Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Showing posts with label Tentang Penulis. Show all posts
Showing posts with label Tentang Penulis. Show all posts
Wednesday, 18 September 2013

Pakaian Sunnah

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Entri saya kali ini pula akan mengisarkan tentang pakaian yang dipakai oleh saya serta semua anak-anak perempuan saya apabila kami keluar dari rumah.  Seperti yang pembaca semua sedia maklum, sebaik sahaja saya membuat keputusan untuk tinggal di rumah sepenuh masa, Maka berlakulah  suatu peralihan cara hidup kepada diri saya dan juga keluarga saya. Kalau dulu semasa bekerja, saya seorang yang suka bergaya dengan fesyen-fesyen yang mengikut 'trend' semasa. Aurat tidak dijaga dengan sempurna, Saya sungguh sibuk menguruskan hal-hal duniawi. Masa saya banyak dihabiskan di pejabat, pergi kerja kemudian balik kerja itulah rutin harian saya. Mana dengan nak memikirkan kerja rumah lagi, suami dan anak-anak lagi. Jiwa saya kosong tanpa pengisian ilmu agama pada waktu itu. 

Selepas itu bermulalah era kehidupan baru buat saya. Timbulnya rasa kesedaran untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik justeru menjadi hamba Allah yang diredhai dunia dan akhirat. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah ta'ala telah menganugerahkan kepada saya rasa kesedaran dan keinsafan itu, dalam keadaan saya masih lagi bernyawa dan bertenaga untuk melakukan ibadat kepadanya. Bukan semua insan dipilih untuk mendapatkan kesedaran begini. Tugas saya sekarang adalah untuk menjadi seorang hamba yang selalu bersyukur kepada Allah ta'ala serta tidak mengkufuri segala nikmat yang dianugerahkan kepada saya ini agar Dia tidak menarik kembali nikmat tersebut sebagaimana yang Allah katakan di dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang maksudnya:

(( Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sebuah (nikmat) yang diberikan kepada suatu kaum kecuali apabila kaum  tersebut yang mengubah (nikmat) yang diberikan kepada mereka itu. ))


Untuk melakukan suatu perubahan sebenarnya bukanlah suatu yang sukar, hanya saja prosesnya yang agak tidak mudah.  Ia memerlukan keazaman dan kesungguhan yang kuat  daripada diri kita sendiri dan ia juga memerlukan sokongan moral daripada  ahli keluarga kita. Ia bukanlah sebuah proses yang singkat. Sesetengah orang, sangat disayangkan kerana mereka inginkan perubahan dalam masa yang sama, mereka ingin melihat hasilnya dalam sekelip mata. Sungguh mustahil sekali.  Apa yang penting bagi saya,  jika kita ingin melakukan perubahan lakukanlah dengan cara perlahan-lahan dahulu, sedikit demi sedikit yang penting istiqamah.

Memang tidak dapat dinafikan, Institusi kekeluargaan juga memainkan peranan utama dalam mencapai matlamat ini. Di mana hubungan  antara ibu bapa dengan anak-anak amatlah penting. Sifat saling memahami dan saling menghormati sesama ahli keluarga harus sentiasa dipupuk. Jangan jadikan rumah sebagai lembah pergaduhan ataupun pertelingkahan.  Rumah sepatutnya dijadikan sebagai satu tempat yang  gembira dan harmoni.

Perubahan harus bermula dengan mengubah diri kita sendiri dahulu.  Mana mungkin untuk mengajak orang lain berubah sedangkan diri kita sendiri masih di takuk lama. Kalau niat itu datangnya dari hati yang ikhlas kerana Allah iaitu inginkan kebaikan buat diri sendiri dan keluarga, insyaAllah  kebahagiaan yang diimpikan pasti akan datang. Walaupun jalan yang dipilih itu penuh dengan ranjau dan duri. Dihina, ditindas, rasa terasing, dipulaukan, dikatakan ‘extreme’ tetapi ketahuilah Allah tetap bersama kita saban hari, setiap waktu, setiap detik dan setiap ketika untuk membantu hamba-hambanya yang bersabar dan bertaqwa. Anggaplah setiap ujian dan dugaan yang melanda adalah tarbiyah daripada Allah untuk meningkatkan iman seseorang hamba itu serta menghapuskan dosa dan nodanya.

Allah ta'ala berfirman Surah Al-Baqarah : Ayat 153 yang maksudnya:

(( Sesungguhnya Allah bersama orang orang yang bersabar )) 

Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini. Tentang adab-adab berpakaian bagi seorang wanita muslimah. Seingat saya, ujian Allah yang paling besar ke atas saya dan keluarga di dalam fasa perubahan ini adalah  cara pemakaian kami. Selepas saya berhenti kerja, saya cuba sedikit demi sedikit untuk melakukan perubahan dari segi penampilan diri saya walaupun ketika itu saya sudah memakai pakaian yang disebut pakaian muslimah tetapi sebenarnya ia masih belum memenuhi syarat-syarat agama kita. Sehinggalah anak lelaki sulung saya yang belajar di Yaman ketika itu, menyarankan kepada saya untuk mengubah sepenuhnya cara pemakaian saya dengan mengikuti perintah Allah serta bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau (anak saya) ketika itu memberi saya banyak dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith nabi tentang wajibnya bagi seorang wanita untuk menutup seluruh tubuhnya . Di antara dalil yang paling terkesan pada saya adalah firman Allah ta'ala di dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”

Saya masih ingat lagi kata-kata dari anak saya ketika itu. 'Umi, hujjah dah sampai pada umi, jadi tidak ada lagi alasan di depan Allah nanti di Yaumul Qiyamah'. Sejak daripada itulah saya bertekad untuk mengubah cara pemakaian saya serta semua anak-anak perempuan saya sepenuhnya dengan memakai jubah atau abaya hitam dan berfurdah (niqab). Selepas saya memakai furdah, hati saya lebih tenang dan pergerakan saya rasa lebih selamat, walaupun ada sesetengah pihak yang menganggap pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna ini tidak lagi relevan untuk dipakai di zaman serba moden ini, ia hanyalah budaya orang arab semata kerana di sana berdebu dan furdah itu hanyalah bertujuan untuk menghalang debu. Akan tetapi bagi saya, apa yang saya lakukan adalah mengikut perintah Allah dan perintah Rasul-Nya. Moga Allah memberkati  dan meredhai segala usaha saya. Ameen.

Nasihat saya buat mereka di luar sana yang juga dikurniakan kesedaran dan kefahaman untuk berubah serta memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik, jangan ditangguh-tangguh lagi. Laksanakanlah dan praktikkanlah keindahan islam itu di dalam kehidupan seharian kita.

Allah berfirman di dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”



Sekian, Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan jubah hitam polos kosong  tanpa sebarang hiasan/ sulaman (yang memenuhi sepenuhnya syarat syarat yang syar'i) boleh dapatkannya di pasar online saya.

Terdapat 2 'design'. 

1. Jubah biasa tapi besar di hahagian ketiak (berscalop).

2. Jubah 'A shape'.

 Kain jenis likra. Harga RM89( Tidak termasuk kos penghantaran)

Terdapat berbagai saiz ada S,M,L dan XL.

 Sebarang pertanyaan silalah sms atau whatsapp  saya.

Ummu Sumayyah : 019 2270840













Tuesday, 17 September 2013

Sabun Susu Kambing Dengan Kolagen

Bismillah.

Teks : Ummu Sumayyah


Kali ini saya ingin berkongsi pula dengan pembaca sekalian tentang kisah sabun muka. InsyaAllah apa yang akan saya paparkan di dalam blog ini kebanyakannya adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri ataupun ahli keluarga saya yang telah  menjadi bahan ujikajinya. 

Oleh kerana saya mempunyai ramai anak perempuan jadi sudah semestinya berbagai masalah kulit muka yang sering kami hadapi. Tiga daripada  lima orang  puteri saya  mempunyai kulit muka yang jenis berminyak. Antara ciri kulit muka berminyak ini ialah muka mereka senang ditumbuhi jerawat. Kadang kala saya sebagai ibu mereka naik buntu. Apa saja produk yang direkomendasikan oleh rakan-rakan saya sama ada sabun muka ataupun krim muka siang / malam, saya pasti akan membelinya untuk mereka cuba, tidak kira berapa harganya. Ada yang mahal dan ada juga yang murah.

Mungkin bukan rezki saya, walaupun sudah banyak produk yang dicuba tetapi semuanya tidak memberi kesan yang memuaskan. Kadangkala ada juga produk yang pada permulaannya nampak ada tanda-tanda positif tapi setelah memakainya beberapa ketika, jerawatnya muncul kembali sehingga kadang-kadang, jerawat itu akan naik dengan lebih banyak lagi. Hingga sampai ke tahap mereka naik bosan dan tidak sabar lagi sehingga mengambil keputusan untuk mengupas atau mencungkil jerawat tersebut dan akhirnya meninggalkan kesan parut jerawat atau bintik hitam di muka. Niat nak hilangkan jerawat, tetapi makin teruk jadinya sehingga nampak parut atau bekas jerawat. Allahulmusta'an.


Sehinggalah pada suatu hari puteri sulung saya entah dari mana dia mendapat idea untuk mencuba sabun muka yang dibuat daripada susu kambing. Lalu dia meminta saya untuk mencarinya. Alhamdulillah, pada suatu hari ketika saya dan suami pergi ke Thailand atas urusan kerja, saya terjumpa sejenis sabun susu kambing dengan kolagen keluaran K.Brothers (Thailand). Setelah membuat sedikit kajian di internet tentang sabun keluaran syarikat ini, maklumlah, berita yang sering saya dengar daripada rakan-rakan biasanya mereka menyuruh kita untuk lebih berhati-hati dengan produk keluaran  Thailand ini. Oleh sebab itulah, saya lebih selektif dalam memilih produk dari Thailand. Hasil kajian pun dijalankan dan setelah berpuas hati, barulah saya membeli sekotak sabun itu dengan tujuan percubaan pada awalnya

Sesampainya saya di rumah, saya terus memberikan sabun tersebut kepada puteri sulung saya untuk dia mencubanya, memandangkan dialah yang mula-mula meminta saya membelikan sabun itu untuknya. Pada masa itu adik-adik beliau masih tidak berani lagi untuk mencuba kerana sudah 'fobia' agaknya. Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah menggunakan sabun tersebut beberapa kali, tiada sebarang tindak balas yang negatif berlaku. Begitu juga dengan jerawat baru, tidak ada tanda-tanda yang menandakan ianya mahu timbul. Ada sedikit keyakinan dalam dirinya untuk terus menggunakan sabun tersebut. Setelah habis sekotak sabun itu digunakannya dan nampak ada  kesesuaian  dengan kulit mukanya, maka saya terus membeli satu kotak besar yang terdapat sepuluh kotak kecil sabun di dalamnya.


Apabila melihat akan kesan positif ke atas kulit muka puteri sulung saya, maka barulah adik-adiknya pula ingin mencuba. Agaknya memang kulit anak-anak saya sesuai dengan sabun susu kambing ini. Sejak dari itu mereka terus menggunakan sabun susu kambing itu sampailah sekarang. Alhamdulillah semua kulit muka anak -anak saya sudah menjadi seperti sedia kala tidak ada lagi masalah jerawat. Dan di sini, saya dapat belajar satu faedah yang amat penting untuk kita semua ketahui iaitu tidak semua barang murah itu tidak berkualiti dan tidak semua barang mahal itu berkualiti dan semuanya kembali kepada situasi dan kondisi konsumer.

Bagi pembaca yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sabun susu kambing ini, di sini saya ingin menceritakan serba sedikit apa yang saya tahu tentang sabun ini. Sabun susu kambing keluaran K.Brothers (T) ini merupakan sabun alami yang diformulasikan dengan susu kambing dan kolagen yang mempunyai banyak menafaat. Ianya sangat baik untuk kulit. Kandungan susu kambing adalah di antara yang memberikan banyak nutrisi penting supaya kulit kita kelihatan lebih cerah, putih dan halus. Tambahan pula apabila ianya dikombinasikan dengan kolagen yang berkhasiat untuk membuat kulit kenyal, tegang dan bersinar.


Khasiat sabun susu kambing dengan kolagen ini adalah : 
  •   Memutih serta menghaluskan kulit.
  •   Menghilangkan bekas-bekas jerawat serta bintik hitam di muka.
  •   Kulit tampak bersinar dan tegang
  •   Memutihkan bahagian tubuh tertentu seperti celah ketiak, kelangkang dan siku.
  •   Memberi kelembaban pada kulit.
  •   Menghilangkan garis-garis halus di wajah.
Bagi sesiapa yang ingin mencuba sabun susu kambing dengan kolagen ini dan tidak tahu di mana untuk mendapatkannya, bolehlah hubungi saya. Harga untuk 1 kotak kecil adalah RM 3.00. Sedang harga 1 kotak besar yang terdapat 10 kotak kecil di dalamnya adalah  RM25.00 (Tidak termasuk kos penghantaran).

0192270840 ( Ummu Sumayyah )
0192790952 ( Abu Sobir )

Untuk pertanyaan, kami juga sentiasa available di whatsapp.










" Kejujuran menentukan keuntungan yang sebenar "

Monday, 16 September 2013

Baik Buruk Amalan Bertungku

Bismillah


Teks : Ummu Sumayyah


Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tentang amalan bertungku.Terutama kepada anak-anak muda zaman sekarang yang mana kebanyakan mereka sudah tidak lagi mengambil berat tentang amalan bertungku ini, mungkin bagi mereka amalan bertungku ini sudah ketinggalan zaman dan sudah tidak relevan lagi dengan dunia perubatan moden sekarang. 

Bertungku adalah satu proses di mana besi panas atau batu panas samada batu sungai atau anak lesung akan diletakkan sekitar abdomen iaitu pada ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada). Mengikut amalan orang dulu-dulu bertungku ini bertujuan untuk menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Tempoh masa bertungku pula ikut pada keupayaan dan kemampuan masing-masing. Kalau yang rajin bertungku, biasanya ada yang sampai habis pantang dan ada juga yang bertungku hingga keluar darah nifas yang  terakhir dan ada juga  yang hanya bertungku dalam masa 2 minggu sahaja.. 

Ada setengah pendapat pula mengatakan amalan bertungku ini adalah amalan tradisional yang hanya sesuai dipraktikkan pada zaman dahulu sahaja. Zaman sekarang amalan bertungku ini tidak lagi sesuai kerana masyarakat sekarang lebih mempercayai kepada kaedah rawatan moden. Mereka berpendapat amalan bertungku ini akan mengakibatkan rahim kita mengembang semula dan berdarah kerana kita meletakkan besi atau batu panas di atas rahim. Mereka menggunakan teori 'benda kalau dipanaskan akan mengembang'. Seeloknya biar rahim kita mengecut dengan sendirinya untuk mengelakkan pendarahan. Adakah ianya betul? Wallahua'lam  Masing-masing bebas memberikan pendapat.

Bagi saya pula, amalan bertungku ini elok di lakukan ketika berpantang. Mungkin kalau zaman dahulu kita menggunakan besi, batu sungai atau anak lesung sebagai alat untuk bertungku tetapi sekarang mungkin penggunaan alat-alat seperti itu tidak lagi sesuai digunakan kerana faktor masa, tenaga serta kos yang mahal untuk mengupah orang terutama bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar. Menyedari akan hakikat itulah semasa saya menjaga anak perempuan saya ketika dia di dalam pantang baru-baru ini, saya telah mencari-mencari satu solusi bagaimana cara untuk memudahkan kerja saya serta meringankan beban anak saya ketika di dalam pantang.

Dengan izin Allah suatu hari rakan saya mencadangkan kepada saya untuk mencuba tungku herbal. Lalu rakan saya terus membawa saya pergi berjumpa sendiri dengan orang yang membuat tungku herba itu. Setelah melihat tungku herba tersebut dan berpuas hati dengan segala maklumat yang diberikan maka saya terus membeli tungku herba tersebut yang di panggil dengan panggilan 'Tungku Herbal Pretty'.

Apabila pulang ke rumah, saya terus memanaskan air kukusan dan mengukus tungku herbal itu selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kepada alat pengukus dan saiz api yang digunakan. Jika telah mendapat kepanasan yang dikehendaki bolehlah mula bertungku. Semasa tungku herbal itu di kukus ia akan mengeluarkan aroma serta bau akar-akar kayu yang sangat harum sekali kerana tungku herba ini dirumus daripada berpuluh-puluh akar-akar kayu dan herba-herba terpilih yang diambil dari hutan-hutan tropika dari negara Thailand dan Malaysia.

Antara khasiatnya yang baik adalah untuk :

  • Membantu aliran darah dengan sempurna juga turut membantu masalah kebas anggota badan akibat aliran darah yang tidak lancar.
  • Membantu mengendurkan saraf dan otot yang tegang dalam badan.
  • Mempercepatkan keringnya darah nifas dengan mencairkan ketulan darah.
  • Membantu mengembalikan semula kedudukan tulang pinggul ketempat asal. (akibat pembukaan ketika melahirkan anak)
  • Membantu mengurangkan masalah sengal badan dan kekejangan saraf serta sakit otot.
  • Membantu masalah lebam dan kesakitan serta bengkak kecil akibat bersukan atau cara hidup yang aktif.
  • Membantu mengempiskan perut selepas bersalin.
  • Membantu membuang angin dalam perut.
  • Membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Bagi yang menjalani pembedahan pula, ia baik untuk membantu dalam mengecutkan luka jahitan, mengeluarkan darah kotor serta menghilangkan sakit-sakit badan yang tidak boleh diurut kerana pembedahan.


Tungku ini juga, tidak dikhaskan hanya kepada ibu-ibu yang bersalin sahaja malah ianya juga boleh digunakan oleh semua golongan termasuk mereka yang belum berkahwin dan menghadapi masalah segugut begitu juga dengan orang-orang tua yang mengalami sakit badan, sendi, sengal-sengal badan, sejuk dan banyak angin dalam badan.

Tungku herba ini juga boleh digunakan beberapa kali sehingga hilang bau akar-akar kayu itu tergantung kepada kekerapan  ianya digunakan. Selepas menggunakan tungku tesebut,  ia harus disimpan di dalam peti sejuk. Ianya bertujuan untuk memberikan ketahanan jangka panjang bagi tungku tersebut. Ia juga boleh digunakan semula dengan mengulangi proses yang sama seperti di atas.

Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan tungku herba ini kerana anak saya kelihatan sihat tanpa banyak masalah ketika saya menjaganya dalam pantang tempoh hari. Di sini saya juga ingin berkongsi dengan sesiapa yang berminat untuk mencuba, maka bolehlah hubungi:

0192270840 ( Ummu Sumayyah )
0192790952 ( Abu Sober )

Untuk pertanyaan, kami juga sentiasa available di whatsapp.

Harganya RM 30 ( tidak termasuk kos penghantaran ).

Sekian, Wassalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.

" Kejujuran menentukan keuntungan yang sebenar "


















Saturday, 14 September 2013

Khasiat Buah Durian Belanda

Bismillah



Teks : Ummu Sumayyah

Buah durian belanda atau dikenali juga dengan  Soursop, atau di panggil juga dengan buah durian Eropah di  sebelah utara atau buah durian sayur di sebelah Kelantan. Sejak akhir-akhir ini ia menjadi terkenal dan sering disebut-sebut. Di antara sebab-sebabnya adalah kerana khasiat yang terkandung di dalam buah ini. Buah durian belanda ini dipercayai  dan bahkan telah pun dibuktikan secara medikal bahawasanya ia dapat memberikan sejenis 'anti-body' ke dalam badan konsumer yang secara tidak langsung dapat menyembuhkan penyakit kanser.

Bagi saya pula, saya sangat-sangat menggemari jus durian belanda ini sejak dari dulu lagi walaupun pada masa itu saya tidak tahu sebarang informasi tentang kelebihan dan khasiat buah ini. Tambahan pula sewaktu saya kanak-kanak dahulu, pokok durian belanda ini banyak di tanam di sekitar rumah saya. Akan tetapi apabila zaman berganti zaman dan hari berganti hari, buah durian belanda ini pun semakin dilupai dan semakin berkurangan serta jarang ditemui. Sehinggalah buah ini dipilih untuk dijadikan bahan ujikaji oleh beberapa orang pengkaji antarabangsa yang hasilnya sangat tidak disangka sangkakan. 

Ternyata, buah durian belanda ini dijadikan oleh Allah subhanahu wata'ala sebagai salah satu ubat untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit kanser dan dipercayai sebagai pembunuh semulajadi sel kanser dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Walaupun terdapat juga setengah-setengah pendapat yang mengatakan kajian yang dibuat itu hanya dikaji oleh saintis dalam aliran rawatan komplimentari bukannya oleh saintis perubatan moden yang di amalkan oleh doktor-doktor di hospital. Tetapi bagi saya walau apa pun pendapat yang di utara kan kita harus berlapang dada. 

Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian dua hadith sahih:

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, "Setiap penyakit itu, pasti ada ubatnya, sekiranya ubat itu sesuai dengan penyakitnya, maka akan sembuh dengan izin Allah ta'ala"

Juga sabdanya yang bermaksud:

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya tidaklah Allah menurunkan satu penyakit pun melainkan Allah juga menurunkan ubat untuknya, Ada yang mengetahuinya dan ada pula yang tidak mengetahuinya"

Oleh itu mari lah kita sama-sama jadikan ia sebagai amalan harian dengan mengambil buah durian belanda ini sama ada  meminum jusnya, memakan buahnya atau merebus daun / bijinya. Walaupun  kita tidak mempunyai sebarang masalah atau penyakit kronik. Bak kata pepatah  'mencegah itu lebih baik dari merawat. Wallahua'lam.

Disebabkan saya begitu menggemari jus durian belanda ini, suatu hari saya bertanyakan pada doktor 'google' lalu doktor 'google' memberi saya banyak informasi tentang durian belanda ini dan akhirnya saya terjumpa dengan sebuah syarikat yang mengeluarkan puri durian belanda. Lalu saya terus menghubungi dan mencuba jus durian belanda keluaran syarikat tersebut. Alhamdulillah rasanya seperti yang saya mahukan dan saya sungguh berpuas hati. Dalam hati kecil saya terus terdetik InsyaAllah saya sudah ketemu apa yang saya cari selama ini.

Setelah berbincang dengan suami, kami terus bersetuju untuk mendaftar sebagai agen jualan syarikat tersebut iaitu Puri Asli. Apa yang paling saya teruja sekali untuk menjual puri keluaran puri asli ini, kerana puri durian belanda yang dihasilkan oleh syarikat ini adalah 100% daripada isi durian belanda yang dikisar halus tanpa campuran gula dan bahan pengawet. Rasanya pula sungguh sedap dan berkhasiat sekali. Tambahan pula apabila difikirkan sekarang ini, sukar untuk dapatkan stok buah durian belanda yang 'fresh' dan kalau dapat pun stok buah 'fresh' tetapi harganya pula agak mahal sekali dan risiko pulak kerana isi dalam nya kita belum tahu elok atau tidak. Kalau dapat yang elok alhamdulillah tapi kalau dapat yang tidak elok isinya maka rugi pulak rasanya. Maka dengan itu lah kami membuat keputusan untuk mengambil  stok dari Puri Asli kerana ia mempunyai kualiti, rasa serta khasiat yang sama seperti buah segar.

Selain daripada kanser buah durian belanda ini juga dipercayai  berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kandungan gula, kemurungan dan stress. Ia juga boleh menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik dan sebagai agen anti bakteria, anti fungus berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing. Wallahua'lam.









Untuk membuat jus, anda hanya perlu masukkan 2-3 sudu puri ini ke dalam gelas dan campurkan air serta air gula (elakkan gula sekiranya bertujuan perubatan) dan anda akan mendapatkan kualiti jus buah durian belanda sebenar, dan bukan kordial atau 'concentrated'. Ia juga amat sesuai utk dibuat 'ice blended'. Anda hanya perlu masukkan 2-3 sudu puri ini bersama ketulan ais. Kemudian kisarkannya dan campurkan sedikit gula. Cuba lah rasa..ia  pasti tidak akan mengecewakan anda.


Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mencuba jus durian belanda ini dan tidak tahu di mana untuk mendapatkan nya jadi boleh lah hubungi saya. Harganya juga sungguh berpatutan sekali cuma sebekas RM35 (1 kg.)

0192270840 ( Ummu Sumayyah )
0192790952 ( Abu Sober )

Untuk pertanyaan, kami juga sentiasa available di whatsapp.

'Kejujuran menentukan keuntungan yang sebenar'

Tuesday, 10 September 2013

Pengenalan Diri

Bismillah.


Teks : Ummu Sumayyah



Nama : Sharifah Sahiza binti Syed Musa
Tarikh Lahir : 29 September 1968
Umur : 45
Status : Berkahwin
Anak : 8 orang (3 lelaki dan 5 perempuan)

Sebelum saya mula menulis tentang pengenalan diri dan keluarga terlebih dahulu saya ingin memaklumkan kepada pembaca sekalian bahawa sebenarnya saya sudah lama meninggalkan alam persekolahan dan alam pekerjaan. Aura untuk menulis pun sudah lama hilang entah ke mana. Agaknya dah jadi seperti rumah usang. Kalau rumah yang dah lama ditinggalkan tanpa penghuni mesti lah rumah tersebut harus diperbaiki dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diduduki semula. Begitu juga dengan diri saya, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri. Terima kasih kepada mentor saya adik Anys Idayu kerana sabar mengajar anak murid seperti saya yang dah 'otai' (old timer).   

Selepas tamat belajar saya terus bekerja di sektor perbankan. Alhamdulillah Allah beri saya kemudahan untuk menunaikan haji pada usia saya belum mencecah 30 tahun. Semasa di mekah saya berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan jalan kerana di dalam hati keci ini, saya berasa sungguh tidak selesa dengan pekerjaan saya pada waktu itu. Berkat doa di Mekah Alhamdulillah setelah beberapa tahun selepas itu saya berjaya mengeluarkan diri dari dunia perbankan yang sudah 15 tahun saya bersama bank nombor satu di Malaysia. Sejak itu tumpuan saya hanyalah untuk mendidik serta membesarkan anak-anak. Mungkin dari mula niat saya berhenti kerja kerana Allah. InsyaAllah, Allah sentiasa memberi kemudahan dengan kecukupan rezki. Jadi kepada sesiapa yang ada niat untuk berhenti kerja jangan mencari seribu macam alasan lagi insyaAllah rezki ada di mana-mana. Kalu bukan rezki kita mungkin rezki anak-anak. Tambahan pula zaman sekarang ini zaman rezki di hujung jari cuma kena ada sedikit usaha sahaja kita boleh jana pendapatan insyaAllah. Yang penting sentiasa bersyukur kepada Allah dan biasa kan diri dengan pandang ke bawah dengan melihat orang yang lebih susah dari kita, lebih sakit dari kita dan lebih miskin dari kita. Jangan selalu melihat ke atas nanti kita yang 'stress'.

Selepas saya keluar dari kepompong selesa, saya dan suami memikirkan pula bagaimana cara yang sesuai untuk mendidik serta membesarkan anak-anak. Tambahan pula dengan bermacam-macam berita yang tidak enak didengar di dalam masyarakat kita sekarang.  Setelah bermusyawarah dan membuat berbagai-bagai kajian maka saya dan suami mengambil keputusan untuk mengubah cara pendidikan anak-anak. Setelah berbincang dengan memberi tarbiyah serta penerangan yang terperinci kepada anak-anak, alhamdulillah kami tidak mendapat banyak bangkangan dari anak-anak. Semua mereka boleh menerima keputusan yang di buat oleh ibu dan ayah mereka. Agaknya mereka juga fikir untuk kebaikan dan masa depan mereka. 

Daripada cara pendidikan  biasa kami beralih kepada memberi pendidikan ilmu agama dengan harapan supaya mereka menjadi hamba-hamba Allah yang diberkati serta diredhai Allah di dunia dan di akhirat. Dengan memegang prinsip membina keluarga sakinah yang berpegang teguh kepada al-quran dan as-sunnah mengikut pemahaman salafussoleh. Alhamdulillah berkat usaha kami sekeluarga, dan rezki dari Allah  insyaAllah semua anak-anak lelaki saya berjaya menghafal al-quran. Anak-anak perempuan saya pula, disamping menghafal al-quran saya dorongkan mereka dengan memberi kemahiran menjahit, memasak dan membuat kek serta mengajar quran pada anak-anak kecil. Syukur pada Allah kerana Allah mengurniakan saya dengan anak-anak yang semua mendengar kata tidak memberi banyak masalah dan taat kepada perintah Allah dan kedua ibu bapa mereka. Hasil yang saya dapati sekarang insyaAllah saya tidak menyesal dengan keputusan yang saya buat dan tindakan yang saya ambil dalam mendidik anak-anak. Walaupun masyarakat memandang tindakan saya melawan arus perdana itu adalah satu tindakan yang merugikan tapi bagi saya kalau kita buat sesuatu kerana Allah insyaAllah Allah pasti akan membantu kita itu janji Allah dalam surah at-talaq ayat : 2 yang maksudnya " Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rizki dari arah yang tidak disangka-sangka.”   

Sebenarnya niat untuk mencuba 'bisnes online' ini sudah lama terlintas di benak fikiran saya. Tambahan pula apabila memikirkan anak-anak semua sudah besar dan yang bongsu pun sudah menjangkau umur 5 tahun. Biasanya apa yang saya akan lakukan di rumah sekiranya ada waktu terluang...saya akan singgah di blog-blog orang dan suka mencari maklumat tentang WAHM, SAHM dan SOHO. Hasil dari bacaan-bacaan tersebut maka timbul lah minat untuk saya mencuba walaupun sudah beberapa kali niat untuk membuat blog sendiri  terpadam begitu sahaja sebab terlalu banyak soalan-soalan yang keluar dari fikiran.Tambahan pula apabila memikirkan faktor umur, bak kata orang tua-tua "otak dah berkarat..kita baru nak mula", di tambah-tambah lagi apabila memikirkan  saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang penulisan apa lagi penulisan blog yang boleh di baca oleh sesiapa sahaja.

Setelah melakukan solat istikharah dan minta pada Allah ada kah keputusan yang akan saya ambil ini adalah satu keputusan yang baik atau sebaliknya. Dengan izin Allah, suatu hari saya terjumpa blog Akademi Bekerja Dari Rumah. Beberapa hari juga saya membaca kisah-kisah dan pengalaman mereka yang mendaftar di bawah Akademik ini. Bermula dari situ lah minat saya untuk  mengetahui dengan lebih mendalam lagi. Lalu saya terus menghubungi adik anys idayu dan bertanya kepada beliau  beberapa soalan. Setelah berpuas hati dengan  keterangan yang diberikan oleh beliau, maka saya terus mendaftar sebagai ahli akademi bekerja dari rumah di bawah mentor adik anys idayu.  

Saya berharap semoga segala usaha yang akan saya lakukan di dalam bisnes online ini diberkati dan diredhai Allah di samping dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga saya. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga terutama suami dan anak-anak atas sokongan mereka untuk saya menjalankan bisnes online ini. Begitu juga kepada mentor-mentor saya Pn Anys dan Pn Masayu saya doakan mereka mudah-mudahan di panjangkan umur, di murahkan rezki dan sentiasa berkesempatan melakukan kebaikan dan memperoleh keberkatan. Ameen.