan yang lurus, tidaklah boleh kita meraih jalan yang lurus melainkan dengan kesabaran. Oleh karena itu Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu berkata:

“Ketahuilah, bahwasanya kesabaran itu adalah sebahagian dari iman seperti perumpamaan kedudukan kepala bagi tubuh.” Kemudian beliau Radhiallahu’anhu meninggikan suaranya sembil berkata, “ketahuilah tidak ada keimanan bagi siapa yang tidak memiliki kesabaran!”

Akhir sekali kunci sukses adalah bersikap sabar dan berserah diri pada yang kuasa karena ketentuan segala sesuatu ada di tanganNya.

Wallahua'lam

Sumber :  Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah  [Disalin dari kitab at-Tuhfah al-'Iraqiyyah fii al-A'maal al-Qalbiyyah]
Wednesday 18 December 2013

Perkhidmatan Bekam Sunnah

Kami menyediakan perkhidmatan Bekam Cara Sunnah (Untuk Lelaki Sahaja) :


1. Rawatan Bekam Angin
2. Rawatan Bekam Darah/Sunnah 

* Pastikan anda membuat temujanji terlebih dahulu

Untuk pertanyaan sila hubungi +60192790952 (Wan). Juga available di Whatsapp

Bekam Sunnah ini memang sangat-sangat di galakkan kepada kita. Ini berdasarkan kepada beberapa hadith daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam seperti berikut:

1) Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam " Jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit , maka bekam juga dapat menyembuhkan penyakit" HR Malik.

2 Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam lagi  “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” HR Ibnu Majah.

3. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam lagi "Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” HR Al Bukhari


Terbaru, Kini Terdapat Set Bekam Yang Besar

Lengkap dengan :

1. Cup untuk bekam ( ada 24 cup)
2. Alat Toreh
3. Jarum

Harga RM250.

Set alat bekam

Alat toreh

Jarum


Boleh baca di sini juga http://sharifahsahiza.blogspot.com/2013/11/bekam-sunnah.html
Sekian.
Saturday 14 December 2013

Cabaran Mendidik Anak Perempuan Zaman Sekarang

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Tidak ada seorang pun dari kita yang akan terlepas kecuali kita akan dibangkitkan oleh Rabb Tuhan Semesta Alam setelah mati. Kita akan ditanya serta dihisab tentang segala apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Dan salah satu hal yang akan ditanyakan kepada seorang hamba adalah bagaimana ia memelihara dan mendidik isteri dan anak-anaknya.

Rasulullah sollallaahu’alayhiwasallam telah bersabda: “Seorang laki-laki itu adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya tentang orang-orang yang dipimpinnya. Dan seorang perempuan itu adalah pemimpin di dalam rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang orang-orang yang dipimpinnya” (al hadits).

Entri kali ini hanya terbatas kepada pendidikan anak-anak perempuan secara khusus. Memandangkan betapa pentingnya kedudukan mereka, dan besarnya pengaruh mereka dalam moral dan perilaku masyarakat. Sesungguhnya kalau seorang putri itu tumbuh besar, ia akan menjadi seorang isteri atau ibu atau guru atau lain-lain peranan dalam kehidupan masyarakat. Apabila ia baik, maka baik la  pula sesebuah masyarakat dan begitulah sebaliknya kalau ia rosak, akan rosaklah pula seluruh masyarakat.

Kalau kita amati kitab Allah, kita dapati bahwa Allah mencela sedemikian keras orang-orang jahiliyah terdahulu. Iaitu ketika salah seorang dari mereka diberikan kabar gembira bahawa telah lahir untuknya seorang anak perempuan, ia akan merasa paling tidak suka. Wajahnya menghitam dan hatinya begitu memendam amarah. Lalu ia menjadi malu terhadap kaumnya sehingga ia mengasingkan diri dari mereka. Kemudian dirinya mula membisik, apakah akan ia kuburkan putrinya itu hidup-hidup ataukah ia biarkan sahaja dengan keadaan hina. Allah mencela mereka sedemikian keras atas perbuatan tersebut.

Dan perasaan-perasaan jahiliyyah seperti ini masih lagi terdapat pada hati sebagian kaum lelaki apalagi kalau isterinya telah banyak melahirkan anak perempuan, sedangkan seorang isteri itu hanyalah seperti hamparan tanah yang menumbuhkan benih yang disebarkan oleh penanam. Bahkan kadangkala ada yang sampai menceraikan isterinya. Kita berlindung kepada Allah dari kebodohan dan kepincangan.

Pada zaman jahiliyah dahulu, perempuan dianggap seperti tidak berharga. Sehinggakan seorang ayah sanggup menguburkan puterinya hidup-hidup sedang ia sendiri memelihara anjingnya dan memberi makan binatang ternakannya. Maka Allah menghapuskan pandangan yang merendahkan ini dan meninggikan kedudukan perempuan serta menempatkannya pada posisinya yang alami dan sesuai dengan kedudukan seorang wanita itu dengan mewajibkan laki-laki untuk memenuhi hak-hak perempuan dan mewajibkan perempuan untuk menunaikan kewajipan-kewajipan mereka. Oleh kerananya Allah mengarahkan perkataan-Nya kepada perempuan sebagaimana Ia mengarahkan perkataan-Nya kepada laki-laki, baik untuk memberikan perintah atau larangan. Dan Allah mengkhususkan perempuan dengan hukum-hukum yang sesuai dengan mereka dan sesuai dengan fitrah mereka.

Sesungguhnya melahirkan anak itu adalah perkara yang telah Allah takdirkan. Iaitu perkara yang hanya ada di tangan Allah. Ia memberi anak perempuan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki dan memberi anak lelaki kepada siapa saja yang Dia kehendaki. Atau Dia memberi anak lelaki dan perempuan sekaligus untuk sebagian yang lain. Dan Dia menguji sebahagian yang lain dengan kemandulan. Allah berfirman:

يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ . أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيمًا

"Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. [Ash-Shura (42) :49-50]

Perhatikanlah bagaimana Allah mendahulukan penyebutan anak-anak perempuan dan mengakhirkan penyebutan anak-anak lelaki, sebagai sanggahan atas mereka yang menghinakan kedudukan anak-anak perempuan dan memandang rendah darjat mereka dan menganggap mereka seperti tidak berharga.

Oleh karena itu bersikap redho lah dengan apa yang telah Allah anugerahkan untuk kita. Kerana sesungguhnya kita tidak tahu di mana kebaikan itu? Berapa banyak para ayah yang sedemikian senang saat diberikan kabar gembira dengan kehadiran seorang anak laki-laki, tapi kemudian anaknya itu menjadi musibah besar baginya dan menjadi sebab kesulitan hidup dan panjangnya rasa duka dan sedihnya. Dan berapa banyak para ayah yang kecewa saat diberikan kabar gembira tentang kehadiran seorang anak perempuan, sedang ia menanti-nanti anak laki-laki, namun kemudian anak perempuannya itu menjadi anak yang mengurusnya dengan tangan yang penuh kelembutan dan hati yang penuh kasih sayang serta menjadi orang yang menolongnya di saat-saat ia di dalam kesulitan.

Hakikatnya di sini bahawa penyejuk mata bukanlah pada keadaan anak yang dilahirkan itu samada laki-laki atau perempuan. Akan tetapi penyejuk mata sesungguhnya adalah apabila anak tersebut menjadi keturunan yang solih dan baik, tidak kira samada anak laki-laki ataupun anak perempuan.

Allah berfirman:

هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“..anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” [Al-Furqan (25) :74]

Sekiranya Allah mengurniakan kepada kita seorang anak perempuan, maka baik-baiklah dalam mendidiknya, menafkahinya dan memperlakukannya dengan mengharap balasan dari Allah. Tidakkah engkau tahu ganjaran apa yang akan engkau dapatkan dari Allah kalau engkau melakukan semua itu?

Jawapannya, kalau kita lakukan semua itu kepada anak perempuan, maka kita akan bersama Rasulullah sollallahu’alayhiwasallam di akhirat. Di dalam hadis, Rasulullah sollallahu’alayhiwasallam bersabda: “Barangsiapa yang menafkahi dua orang anak perempuan sampai keduanya baligh, ia akan datang pada hari kiamat, dengan keadaan aku dan dia (lalu beliau menghimpun jari jemari beliau). Diriwayatkan oleh Muslim.

Dan Rasulullah sollallahu’alayhiwasallam bersabda: “Barangsiapa yang diberikan ujian dengan sesuatu melalui anak-anak perempuan ini, lalu ia memperlakukan mereka dengan baik, maka mereka akan menjadi penghalang untuknya dari api neraka”. Muttafaqun ‘alayhi.

Dan perlakuan baik kepada mereka itu ada banyak hal. Di antaranya:

* Baik dalam memilih ibu untuk mereka. Ini adalah bentuk pertama perlakuan baik terhadap anak-anak. Karena baiknya itu merupakan salah satu sebab baiknya anak-anak -insya Allah. Berapa banyak anak-anak yang Allah jaga dengan kebaikan orangtua mereka.

* Baik dalam memilihkan nama untuk mereka. Kerana nama itu mempunyai pengaruh terhadap empunyanya. Dan nama itu bermacam-macam. Ada yang mustahab, ada yang boleh, ada yang makruh dan ada yang diharamkan. Kebanyakan orang sekarang, hanya mahu mencari nama yang cantik tanpa melihat kandungan makna dan hukumnya. Berapa banyak anak perempuan yang menyandang nama yang bermakna buruk?!

* Mencukupi keperluan tubuhnya seperti makanan, pakaian dan ubat-ubatan. Mencari usaha untuk tujuan ini adalah salah satu sebab masuk surga. Pernah ada seorang perempuan yang masuk menemui Aisyah rodhiyallaahu’anhaa bersama dua puterinya. Perempuan itu fakir dan sudah tidak bersuami. Aisyah berkata: “Ia meminta makanan kepadaku. Maka yang ada padaku hanyalah sebutir kurma. Ia pun mengambilnya dan memberinya untuk dua puterinya sedang ia tidak makan apa-apa. Kemudian ia berdiri dan keluar bersama dua puterinya. Datanglah Rasulullah sollallaahu’alayhiwasallam dan aku ceritakan kepada beliau kejadian tersebut. Beliau berkata: “Sesungguhnya Allah telah memastikan untuknya surga dengan perbuatannya itu, dan membebaskannya dari api neraka”. Diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim.

* Memuliakan mereka, bersikap lembut dan sayang kepada mereka. Rasulullah sollallaahu’alayhiwasallam itu, kalau Fatimah masuk menemui beliau, beliau berkata: “Selamat datang puteriku”. Suatu hari beliau solat bersama orang ramai sambil menggendong Umamah cucu beliau dari Zainab. Maka tatkala beliau ruku’, Umamah diletakkan. Dan tatkala beliau bangun, Umamah digendong. Seolah-olah tidak ada seorangpun yang boleh mengurus Zainab, sehingga beliau bimbang terhadapnya. Atau pun apa yang beliau lakukan itu untuk mengajarkan kepada kita sebagai umatnya agar mengikut petunjuk beliau sollallaahu’alayhiwasallam.

Rasulullah sollallaahu’alayhiwasallam termasuk orang yang paling kasih dan sayang terhadap anak-anak secara umum, baik mereka itu laki-laki ataupun perempuan. Beliau mencium mereka, mengusap kepala mereka, mendoakan mereka dan bermain-main dengan mereka. Ketika seorang anak perempuan semakin membesar, ia semakin memerlukan kasih sayang dan dihormati. Sekiranya terdapat semua keperluan tersebut dari kedua ibubapanya maka insyaAllah, Allah akan memberkati keluarga tersebut dengan memberi kestabilan dan ketenangan jiwa serta kebaikan kepada sesebuah keluarga itu.

* Bersikap adil terhadapnya dan saudara-saudaranya yang laki-laki ataupun yang perempuan. Kerana perasaan dizalimi yang ia alami dan sikap lebih banyak berpihak kepada selain dirinya akan membibitkan rasa benci di dalam dirinya terhadap orangtuanya, dan rasa dengki kepada saudaranya yang dilebihkan. Maka bertakwalah kepada Allah dan bersikap adillah kepada anak-anak kalian. Baik dalam nafkah, iaitu dengan memberi hak masing-masing sesuai dengan keperluannya.

* Mendidiknya dengan memberi pendidikan agama dan mengawasinya sejak dari kecil. Mendidiknya dengan adab-adab yang baik ketika bercakap dan menghormati orang tua, adab-adab ketika makan dan minum serta adab-adab berpakaian, mengajarinya membaca Al Quran, mengajarinya berwudhu dan solat serta memerintahkannya untuk melaksanakan solat pada usia tujuh tahun dan mengharuskannya kalau sudah berusia sepuluh tahun. Kalau ia tumbuh di atas kebaikan, maka ia akan terbiasa dengan kebaikan itu dan mencintainya.

* Mengajari dan melatihnya dengan hal-hal menguruskan rumahtangga seperti memasak, mengasuh dan mengemas rumah.

* Segera menikahkannya kalau dia telah sudah cukup dewasa dengan laki-laki yang baik agamanya, amanahnya dan akhlaknya, yang datang untuk melamar sedang gadis itu juga menyukainya. Sesungguhnya ini adalah perlakuan baik yang paling besar. Karena terlambat menikah seorang gadis adalah salah satu sebab utama penyimpangan dari jalan yang lurus. Lebih-lebih di zaman sekarang ini. Dan urusan pernikahan gadis tersebut hendaknya dipermudahkan oleh walinya, seperti mas kawin dan keperluan-keperluan lain.

* Memastikan dengan siapa anak perempuan kita bergaul atau memilih sahabat. Karena persahabatan itu memiliki pengaruh yang besar dalam perilaku, pemikiran dan sebagainya. Dan dalam hadis: “Seseorang itu sesuai dengan akhlak kholil-nya (sahabat karib yang dicintainya). Maka sebagai ibu bapa kita harus memastikan  siapakah teman yang anak gadis kita jadikan sebagai kholil-nya”.

* Mengawasi anak-anak dari pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan dan menghancurkan. Sesungguhnya sekian banyak saluran-saluran television dan sekian banyak pula halaman-halaman internet di mana semua itu lebih banyak yang buruk dari yang baik, dan lebih banyak membahayakan daripada memberi menafaat serta lebih banyak merusak daripada memperbaiki. Kalau sarana-sarana ini ada di dalam rumah, maka hendaknya kepala keluarga tersebut memperhatikan jangan sampai sarana-sarana tersebut sedemikian terbuka lebar untuk keluarganya, sehingga anak-anak boleh mengikuti apa sahaja acara yang mereka inginkan dan berhubungan dengan suatu jaringan pada bila-bila masa. Karena dengan begitu mereka akan membahayakan diri mereka sendiri dengan suatu bahaya besar. Demikian juga dengan alat-alat komunikasi seperti handphone, yang kini bukan sekadar sarana komunikasi semata akan tetapi sudah jauh lebih dari itu.

* Menunaikan kewajiban dengan memberi perhatian kepada anak-anak. Kesungguhan orang tua dalam memperhatikan puteri mereka, dan pengawasan mereka terhadapnya merupakan salah satu sebab baiknya keadaan puteri mereka itu. Sebagaimana kelengahan dan kendurnya pengawasan merupakan salah satu sebab ketergelinciran. Maka tunaikanlah kewajipanmu dengan sungguh-sungguh, jangan izinkan keluargamu bertabarruj dan bertasyabbuh serta berikhtilat dengan lelaki yang bukan mahram, juga bepergian tanpa mahram. Para wanita itu hanya akan berani melakukan semua itu kalau mereka melihat wali mereka tidak peduli dan tidak mengendahkan perkara tersebut.

* Dan berhati-hatilah dari renggangnya tali ikatan kekeluargaan. Sekian banyak keluarga mengeluhkan lemahnya ikatan di antara anggota keluarga. Masing-masing mereka sibuk dengan hal masing-masing. Sang ayah di sini dan sang ibu di sana dan anak-anak ada di alam mereka sendiri-sendiri. Sudah pasti, kekosongan ini akan melahirkan masalah-masalah besar akan tetapi ia bermula dari sedikit demi sedikit seiring berjalannya waktu hingga perkara tersebut sudah parah maka terjadilah ledakan dan pada masa itu baru tersedar tetapi sudah terambat..

Oleh itu kita sebagai ibu bapa haruslah sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah amanah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada kita dan ianya juga sebahagian dari ujian kepada kita.   Mereka yang paling malang sekali ialah mereka yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak memberi menafaat kepada nya sesudah ia meninggal dunia dan tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat kelak.
 
Wallahua'lam

Oleh: Asy Syaikh Dr Ali Bin Yahya Al Haddaadiy

Wednesday 11 December 2013

Waktu-Waktu Mustajabnya Doa

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

1. Ketika Sujud.

 Dari Abu Hurairah-radhiallahu anhu- bahwa Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
 

“Keadaan dimana seorang hamba menjadi paling dekat dengan Rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, oleh kerana itu perbanyakkanlah doa (ketika sujud).” (HR. Muslim: 1/350)

2.  Diantara azan dan iqamah. 


 Dari Anas bin Malik -radhiallahu anhu- dia berkata: Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

الدُّعَاءُ لَا يُرَدُّ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالْإِقَامَةِ
 

“Doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak.” (HR. At-Tirmizi: 1/415 dan 5/577, Abu Daud: 1/144. Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Irwa` Al-Ghalil: 1/261 no. 244, dan Shahih Al-Jami’: 3/150)

3. Ketika Azan dan ketika berlakunya peperangan.


Dari Sahl bin Sa’ad -radhiallahu anhu- dia berkata: Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

ثِنْتَانِ لَا تُرَدَّانِ أَوْ قَلَّمَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَعِنْدَ الْبَأْسِ حِينَ يُلْحِمُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا
 

Dua doa yang tidak akan ditolak atau jarang sekali ditolak: Doa ketika azan dan doa ketika terjadi peperangan tatkala mereka sudah saling menyerang.” (HR. Abu Daud: 3/21 dan Ad-Darimi: 1/217. Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Abu Daud: 2/483)

3. Ketika sepertiga malam.


Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- bahwa Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ وَمَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ وَمَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
 

“Rabb kita -Tabaraka wa Ta’ala- turun setiap malam ke langit dunia ketika  sepertiga malam terakhir (waktu yang sudah hampir ke subuh). Lalu Dia berfirman, “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, siapa yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya. (HR. Al-Bukhari no. 1145 dan Muslim no. 758)
 

Dari Jabir -radhiallahu anhu- dia berkata: Aku mendengar Nabi -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ
 

“Sesungguhnya di malam hari ada satu waktu, dimana tidak ada seorang muslimpun yang meminta kebaikan kepada Allah pada waktu itu -baik kebaikan dunia mahupun akhirat-, kecuali Allah akan memenuhi permintaannya, dan satu waktu itu ada pada setiap malam.” (HR. Muslim: 1/521)



Penjelasan ringkas:
 

Pada hakikatnya, waktu mana atau bila-bila sekalipun seorang itu berdoa kepada Allah -dengan memenuhi semua adab dan syarat-syaratnya serta tidak ada sesuatupun yang menghalanginya, maka pasti doanya akan dimakbulkan oleh Allah Ta’ala. Hanya saja ada beberapa waktu yang ditunjukkan oleh nas-nas syara’ bahawa berdoa pada waktu-waktu tersebut lebih berpotensi untuk dikabulkan oleh Allah berbanding waktu selainnya.

Di antara waktu-waktu itu -sebagaimana yang tersebut dalam dalil-dalil di atas- adalah:


1.    Saat sujud, baik di dalam maupun di luar solat, baik sujud tilawah, sujud sahwi, dan sujud apa saja yang dilakukan untuk Allah Ta’ala.


2.    Di antara azan dan iqamah pada semua solat yang disyariatkan padanya azan dan iqamah. Baik dia azan pada waktunya mahupun azan setelah masuk waktu solat.

3.    Ketika pasukan kaum muslimin sudah berhadapan dengan pasukan musuh dalam jihad fii sabilillah.

4.    Setiap malam iaitu pada sepertiga malam terakhir.


Beberapa waktu lain selain waktu yang tersebut di atas:
 

1.    Satu waktu di hari jumaat.

Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- bahwa Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam- pernah menyebutkan tentang hari jumaat lalu beliau bersabda,


 “Padanya ada satu waktu dimana tidak ada seorang muslimpun yang sedang berdiri mengerjakan solat pada waktu itu lalu dia meminta apapun kepada Allah Ta’ala kecuali Allah akan memenuhi permintaannya,” dan beliau berisyarat dengan tangannya untuk menunjukkan sangat singkatnya waktu itu.” (HR. Al-Bukhari: 1/253 no. 935 dan Muslim: 2/583 no. 852)
 

Adapun waktu tepatnya adalah setelah asar sampai maghrib. Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- bahwa Nabi -shallallahu alaihi wasallam- bersabda, 

“Sesungguhnya pada hari jum’at betul-betul terdapat satu waktu dimana tidaklah seorang muslim meminta kebaikan kepada Allah pada waktu itu kecuali Dia akan memenuhi permintaannya, dan waktu itu setelah asar.” (HR. Ahmad: 2/272 dan dia didukung oleh hadits setelahnya)

Dari Jabir -radhiallahu anhu- dari Nabi -shallallahu alaihi wasallam- beliau bersabda,


“Hari jumaat itu ada 12 waktu, di antaranya ada waktu dimana tidaklah ada seorang muslim yang meminta kebaikan kepada Allah pada waktu itu kecuali Allah akan memenuhi permintaannya, maka carilah waktu itu di waktu terakhir setelah asar.” (HR. Abu Daud: 1/275 no. 1048 dan An-Nasai: 3/99-100, dan sanadnya hasan)

Ibnu Al-Qayyim -rahimahullahu Ta’ala- dan ulama lainnya menguatkan bahwa waktu yang dimaksudkan pada hari jumaat adalah setelah asar. (Lihat Zaad Al-Ma’ad: 2/388-397)


2.    Ketika meminum air zam-zam jika disertai dengan niat yang baik.


Hendaklah seseorang memperbanyak do’a ketika meminum air zam-zam. Ketika meminumnya, hendaklah ia meminta pada Allah kemaslahatan dunia dan akhiratnya. Sebagaimana hal ini terdapat dalam hadits, dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Air zam-zam sesuai keinginan ketika meminumnya.” [Maksudnya doa apa saja yang diucapkan ketika meminumnya adalah doa yang mustajab]. 

HR. Ibnu Majah, 2/1018. Lihat Al Maqosid Al Hasanah, As Sakhowiy hal. 359. [Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan lighoirihi. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1165]

3.    Setelah membaca selawat untuk Nabi -shallallahu alaihi wasallam- pada tasyahud terakhir (sebelum memberi salam).
 

Dari Abdullah bin Mas’ud -radhiallahu anhu- dia berkata, 

“Aku sedang solat sementara Nabi -shallallahu alaihi wasallam- sedang bersama Abu Bakar dan Umar. Tatkala aku sedang duduk (di dalam solat), aku mulai memuji Allah kemudian berselawat kepada Nabi -shallallahu alaihi wasallam-, kemudian aku berdoa untuk diriku. Maka Nabi -shallallahu alaihi wasallam- bersabda, “Mintalah maka permintaanmu akan dipenuhi, mintalah maka permintaanmu akan dipenuhi.” (HR. At-Tirmizi: 2/488, An-Nasai, dan Ahmad: 1/26,38. Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmizi no. 2765 dan dalam Shahih An-Nasai no. 1217)

Dari Fudhalah -radhiallahu anhu- bahwa Nabi -shallallahu alaihi wasallam- mendengar seorang lelaki solat lalu dia mengangungkan Allah dan memuji-Nya serta berselawat kepada Nabi -shallallahu alaihi wasallam-. Maka Nabi -shallallahu alaihi wasallam- bersabda,  


“Berdoalah kamu maka doamu akan dikabulkan, dan mintalah kamu maka permintaanmu akan dipenuhi.” (HR. An-Nasai: 33/44,45 dan At-Tirmizi: 5/516. Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih An-Nasai: 1/275)

4.    Ketika berdoa pada hari Arafah di padang Arafah bagi jamaah haji.

Dari Amr bin Syuaib dari ayahnya dari abangnya bahwa Nabi -shallallahu alaihi wasallam- bersabda, 


“Doa terbaik adalah yang diucapkan pada hari Arafah, dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku pernah ucapkan adalah, “Tidak ada sembahan yang hak selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik-Nya semua pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu.” (HR. At-Tirmizi dan Malik dalam Al-Muwaththa`: 1/422. Dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmizi: 3/184)

5.    Ketika ayam berkokok.

Nabi -shallallahu alaihi wasallam- bersabda,  


“Jika kalian mendengar ayam berkokok maka mintalah keutamaan dari Allah karena sesungguhnya dia (ayam itu) melihat malaikat, dan jika kalian mendengar suara keledai maka berlindunglah kepada Allah dari setan karena sesungguhnya dia melihat setan.” (HR. Al-Bukhari: 4/89. Diriwayatkan juga oleh Muslim: 4/2092 dari hadits Abu Hurairah )


Pelajaran tambahan dari hadits-hadits di atas:
 

1. Disunnahkannya memperbanyak sujud, dan memperbanyak doa di dalamnya.
 

2. Penetapan sifat an-nuzul (turun ke langit dunia) bagi Allah Ta’ala, dengan sifat an-nuzul yang sesuai dengan keagungan-Nya, tidak serupa dengan sifat ‘turun’ makhluk dan tidak boleh membagaimanakannya.

3. Lanjutan haditsnya, “Siapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, siapa yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya.” Dan yang boleh mengucapkan ucapan seperti ini hanyalah Allah Ta’ala.



Wallahua'lam

http://hijab1.wordpress.com/2011/03/29/waktu-mustajabah/
Monday 9 December 2013

Wasiat Penting Untuk Anak-Anak

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah


Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata, “Aku berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu hari. Beliau berkata kepadaku, “Wahai anak, sesungguhnya aku akan ajari engkau beberapa kalimat:
1.
اِحْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ،

“Jagalah Allah niscaya Allah menjagamu”

Iaitu dengan melaksanakan perintah-perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya, Allah akan menjagamu dunia dan akhirat.

2.
اِحْفَظِ اللَّهَ تَجِدُهُ تُجَاهَكَ

“Jagalah Allah, niscaya engkau akan dapati Allah di hadapanmu”

Jagalah batasan-batasan dan hak-hak Allah. Engkau akan mendapati Allah memberikan taufiq kepadamu serta membantumu.

3.
إِذَا سَأَلْتَ فَسْأَلِ اللَّهَ ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ

“Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau meminta bantuan, mintalah bantuan kepada Allah”.

Maksudnya, jika engkau meminta bantuan dalam perkara dunia ataupun akhirat, maka mintalah kepada Allah. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang manusia tidak mampu memberi melainkan hanya oleh Allah semata, seperti menyembuhkan penyakit, meminta rezki, menurunkan hujan, ini adalah perkara yang khusus bagi Allah sahaja.
(Hal ini telah disebutkan oleh An-Nawawi dan Al-Haitami)

4.
وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ, وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ

“Ketahuilah, meskipun seluruh umat manusia berkumpul untuk memberikan satu pemberian yang bermenafaat kepadamu, tidak akan bermenafaat hal itu bagimu, kecuali jika itu telah ditetapkan oleh Allah. Dan begitu juga jika seluruh umat manusia berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, maka mereka tidak dapat memudharatkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tentukan”

Maksudnya adalah beriman kepada takdir yang telah Allah tulis terhadap manusia, samada takdir baik ataupun buruk.

5.
رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ

“Pena-pena telah diangkat dan lembar-lembar telah kering” (HR. At-Tirmidzi dan beliau berkata hadits ini hasan shahih).

Maksudnya, tawakkal kepada Allah disertai dengan mengambil sebab, karena Rasulullah bersabda kepada pemilik unta, “Ikatlah untamu kemudian bertawakkallah”. (Hadits hasan, riwayat At-Tirmidzi).

Pada riwayat selain At-Tirmidzi:

6. “Kenalilah Allah di masa lapang, maka Allah akan mengenalmu di masa sulit”.

Tunaikanlah hak-hak Allah dan hak-hak manusia di kala lapang, maka Allah akan menyelamatkanmu di waktu kesempitan.

7. “Ketahuilah bahawa apa yang (ditakdirkan) hilang darimu tidak akan menimpamu dan apa yang (ditakdirkan) menimpamu tidak akan hilang darimu”

Jika Allah menahan sesuatu darimu, maka tidak akan sampai padamu. Dan apabila Allah memberimu sesuatu, maka tidak akan ada yang boleh menahannya.

8. “Ketahuilah bahwa pertolongan menyertai kesabaran”

Pertolongan untuk menghadapi musuh dan terhadap diri sendiri itu sesuai dengan kesabaran.

9. “Sesungguhnya ada kelapangan bersama kesusahan”

Kesusahan yang menimpa seorang yang beriman akan disusuli oleh kelapangan setelahnya.

10. “Dan sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan”
(Dihasankan oleh pentahqiq Kitab Jami’ul Ushul dengan penguat-penguat hadits tersebut).

Kesukaran yang dirasakan oleh seorang muslim, maka akan datang setelahnya satu atau dua kemudahan.

Faedah Hadits

1. Cintanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada anak-anak. Beliau memboncengkan Ibnu Abbas di belakang beliau. Beliau juga memanggil Ibnu Abbas dengan panggilan, “Wahai anak” agar Ibnu Abbas memperhatikan apa yang beliau ucapkan.

2. Memerintahkan anak-anak untuk taat kepada Allah dan menjauhkan diri dari maksiat kepada-Nya serta membawa kebahagiaan kepada mereka di dunia dan akhirat.

3. Allah akan memenangkan orang yang beriman di saat sempit jika mereka menunaikan hak Allah dan manusia di masa lapang, sihat dan kaya.

4. Menanamkan kepada jiwa anak-anak aqidah tauhid dengan meminta dan beristi’anah (meminta bantuan) kepada Allah ta’ala semata. Ini merupakan kewajiban orang tua dan pendidik.

5. Menanamkan kepada anak aqidah iman kepada taqdir, yang baik mahupun yang buruk dan ini merupakan rukun iman.

6. Mendidik anak agar optimis dalam menghadapi hidup mereka dengan keberanian dan penuh harapan supaya mereka menjadi orang yang berguna.

“Ketahuilah bahwa pertolongan menyertai kesabaran, sesungguhnya ada kelapangan bersama kesusahan dan sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan”

Wallahua'lam

Sumber  :  Asy Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu



 
Friday 6 December 2013

Penawar Segala Penyakit

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah


Seperti yang saya katakan pada entri sebelum ini bahawa sudah menjadi rutin harian keluarga saya iaitu kami memang mengamalkan minum minyak habbatussawda dicampur dengan air madu asli. Saya mula mengenali biji jintan hitam (habbahtussawda) ini ketika saya dan suami pergi menunaikan haji di Mekah kira-kira 16 tahun yang lalu. Pada waktu itulah saya tahu yang rupa-rupanya jintan hitam ini mempunyai banyak khasiat. Oleh kerana bentuknya yang berbiji-biji seperti rempah dan hitam warnanya, maka pada waktu itu saya dan suami tidak berapa berminat untuk membeli dan mencuba kerana memikirkan susah untuk dimakan.


Sehinggalah beberapa tahun selepas kami pulang dari Mekah, suami saya selalu mengalami masalah demam tongsil dan sering keluar masuk hospital.  Keadaan tongsilnya semakin bertambah serius sehingga doktor menasihatkan beliau membuat pembedahan membuang tongsil tersebut. Apabila mendengar penjelasan dari doktor, suami saya merasa ragu-ragu untuk mengatakan persetujuannya lalu dia pergi meminta nasihat rakan-rakan yang mempunyai pengalaman membuang tongsil. Berbagai-bagai pendapat telah diterimanya ada yang positif dan ada yang negatif.


Dengan takdir Allah, tiba-tiba salah seorang sahabat suami saya menasihatkan beliau untuk mencuba minyak habbatussawda, katanya minyak itu bagus untuk segala penyakit, dan manalah tahu ianya juga sesuai untuk penyakit suami saya. Lalu sahabat itu juga meminta kami pergi berjumpa dengan rakannya seorang bekas Professor UPM yang mengeluarkan minyak habbatussawda hasil daripada kajian beliau sendiri. Lalu kami pun tidak membuang masa lagi terus menghubungi Professor tersebut dan membuat temu janji untuk berjumpa dengannya. Setelah berjumpa dan mendengar penerangan dari Professor tersebut, kami pun sangat-sangat berpuas hati, lalu suami saya terus membeli minyak habbatussawda yang dibuat oleh Professor tersebut beberapa botol.


Dengan izin Allah, setelah meminum minyak habbatussawda yang dibuat oleh Professor tersebut selama beberapa minggu, keadaan tongsil suami saya semakin pulih dan demamnya juga sudah jarang-jarang. Kalau mengalami demam sekali pun tongsilnya sudah tidak bengkak seperti dulu lagi. Nampak perubahan yang amat ketara pada kesihatan suami saya. Alhamdulillah sehingga sekarang suami saya masih mempunyai tongsil tanpa perlu membuangnya. Selain masalah tongsil, minyak habbahtussawda ini juga bagus untuk resedung. Saya sendiri mempunyai masalah resedung yang agak serius. Saya sensitif dengan habuk. Kalau keadaan berhabuk, saya akan bersin tidak berhenti-henti dan selalu selsema. Professor itu menasihatkan saya selain minum minyak habbahtussawda, saya juga dinasihatkan untuk menyedut wap minyak tersebut, caranya dengan letakkan air panas di dalam mangkuk dan tuang kan beberapa titik minyak habbatussawda kemudian selubungkan kepala dengan dengan kain yang tebal supaya wapnya tidak keluar, sambil itu saya perlu menyedut wap minyak habbatussawda  melalui hidung seterusnya melalui mulut. Selepas beberapa minit hingus serta kahak saya  keluar dengan banyaknya.  Apabila proses tersebut selesai, saya merasakan sistem pernafasan saya pulih seperti biasa tiada lagi yang tersumbat. Alhamdulillah beberapa lama selepas itu, masalah resedung saya sudah hilang. Sehingga sekarang sekiranya saya mula rasa selsema atau bersin-bersin, saya akan ulangi langkah yang sama.


Bukan saya dan suami sahaja yang mengamalkan minyak habbahtussawda ini, bahkan semua anak-anak saya juga mengamalkan minum minyak habbatussawda bersama air madu sehinggakan anak bongsu saya yang berumur lima tahun, sekiranya dia merasa tidak sedap badan atau badan rasa nak demam, dia dengan sendirinya minta disuapkan dengan minyak habbatussawda ini. Ketika hamil pun saya minumnya. Begitu juga setelah melahirkan anak walaupun saya makan ubat bersalin seperti akar kayu atau jamu bersalin tetapi saya tetap juga akan minum minyak habahtussawda ini. Alhamdulillah bayi saya hanya cukup dengan minum susu badan tanpa perlu disulam dengan susu formula. Walaupun sesetengah orang mereka berkata tekak mereka tidak boleh minum minyak. Mereka lebih suka memakan pil atau serbuk habbatussawda.


Tetapi bagi saya kenapa saya memilih minyak berbanding pil atau serbuk kerana cara terbaik untuk mengambil habbahtussawda sebagai penawar ialah dengan meminum minyaknya. Kerana apabila kita minum minyak perut kita tidak perlu lagi memproses minyak tersebut, sebaik sahaja minyak itu sentuh pada lidah kita yang sensitif, syarat-syarat tertentu akan dihantar terus ke otak dan proses penyembuhan sudah mula berlaku. Berbanding dengan pil atau serbuk, proses penyembuhan akan mengambil masa. Walaupun rasa dan bau minyaknya agak kuat tetapi di situlah letaknya rahsia kemujarabannya.


Tambahan pula minyak habbatussawda yang saya minum itu saya tahu bagaimana minyak itu diproses dari mula hingga ia menghasilkan minyak. Ianya dihasilkan melalui proses perahan sejuk "cold-press" dibawah paras suhu 30 darjah celcius. Suhu yang tinggi boleh merosakkan mutu minyak yang dihasilkan.  Proses perahan sejuk ini adalah lebih berkesan kerana ia dapat mengekalkan semua vitamin, mineral dan asid amino di dalam minyak itu. Dan ini dapat meningkatkan sistem imun dalam tubuh kita.


Kesimpulannya :

"Hendaklah kamu mengunakan Al-Habbatus sauda' kerana sesungguhnya terdapat padanya penawar untuk segala penyakit kecuali MATI",

(Al-Bukhari)

Sesiapa yang ingin mencuba minyak habbatussawda yang saya amalkan bolehlah menghubungi saya melalui telefon @ whatsapp 0132270840 (Ummu Sumayyah)


 Minyak habbahtussawda 100% 

60ml - RM25





500ml - RM90


Minyak Habbahtussawda dengan Halba. 60ml - RM35





Dan ini adalah gambar sample minyak habbatussawda kami:




Sila rujuk di SINI, kami menawarkan kepada anda tiga pilihan Habbahtussawda.
Wednesday 4 December 2013

Fungsi dan Kepentingan Enzim Pada Tubuh Manusia

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Entri saya kali ini berkisar kepada makanan tambahan (supplement) yang saya amalkan sejak dari awal tahun yang lalu iaitu Enzim Noni (Buah Mengkudu) keluaran dari BSY (M) S/B. Maklumlah apabila usia sudah menginjak 40an ini, badan pun mulai rasa lemah-lemah, naik tangga sedikit pun lutut sudah terasa dan pada waktu-waktu begini jugalah kebanyakan penyakit bakal datang. Sebelum penyakit-penyakit yang lebih kronik singgah pada tubuh saya lebih baik saya mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan semua penyakit itu sudah ditakdirkan oleh Allah tetapi kita sebagai manusia harus mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu dengan menjaga kesihatan diri sendiri. Apabila sudah ada usaha ke arah itu dan kita sakit juga, itu barulah dinamakan takdir Allah. Wallahua'lam.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


إِنَّ اللهَ لَمْ يَنْزِلْ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ مَعَهُ دَوَاءً جَهِلَهُ مَنْ جَهِلَهُ وَعَلِمَهُ مَنْ عَلِمَهُ

“Sesungguhnya Allah tidaklah menurunkan penyakit melainkan menurunkan bersamanya ubat. Tidak tahu orang yang tidak tahu dan tahulah orang yang tahu”  HR. Ahmad No. 3922, Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan hadits ini shahih lighairihi

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda


إن الله أنزل الدواء، وأنزل الداء، وجعل لكل داء دواء، ولا تداووا بحرام

“Sesungguhnya Allah lah yang menurunkan ubat dan penyakit. Allah jugalah yang menjadikan ubat setiap penyakit. Maka janganlah kalian berubat dengan yang haram” HR. Abu Daud 3874


Alhamdulillah sejak saya berhenti kerja, saya dan suami banyak mengkaji tentang kesihatan terutama tentang punca penyakit dan cara mengatasinya. Terdapat berbagai-bagai metod pengubatan yang sudah diperkenalkan dan diamalkan oleh manusia dari berbagai suku, kaum dan bangsa. Sebenarnya, ini adalah salah satu kurniaan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala juga. Kita sebagai manusia yang diberi akal oleh Allah berhak memilih samada cara pengubatan yang bagaimana yang kita inginkan asalkan ianya tidak membawa kepada keharaman.

Begitu juga dengan keluarga saya, saya lebih cenderung kepada kaedah rawatan yang tidak menggunakan ubatan kimia yang boleh memberikan kesan sampingan jangka panjang kepada tubuh.  Biasanya saya akan mengubati penyakit anak-anak saya dengan merangsang sistem imun mereka dengan melakukan proses pemyembuhan sendiri. Saya sudah mempraktikkan kaedah ini kepada keluarga saya contohnya kesemua anak-anak saya tidak mengambil sebarang imunisasi sejak lahir, dan alhamdulillah mereka semua tidak mengalami sebarang masalah yang kronik. Hanya sekali sekala mereka demam itupun jarang sekali saya mengambil ubat doktor. Saya hanya akan beri mereka makan madu dan minyak habbatussawda. 

Berbalik kepada tajuk entri kali ini tentang enzim. Tetapi sebelum itu saya ingin berkongsi sedikit tentang apakan itu enzim. Dan kenapa ianya penting pada tubuh kita. Enzim merupakan sejenis protin yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia untuk melancarkan sistem metabolisma tubuh dan memaksimakan fungsi organ tubuh serta melancarkan proses pencernaan. Sebenarnya sumber enzim banyak terdapat pada makanan di persekitaran kita tetapi sayangnya banyak sumber enzim di dalam makanan itu telah hilang disebabkan oleh kesalahan dalam cara masakan kita. Tambahan pula jenis masakan melayu yang banyak di tambah dengan santan, rempah dan perisa.

Kita boleh mengambil semua makanan sihat dan minum semua vitamin atau suplemen yang kita inginkan. Tetapi tanpa adanya enzim, proses pencernaan didalam tubuh tidak dapat berjalan dengan lancar dan akhirnya akan menyebabkan munculnya berbagai jenis penyakit terutama penyakit akibat daripada penurunan fungsi organ seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, kanser, stroke, stress, penyakit kulit dan sebagainya. Kerana pada hakikatnya, hampir semua penyakit kronik bermula dari proses pencernaan yang kurang baik dan pembuangan yang tidak sempurna dari makanan yang masuk kedalam perut. Terutama sekali kepada mereka yang sudah berumur kerana semakin meningkat umur seseorang semakin berkurangan enzim di dalam badan.


Oleh sebab itulah saya mencari satu solusi untuk menggantikan enzim di dalam tubuh saya yang semakin berkurangan iaitu dengan mengambil enzim tambahan daripada buah mengkudu ini. Buah Noni atau buah mengkudu ini kaya dengan pelbagai ramuan perubatan sehingga dikenali sebagai 'Ratu Tumbuhan'. Kenapa saya memilih enzim noni dari syarikat BSY (M) ini kerana proses pembuatan enzim ini sangat meyakinkan saya kerana bahan mentah atau buah Noni ini akan diawet terlebih dahulu selama 3 bulan kemudian ia akan dihantar ke mesin Anti-Graviti untuk mendapatkan enzim mengkudu. Selepas itu ia akan dihantar ke mesin Hi-pressure untuk membunuh kuman atau bakteria dan kemudian akan diisi ke dalam botol anti UV light. Semua proses dijalankan 100 % melalui sistem automasi.

Bagaimana caranya menggunakan enzim noni.

Enzim noni ini disarankan diambil 2 kali sehari, semasa bangun tidur dan sebelum tidur. Caranya : 

1) Sebaik bangun dari tidur, sebelum berbuat apa-apa (bersugi dan sebagainya), minum segelas air yang ditapis.
2) Kemudian titiskan lebih kurang 4-5 titik enzim noni dengan menggunakan dropper di bawah lidah dan kemam dalam 2-3 minit sehingga hilang rasa kemasamannya barulah telan seperti biasa.
(PERHATIAN : Semasa menitiskan enzim dibawah lidah, Pastikan hujung dropper tidak bersentuhan dengan lidah utk mengelakkan ia tercemar  dengan air liur basi. Jika terkena, bilas dengan air panas sebelum ditutupkan kembali)
3) Selepas itu, minum lagi seteguk air yang ditapis.
4) Ulangi sekali lagi malam sebelum tidur mengikut langkah-langkah yang sama.
5) Bagi rawatan luaran (luka-luka, kegatalan, gangrene, sakit mata, katarak dsb), enzim noni boleh terus dititis pada tempat yang sakit.

Perkara Yang Harus Dielakkan :

1) Elakkan memakan apa-apa makanan dalam jangkamasa 2 jam setelah mengambil enzim noni.
2) Elakkan dari merokok, meminum minuman berkafein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola, pepsi dalam jangkamasa 2 jam selepas mengambilnya.
3) Kesan-kesan pemulihan boleh dirasai biasanya dalam jangkamasa tertentu. Jangan hentikan pengambilan enzim noni sehingga kesan pemulihan reda dan penyakit dipulihkan sepenuhnya.

Bagaimana enzim noni ini bertindak :

1) Terdapat 2 enzim utama (proxeronase, proxeronine) yang membentuk xeronine, iaitu enzim utama dalam enzim noni yang menguatkan sistem pertahanan badan dalam menentang penyakit-penyakit kronik.
2) Xeronine ini akan bercantum dengan protein dari makanan yang kita ambil untuk berfungsi membina semula sel-sel tubuh, merawat sel-sel yang rosak dan memusnahkan sel-sel yang berpenyakit.
3) Ia akan membina semula sel-sel kulit, tulang dan rambut, menghantar nutrisi ke seluruh badan dan mengawal hormon di dalam badan.
4) Ia mengukuhkan sistem kekebalan tubuh.
5) Ia juga mendetoksifikasi tubuh (membuang toksik-toksik yang terkumpul dalam tubuh sekian lama).

Setelah hampir setahun saya mengamalkan enzim noni ini, alhamdulillah badan saya berasa sihat dan bertenaga begitu juga dengan masalah anak bongsu saya yang sering mengalami masalah gatal-gatal disebabkan alahan kepada makanan laut. Saya akan titiskan setitik enzim noni dan sapu pada kulitnya yang gatal itu alhamdulillah selepas beberapa jam tidak ada lagi masalah gatal-gatal pada kulit anak saya. 

Setelah melihat hasil pada badan saya maka sekarang barulah saya berani merekomendasikan kepada sesiapa yang ingin mencuba enzim noni ini. Terutama bagi sesiapa yang masih mencari-cari suatu suplemen untuk dicuba. Selain enzim noni ini, saya juga mengamalkan makan minyak habbahtussawda dan madu setiap hari.  

Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya. InsyaAllah, pesanan anda akan dihantar terus ke pintu rumah anda dengan penghantaran percuma.

Satu botol enzim = RM40
Kalau beli satu kotak besar ada 10 botol enzim di dalam nya. Harga boleh dirunding.
Tel @ Whatsapp saya 019-2270840 (Ummu Sumayyah)

Banyak lagi produk yang dikeluarkan oleh BSY (M) ini, tetapi yang istimewanya semua produknya berasaskan dari buah Mengkudu (Noni). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang produk-produk lain, bolehlah singgah ke http://noni-2u.blogspot.com/