Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Saturday 18 January 2014

Cara Memilih Belacan Yang Betul

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Entri kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca sekelian tentang sejenis bahan atau perisa masakan yang diperbuat daripada udang yang diproses dan dimampatkan. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Masyarakat melayu memang tidak boleh dipisahkan dengan bahan ini iaitu belacan. Belacan diproses daripada isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan yang popular di Malaysia biasanya dihasilkan di sepanjang perkampungan nelayan di tepi-tepi laut contohnya kalau di Kedah belacan yang terkenal adalah belacan Tanjung Dawai dan Kuala Kedah. Begitu juga di Melaka, Pulau Pinang dan Perlis.

Sejak dari dulu lagi saya tidak pernah membeli belacan di kedai-kedai runcit atau belacan yang dokomersialkan dari kilang kerana saya tidak tahu tahap kebersihannya dan bahan yang di campur dalam belacan. Sesetengah pengusaha akan mencampurkan bahan pewarna berbahaya seperti 'Rhodamine B' yang boleh menyebabkan kanser untuk mencantikkan warna belacan yang lebih menarik.

Dari dulu hingga sekarang saya pasti akan menggunakan belacan asli yang diusahakan sendiri oleh orang kampung. Kalau dahulu ketika saya tinggal di Kuala Lumpur belacan yang sering menjadi pilihan saya adalah belacan Melaka dan Tanjung Dawai sekiranya saya balik utara. Tetapi sekarang setelah saya menetap terus di utara belacan yang menjadi pilihan saya sekeluarga adalah belacan Kuala Perlis. Kenapa saya jatuh cinta dengan belacan Kuala Perlis kerana saya sendiri sudah pergi melihat bagaimana suasana orang-orang kampung di sana menghasilkan belacan. Mereka menggunakan udang-udang segar yang baru ambil dari laut. Begitu juga dengan keadaan persekitaran tempat mereka menghasilkan belacan amat bersih sekali. Saya tidak nampak pun binatang-binatang seperti anjing, ayam, kucing serta lalat berkeliaran di tempat mereka menghasilkan belacan.

Belacan merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan. Sambal belacan merupakan menu sampingan yang boleh dikatakan wajib bagi keluarga saya. Rasanya kalau hidangan yang tidak ada sambal belacan seperti tidak lengkap kerana suami saya amat menggemari ulam-ulaman dicicah dengan sambal belacan. Walaupun berlaukkan hanya ikan goreng bersama sambal belacan serta ulam-ulaman ia tetap menyelerakan tetapi dengan syarat sambal belacan yang dibuat mestilah yang sedap. Rahsianya kita perlu menggunakan belacan yang sedap sudah pasti hasil sambal belacan kita juga tidak mengecewakan.

Cubalah rasa belacan Kuala Perlis ini hubungi saya 019 2270840 boleh juga whatsapp.

Harga sebekas RM5 (Tidak termasuk kos penghantaran) 




















0 comments:

Post a Comment