Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Monday 17 February 2014

Pentingnya Mempelajari Bahasa Arab

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Berkata Syaikh Ibnu Uthaimeen rahimahullah:

"... Aku katakan bahawasanya ilmu nahwu (mempelajari Bahasa Arab), ini ianya susah ketika seseorang itu baru menceburi bidang ini (maksudnya baru nak belajar). Akan tetapi, ketika Allah telah bukakan baginya pintu untuk dia memahaminya, maka akan menjadi sangat mudahlah baginya, bukan hanya ilmu ini, akan tetapi ilmu ilmu lain juga. "

Beliau berkata juga:

" Sesungguhnya ilmu nahwu ini adalah ilmu yang mulia, ia membawa kepada dua perkara yang penting iaitu:

1. Memahami Al Quran dan As Sunnah kerana keduanya tidak dapat difahami melainkan dengan ilmu nahwu.

2. Membetulkan lisan ketika berbicara dengan bahasa arab, yang mana Al Quran itu diturunkan di dalam bahasa arab. Oleh kerana itu, memahami ilmu nahwu adalah perkara yang sangat penting sekali, akan tetapi ilmu nahwu ini, susah hanya pada awalnya, mudah pada akhirnya. Oleh kerana itu, seseorang itu perlu berusaha bersungguh sungguh untuk mempelajari asas asasnya sehingga mudah baginya untuk memahami yang seterusnya. Dan janganlah terpengaruh dengan perkataan orang orang yang mengatakan bahawasanya ilmu nahwu ini susah sehingga disebabkan itu manusia tidak mahu mempelajarinya, kerana ini tidaklah benar. Akan tetapi,  Tumpukan perhatian kamu pada awalnya, akan mudahlah bagi kamu pada akhirnya.

Rujukan: Kitab Syarhul Aajurrumiyyah karangan Syaikh Muhammad bin Shalih Al Uthaimeen rahimahullah.
Faedah:

Di antara perkara perkara yang akan membantu kita untuk memahami suatu ilmu itu adalah:

1. Wujudkan perasaan cinta kepada ilmu yang sedang kita pelajari tersebut.

2. Mengosongkan minda ketika berada di dalam majlis ilmu tersebut. (maksudnya fokus dan lupakan perkara lain ketika berada di kelas)

3. Tidak memaksa diri untuk memahaminya. Sekiranya ada yang kurang difahaminya, teruslah bertanya kepada yang lebih mengetahui. Dan sekiranya Allah belum bukakan juga pemahaman kepada kamu maka bersabarlah dan Allah akan bukakan buat kamu di kemudian hari.

4. Mengambil pelajaran sedikit demi sedikit. Yang penting pelajaran yang sudah diambil, hendaklah difahamkan dengan baik.

5. Bermajlis dengan orang orang yang faham dan rajin sehingga kita dapat mengambil faedah daripada mereka.

6. Tidak berputus asa dengan rahmat Allah.

7. Menghormati guru yang mengajar kerana doa mereka juga merupakan salah satu daripada asbab Allah bukakan pemahaman buat kita. 

Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment