Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Thursday, 26 September 2013

Kepentingan Masa

Bismillah

Tuntutan Menghargai Masa

Teks : Ummu Sumayyah.


Allah Ta'ala berfirman dalam surah Al-’Asr 103: (1-3) yang bermaksud :

"Demi Masa. Sesungguhnya semua manusia berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta yang sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan yang sentiasa berpesan pesan dengan kesabaran".

Allah ta'ala bersumpah dengan masa bahawasanya semua manusia berada di dalam kerugian dan kerugian itu juga berperingkat,

-Kerugian secara mutlaq iaitu mereka yang rugi di dunia dan juga di akhirat, terlepas daripada syurga Allah serta berhak untuk mendapatkan azab-Nya.

-Kerugian dari beberapa sisi sahaja. Walaubagaimanapun, di dalam surah Al-Asr, Allah subhanahu wata'ala telah memberi ingatan kepada semua manusia bahawa mereka akan berada di dalam kerugian kecuali mereka yang bersifat dengan empat perkara iaitu:
  1. Beriman dengan segala apa yang dikhabarkan oleh Allah dan yang diperintahkan oleh-Nya. Dan ketahuilah iman tidak dapat terpenuhi kecuali dengan ilmu kerana iman adalah cabang daripada ilmu. Dan tentunya ilmu yang dimaksudkan di sini adalah ilmu Al-Quran dan As-Sunnah.
  2. Beramal soleh. Dan ini mencangkupi segala perbuatan baik, baik yang zahir (nampak) mahupun yang bathin (tersembunyi). Baik yang berkaitan dengan Allah mahupun yang berkaitan dengan hamba-hamba-Nya. Baik yang wajib mahupun yang mustahab (sunat).
  3. Saling berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan kebenaran yang dimaksudkan di sini adalah iman dan amalan soleh. Maksudnya, mereka saling berpesan sesama mereka dengan Ilmu, Iman dan amalan soleh. Harus ada ilmu dan iman dahulu sebelum melakukan amal.
  4. Saling berpesan-pesan dengan kesabaran. Iaitu bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah ta'ala, bersabar dalam meninggalkan maksiat kepada Allah ta'ala serta bersabar atas takdir yang telah Allah tetapkan.
Dapat kita lihat di sini, dengan terpenuhinya (1-2) atau dua perkara pertama, seorang insan itu telah melengkapkan kebaikan buat dirinya sendiri. Manakala dengan terpenuhinya (3-4) atau dua perkara kedua pula, dia telah melengkapkan kebaikan buat orang lain. Dan dengan lengkapnya empat perkara ini,maka seorang insan itu telah membebaskan dirinya daripada belenggu kerugian serta berhasil untuk mendapatkan keuntungan yang besar.

Kalau kita perhatikan dengan lebih teliti lagi iaitu lawan bagi empat perkara di atas. Maka jelaslah kepada kita bahawa insyaAllah maksud  sumpah Allah itu di mana semua manusia berada di dalam kerugian dan kebinasaa;
  1. Lawan bagi iman adalah kufur.
  2. Lawan bagi amalan soleh adalah amalan yang jahat.
  3. Lawan bagi berpesan-pesanan dengan kebenaran adalah samada tidak berpesan pesan sama sekali ataupun berpesan pesan dengan kejahatan dan pendustaan.
  4. Lawan bagi berpesan-pesanan dengan kesabaran adalah samada tidak berpesan pesan sama sekali ataupun berpesan pesan dengan sifat gelojoh serta tamak haloba.
Semuanya adalah termasuk sifat sifat yang merugikan.

Oleh kerana itu, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda di dalam sebuah hadith sahih yang maksudnya:


"Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima; waktu mudamu sebelum waktu tuamu, waktu sihatmu sebelum waktu sakitmu, waktu kayamu sebelum waktu miskinmu, waktu kosongmu sebelum waktu sibukmu dan waktu hidupmu sebelum waktu matimu"

Wallahu a'lam.

Sumber:Anakanda,Wan shahir


0 comments:

Post a Comment