Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Friday 20 September 2013

Minyak Aromatheraphy


Bismillah


Teks : Ummu Sumayyah

Kali ini saya ingin menceritakan pula tentang pengalaman saya dengan minyak aromatheraphy. Tetapi sebelum itu izinkan  saya memberi  sedikit gambaran kepada pembaca tentang minyak ini dan bagaimana saya boleh suka dengannya.

Oleh kerana saya mempunyai lapan orang anak yang mana ianya boleh dikatakan ramai jugalah buat orang sekarang. Kalau zaman dahulu, mungkin lapan orang anak itu adalah perkara biasa...pernah salah  seorang daripada sahabat suami saya menanyakan kepadanya akan berapa bilangan anak yang beliau miliki. Sebaik sahaja suami saya menjawab soalan tersebut, dengan lantasnya terlihat perubahan yang jelas pada wajah sahabatnya itu sehingga membuatkan  mulutnya ternganga. Dengan spontan, sahabatnya terus berkata kepada suami saya “Saya tidak boleh ‘imagine’ bagaimana awak boleh membesarkan lapan orang anak pada zaman sekarang ini  dengan hanya seorang sahaja yang keluar bekerja untuk mencari rezeki”. Tambahan pula pada masa itu kami masih tinggal di Kuala Lumpur.  

Bagi saya anak-anak adalah anugerah daripada Allah dan Allah pasti akan mengurniakan anak kepada sesiapa yang dia mahu. Kita kena ingat bahawasanya anak-anak adalah pinjaman daripada Allah untuk kita menjaganya serta mendidik mereka. Kebanyakan ibu bapa sekarang hanya pandai menjaga anak akan tetapi tidak pandai mendidik anak. Allahulmusta’an. Moga Allah memberi saya kekuatan dan kesabaran dalam menjaga serta mendidik anak-anak. Ameen.

Sudah menjadi ketetapan Allah ta'ala kepada manusia iaitu semakin ramai anak yang dimiliki  seseorang, maka dia juga dapat melihat beraneka ragam perangai dan tabiat. Begitu juga dengan saya, anak-anak saya ada yang kuat makan, ada yang memilih makanan,  ada yang kaki jalan, ada yang suka terperap dalam rumah, ada yang rajin, ada yang kurang rajin, dan ada yang apabila menaiki kereta sahaja,pasti muntah (mabuk perjalanan) dan ini yang paling mencabar sekali sebenarnya. 

Kadang kala, jikalau Allah kurniakan kepada kami dengan kelebihan rezeki,  kami sering juga membawa anak-anak pergi makan angin. Tetapi hanya terhad di dalam Malaysia sahaja.  Nak dijadikan cerita, ada seorang anak saya ni dia memang sensitif kalau naik kereta. Tidak kiralah perjalanan itu dekat ataupun jauh, pasti dia akan muntah. Kadang-kadang saya sampai fikir dua kali kalau nak bawa dia naik kereta. Tambahan pula kalau jalan yang bengkang bengkok, sampai dua tiga kali kena tukar plastik muntahnya. Saya masih ingat lagi pada suatu hari saya menceritakan masalah anak saya tu kepada  salah seorang sahabat baik saya. Apabila mendengar masalah saya ketika itu, dia terus membuka tas tangannya dan mengeluarkan minyak aromatherapy dan beri kepada saya. Lalu dia menyuruh saya menyapu minyak tersebut pada anak saya yang suka muntah itu. Saya terus ambil minyak tersebut dan membuka penutupnya lalu  mencium bau minyak aromatheraphy tersebut.  Alhamdulillah saya dapati minyak ini mempunyai aromanya yang tersendiri. Berbeza dari minyak angin biasa. Namanya Minyak Angin Safe Care Roll On Aromatheraphy keluaran Indonesia.  Apabila saya mencubanya, saya terasa dingin dan sungguh menyegarkan.

Saya masih ingat lagi, ada sekali kami bercadang untuk pergi ke Cameron Highland.  Seperti biasa saya akan menyediakan beberapa helai plastik  untuk  kegunaan anak saya apabila dia ingin muntah. Setelah dinasihatkan oleh kawan saya tempoh hari,saya pun mengoles minyak tersebut ke bahagian-bahagian tertentu daripada badan anak saya sebelum kami memulakan perjalanan . Begitu juga semasa di dalam perjalanan, minyak tersebut sentiasa berada pada anak saya dan dia akan menghidu aromanya.   Alhamdulillah dengan izin Allah apabila kami sampai ke puncak Cameron Highland, hanya sekali sahaja anak saya muntah,itu pun apabila kami sudah hampir ke puncak. Begitu juga semasa dalam perjalanan pulang dari Cameron Highland. Alhamdulillah buat pertama kalinya anak saya tidak muntah langsung sepanjang perjalanan itu sehingga kami sampai ke rumah. 

Sejak dari itulah saya rasa sungguh teruja dengan minyak ini dan apabila ada apa-apa masalah seperti selsema, hidung tersumbat, pening-pening kepala, lenguh-lenguh, masuk angin dan kembung perut serta  mabuk perjalanan, saya akan menggunakan minyak aromatheraphy ini pada keluarga saya. Pendek kata, stok minyak itu sentiasa saya simpan di rumah dan di dalam tas tangan saya.

Komposisi minyak angin Safe Care ini terdiri daripada campuran Menthol, Camphor dan Essential Oil yang  berkhasiat sebagai aromatheraphy yang boleh melegakan masalah-masalah yang saya sebutkan di atas. Dan yang paling saya suka sekali dengan minyak ini adalah penyediaannya dalam bentuk kemasan roll-on. Jadi senang dan amat praktikal (tidak mudah tumpah) untuk digunakan walaupun pada anak-anak kecil. InsyaAllah saya akan terus menggunakan minyak aromatheraphy ini.

Sekiranya ada sesiapa yang ingin mencuba minyak aromatheraphy ini dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya bolehlah menghubungi saya.

0192270840 ( Ummu Sumayyah )
0192790952 ( Abu Sobir )

Harga sebotol RM12 (tidak termasuk kos penghantaran)

Untuk pertanyaan, kami juga sentiasa available di Whatsapp.





.Minyak Angin Aromatherapy
Safe Care Role On (Mind & Spirit)
.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglAX6BQbHSnHofyhH7E5sevTY3QeeN0zn58TMbTiBZT2Fh8R4TL_Gy_EFvyZtXaxM83e47eaoGexuSuORfDi24br9zXFQFZW-3NHxISpUnjjRldyQ88RdE-zzQo8c4jYWi2wgYyY5RuFeR/s400/minyakangin.jpg
- See more at: http://www.rizi-biz.com/minyak-angin-aromatherapy-safe-care/#sthash.dFX5V6ad.dpuf


.Minyak Angin Aromatherapy
Safe Care Role On (Mind & Spirit)
.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglAX6BQbHSnHofyhH7E5sevTY3QeeN0zn58TMbTiBZT2Fh8R4TL_Gy_EFvyZtXaxM83e47eaoGexuSuORfDi24br9zXFQFZW-3NHxISpUnjjRldyQ88RdE-zzQo8c4jYWi2wgYyY5RuFeR/s400/minyakangin.jpg
- See more at: http://www.rizi-biz.com/minyak-angin-aromatherapy-safe-care/#sthash.dFX5V6ad.dpuf
.Minyak Angin Aromatherapy
Safe Care Role On (Mind & Spirit)
.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglAX6BQbHSnHofyhH7E5sevTY3QeeN0zn58TMbTiBZT2Fh8R4TL_Gy_EFvyZtXaxM83e47eaoGexuSuORfDi24br9zXFQFZW-3NHxISpUnjjRldyQ88RdE-zzQo8c4jYWi2wgYyY5RuFeR/s400/minyakangin.jpg
- See more at: http://www.rizi-biz.com/minyak-angin-aromatherapy-safe-care/#sthash.dFX5V6ad.dpuf



0 comments:

Post a Comment