Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Monday, 16 September 2013

Baik Buruk Amalan Bertungku

Bismillah


Teks : Ummu Sumayyah


Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tentang amalan bertungku.Terutama kepada anak-anak muda zaman sekarang yang mana kebanyakan mereka sudah tidak lagi mengambil berat tentang amalan bertungku ini, mungkin bagi mereka amalan bertungku ini sudah ketinggalan zaman dan sudah tidak relevan lagi dengan dunia perubatan moden sekarang. 

Bertungku adalah satu proses di mana besi panas atau batu panas samada batu sungai atau anak lesung akan diletakkan sekitar abdomen iaitu pada ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada). Mengikut amalan orang dulu-dulu bertungku ini bertujuan untuk menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Tempoh masa bertungku pula ikut pada keupayaan dan kemampuan masing-masing. Kalau yang rajin bertungku, biasanya ada yang sampai habis pantang dan ada juga yang bertungku hingga keluar darah nifas yang  terakhir dan ada juga  yang hanya bertungku dalam masa 2 minggu sahaja.. 

Ada setengah pendapat pula mengatakan amalan bertungku ini adalah amalan tradisional yang hanya sesuai dipraktikkan pada zaman dahulu sahaja. Zaman sekarang amalan bertungku ini tidak lagi sesuai kerana masyarakat sekarang lebih mempercayai kepada kaedah rawatan moden. Mereka berpendapat amalan bertungku ini akan mengakibatkan rahim kita mengembang semula dan berdarah kerana kita meletakkan besi atau batu panas di atas rahim. Mereka menggunakan teori 'benda kalau dipanaskan akan mengembang'. Seeloknya biar rahim kita mengecut dengan sendirinya untuk mengelakkan pendarahan. Adakah ianya betul? Wallahua'lam  Masing-masing bebas memberikan pendapat.

Bagi saya pula, amalan bertungku ini elok di lakukan ketika berpantang. Mungkin kalau zaman dahulu kita menggunakan besi, batu sungai atau anak lesung sebagai alat untuk bertungku tetapi sekarang mungkin penggunaan alat-alat seperti itu tidak lagi sesuai digunakan kerana faktor masa, tenaga serta kos yang mahal untuk mengupah orang terutama bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar. Menyedari akan hakikat itulah semasa saya menjaga anak perempuan saya ketika dia di dalam pantang baru-baru ini, saya telah mencari-mencari satu solusi bagaimana cara untuk memudahkan kerja saya serta meringankan beban anak saya ketika di dalam pantang.

Dengan izin Allah suatu hari rakan saya mencadangkan kepada saya untuk mencuba tungku herbal. Lalu rakan saya terus membawa saya pergi berjumpa sendiri dengan orang yang membuat tungku herba itu. Setelah melihat tungku herba tersebut dan berpuas hati dengan segala maklumat yang diberikan maka saya terus membeli tungku herba tersebut yang di panggil dengan panggilan 'Tungku Herbal Pretty'.

Apabila pulang ke rumah, saya terus memanaskan air kukusan dan mengukus tungku herbal itu selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kepada alat pengukus dan saiz api yang digunakan. Jika telah mendapat kepanasan yang dikehendaki bolehlah mula bertungku. Semasa tungku herbal itu di kukus ia akan mengeluarkan aroma serta bau akar-akar kayu yang sangat harum sekali kerana tungku herba ini dirumus daripada berpuluh-puluh akar-akar kayu dan herba-herba terpilih yang diambil dari hutan-hutan tropika dari negara Thailand dan Malaysia.

Antara khasiatnya yang baik adalah untuk :

  • Membantu aliran darah dengan sempurna juga turut membantu masalah kebas anggota badan akibat aliran darah yang tidak lancar.
  • Membantu mengendurkan saraf dan otot yang tegang dalam badan.
  • Mempercepatkan keringnya darah nifas dengan mencairkan ketulan darah.
  • Membantu mengembalikan semula kedudukan tulang pinggul ketempat asal. (akibat pembukaan ketika melahirkan anak)
  • Membantu mengurangkan masalah sengal badan dan kekejangan saraf serta sakit otot.
  • Membantu masalah lebam dan kesakitan serta bengkak kecil akibat bersukan atau cara hidup yang aktif.
  • Membantu mengempiskan perut selepas bersalin.
  • Membantu membuang angin dalam perut.
  • Membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Bagi yang menjalani pembedahan pula, ia baik untuk membantu dalam mengecutkan luka jahitan, mengeluarkan darah kotor serta menghilangkan sakit-sakit badan yang tidak boleh diurut kerana pembedahan.


Tungku ini juga, tidak dikhaskan hanya kepada ibu-ibu yang bersalin sahaja malah ianya juga boleh digunakan oleh semua golongan termasuk mereka yang belum berkahwin dan menghadapi masalah segugut begitu juga dengan orang-orang tua yang mengalami sakit badan, sendi, sengal-sengal badan, sejuk dan banyak angin dalam badan.

Tungku herba ini juga boleh digunakan beberapa kali sehingga hilang bau akar-akar kayu itu tergantung kepada kekerapan  ianya digunakan. Selepas menggunakan tungku tesebut,  ia harus disimpan di dalam peti sejuk. Ianya bertujuan untuk memberikan ketahanan jangka panjang bagi tungku tersebut. Ia juga boleh digunakan semula dengan mengulangi proses yang sama seperti di atas.

Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan tungku herba ini kerana anak saya kelihatan sihat tanpa banyak masalah ketika saya menjaganya dalam pantang tempoh hari. Di sini saya juga ingin berkongsi dengan sesiapa yang berminat untuk mencuba, maka bolehlah hubungi:

0192270840 ( Ummu Sumayyah )
0192790952 ( Abu Sober )

Untuk pertanyaan, kami juga sentiasa available di whatsapp.

Harganya RM 30 ( tidak termasuk kos penghantaran ).

Sekian, Wassalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.

" Kejujuran menentukan keuntungan yang sebenar "


















1 comments:

  1. Agen Judi Online Terpercaya Dan Gampang Menangnya Hanya Ada Di Sini Tempatnya Yang Memberikan Bonus "Tersebsar" Di Indonesia.
    agen poker
    agen domino
    domino online
    agen qq
    qq online
    bandarq
    sakong

    ReplyDelete