Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Thursday 2 January 2014

Ubat Gosok Pegal Linu Roll-On

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah




Saya mula-mula mengenali ubat gosok Pegal Linu ini sebenarnya apabila seorang rakan saya dari Indonesia memberi kepada saya ketika saya berjumpa dengannya. Ketika itu saya menceritakan kepadanya tentang keadaan suami saya yang selalu berasa lenguh-lenguh badan terutama ketika dia pulang dari kerja maklumlah dengan suasana tempat kerja yang berhawa dingin tambahan pula dengan keadaan lalu lintas di Kuala Lumpuar yang amat menyesakkan. Saya rasa bukan suami saya sahaja yang mengalami mesalah sedemikian malah ramai lagi warga kota yang lain mengalami masalah yang sama.

Sambil kami berbual-bual itu, lalu rakan saya mengeluarkan ubat gosok itu dari simpanannya lalu diberikan kepada saya dan menyuruh saya mengoleskan pada badan suami saya yang berasa lenguh-lenguh itu. Katanya ubat itu bagus untuk lenguh-lenguh badan. Apabila saya membuka tudungnya lalu saya mengoleskan pada tangan saya dan saya dapati ia bukan seperti minyak angin biasa yang terdapat di Malaysia. Apabila memakainya saya berasa berangin, sejuk dan amat nyaman sekali. Sejak itulah saya mula mengenali ubat gosok Pegal Linu cap Gading keluaran Safe Care ini.

Apa yang membuat saya suka dengan ubat gosok ini kerana ia dibuat dari bahan-bahan alami pilihan seperti cengkeh, kayu putih, gondopuro, dan lain-lain. Ia baik untuk menolong meredakan sakit otot-otot pinggang, lenguh-lenguh badan, kejang otot, sakit urat dan lain-lain lagi. Apabila mengoleskan minyak itu pada tempat-tempat yang berasa sakit atau lenguh kita akan berasa sangat selesa dan tidak melekit pada badan. Ia tidak seperti minyak angin yang biasa saya gunakan sebelum ini. 

Setelah pertama kali suami saya menggunakan ubat gosok Pegal Linu cap Gading keluaran Safe Care ini, dia terus jatuh cinta dan sejak itulah ubat gosok ini menjadi teman setia kami suami isteri. Saya biasanya akan gosok pada bahagian-bahagian yang lenguh sebelum tidur, dan apabila bangun dari tidur kita akan berasa lega. 

Obat gosok cair ini dikemas dalam botol roll-on dengan isipadu 30ml. Cubalah satu anda juga pasti berpendapat seperti saya apabila anda menggunakannya. Hubungi saya atau whatsapp 019-2270840.

Harga  :
Per botol = RM13-00

Tidak termasuk kos penghantaran.

0 comments:

Post a Comment