Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Monday, 24 March 2014

Sabun Susu Beras (Rice Milk Soap) Thailand

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Thailand merupakan salah sebuah negara yang mempunyai sumber beras terbaik di dunia. Oleh itu tidak hairanlah Sabun Beras atau Sabun Susu Beras ini mula-mula dikeluarkan dan diperkenalkan oleh negara Thailand sehingga sabun ini amat terkenal di negara Gajah Putih itu. Rahsia turun temurun dari orang Thai dalam penjagaan kulit. 

Kebanyakan wanita-wanita Malaysia, mereka lebih gemar menggunakan kosmetik yang berjenama, terkenal dan mahal harganya. Tetapi bagi saya jika kita menggunakan sabun muka atau kosmetik yang terkenal dan mahal sekali pun, ia belum tentu dapat memenuhi impian kita. Bahkan beberapa sabun atau pembersih muka akan menjadikan kulit kita kering, tumbuh lebih banyak jerawat dan biasanya tidak membantu menyihatkan kulit anda. Mereka yang berkulit sensitif, biasanya sangat berhati-hati dalam memilih bahan kecantikan kerana kebanyakan produk penjagaan kulit muka mengandungi bahan kimia. Oleh itu saya berpendapat apa jua produk kosmetik samada mahal atau murah harganya yang penting kita harus mencubanya terlebih dahulu bagi memastikan sesuatu produk itu sesuai atau tidak pada kulit kita terutama pada kulit wajah. 

Sabun Susu Beras ini diperbuat daripada beras melati, susu serta bahan-bahan alami yang lain. Dengan ekstrak protein susu beras dan Vitamin E, ia dapat membantu mengurangkan bintik-bintik hitam dan menghapuskan jerawat di muka. Ia juga membantu mencegah dan melegakan sensasi membakar kulit yang disebabkan oleh pendedahan matahari . Kulit kita akan kekal lembap, putih dan halus. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan dijamin 100% halal. Ia juga boleh digunakan untuk muka dan seluruh badan.

Cara penggunaannya adalah sama seperti sabun muka yang lain. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba bolehlah menghubungi atau whatsapp saya:


Harga sebuku sabun RM3. 
Bagi yang ingin membeli 10 buku sekali harganya cuma RM25.

019-2270840 - Ummu Sumayyah.
019-2790952 - Wan. 








0 comments:

Post a Comment