Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Monday 13 January 2014

Minyak Telon Plus

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah



http://hbc-safecare.com/wp-content/uploads/2010/05/minyaktelonplus.jpg

Ada tiga jenis minyak yang menjadi teman setia keluarga saya iaitu minyak Aromatheraphy, ubat gosok Pegal Linu dan akhir sekali Minyak Telon Plus. Yang istimewanya ketiga-tiga jenis minyak ini adalah keluaran Safe Care dari Indonesia. Berbalik kepada entri kali ini tentang Minyak Telon Plus.

Biasanya semua anak-anak saya sejak dari awal kelahiran lagi, setiap kali selepas mandi saya akan sapukan minyak angin untuk elakkan mereka dari masuk angin dan kembung perut. Minyak yang saya gunakan sejak dari anak sulung saya lagi ialah minyak telon. Kenapa saya memilih minyak telon kerana minyak telon ini akan memberikan rasa hangat kepada badan bayi dengan merangsang pembuluh darah membesar sehingga aliran darah menjadi lebih cepat. Aroma minyak telon juga dapat memberikan rasa tenang pada bayi.

Tetapi kalau dahulu saya menggunakan minyak telon dari berbagai-bagai keluaran ada dari nyonya meneer, ada dari bebiku dan banyak lagi keluaran minyak telon yang saya gunakan. Tetapi di antara banyak-banyak keluaran yang saya kekal sehingga sekarang adalah minyak Telon Plus keluaran Safe Care.

Minyak Telon Plus Safe Care ini dibuat dari Oleum Cajuputi, Oleum Foeniculi, Oleum Cocos, Lavender Oil, Jojoba Oil, ia menghasilkan aroma yang harum dan berkhasiat untuk melegakan kembung perut, masuk angin dan mencegah gigitan nyamuk terutama untuk bayi. Selain itu kandungan jojoba oil juga boleh melembut dan melembabkan kulit yang kering begitu juga dengan kandungan lavender oil ia boleh membantu untuk menenangkan fikiran dan akan membuat tidur lebih nyaman.

Yang istimewanya, minyak Telon Plus ini bukan sahaja sesuai untuk bayi malah ia juga sesuai untuk semua peringkat umur. Saya akan oleskan minyak telon itu pada anak saya sekiranya mereka terkena gigitan nyamuk atau gatal-gatal badan.

Cubalah, kalian pun pasti akan menyukainya. Dari bayi hingga ke orang dewasa, semua boleh gunakan minyak ini. Sangat selesa dan tidak melekit pada badan. Anda tidak perlu bimbang, selama saya menggunakannya ia tidak ada kesan sampingan seperti kulit melupas atau panas pada kulit. Hubungi saya 019 2270840 Ummu Sumayyah.


Kemasan :
Botol kaca 30ml roll on 

Harga : RM12 per botol

0 comments:

Post a Comment