Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Wednesday, 6 November 2013

Manusia Dan Fasa Kehidupannya

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah


Baru saja tahun 1434 hijriyyah telah pergi meninggalkan kita. Ini bermakna usia kita makin bertambah, jangka hayat kita makin berkurang dan kematian semakin menghampiri kita. Wahai saudara-saudara ku sekelian ketahuilah bahawa setiap insan yang dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang maka dia pasti akan melalui atau melihat beberapa tahapan atau fasa kehidupannya.


Fasa pertama iaitu dari saat kita dilahirkan sehinggalah kita mencecah umur akil baligh. 


Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu diriwayatkan bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Setiap anak dilahirkan dalam fitrahnya. Kedua orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nashrani atau Majusi.." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam fasa ini peranan kedua ibu bapa itu sangat penting kerana sekiranya pendidikan yang diberikan kepada anak-anak itu menjurus kepada duniawi maka akan tumbuhlah sebagai anak yang bermatlamat keduniaan semata. Dan jika kedua ibu bapa itu mementingkan pendidikan agama, maka InsyaAllah anak itu akan tumbuh menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Oleh itu kita sebagai ibu bapa haruslah bijak dalam membuat pilihan kerana fasa ini merupakan penentuan bagi seseorang jika mereka dibentuk menjadi anak yang soleh maka tahapan berikutnya akan lebih mudah. 

Fasa kedua pula adalah dari umur akil baligh hingga akhir usia 35 tahun. Pada usia ini seseorang itu sudah menjadi mukallaf (terbebani syariat) iaitu mereka diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yg disyariatkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Di dalam fasa ini juga disebut dengan fasa jihad melawan hawa nafsu dan melawan iblis serta bala tenteranya. Oleh sebab itulah fasa ini tergantung daripada keberhasilan fasa yang pertama. Jika seseorang itu berjaya di dalam fasa pertama, maka fasa kedua ini lebih mudah untuk seseorang itu mengenali syahwat yang menggoda dan syubhat yang ada. 

Seseorang yang berjaya pada fasa ini insyaAllah akan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Rabb semesta alam..

Abu Hurairah radiallahu'anhu telah meriwayatkan bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: 
 
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya; Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah.” Riwayat Muslim


Oleh itu berbahagialah kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam beribadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya.Jika seseorang itu berjaya di dalam fasa kedua ini maka fasa yang seterusnya akan lebih mudah dan begitulah sebaliknya.

Fasa ketiga pula dari Umur 35 hingga 50 tahun. Fasa ini lebih kepada 'selagi ada waktu'. Ianya boleh jadi positif dan boleh jadi negatif tergantung kepada fasa sebelum ini. Kalau seseorang itu berjaya menjadi orang yang soleh, maka pada usia ini dia akan menggunakannya secara positif. Selagi masih ada waktu untuk meneruskan dan terus melakukan amal soleh.



Ketika seseorang itu menjangkau usia 40, ketika uban mulai tumbuh, janggut mulai putih maka kebanyakan kita akan mula muhasabah diri dengan mencari apa yang kurang pada masa lalu dan mula mendekatkan diri dengan ilmu agama dan banyak bertaubat kepada Allah atas kesilapan lampau. Bagi mereka yang gagal dalam fasa sebelum ini maka mereka masih lagi berkesempatan untuk bertaubat kerana masih belum terlalu tua.

Fasa keempat umur antara 50 hingga 70 tahun. Bagi mereka yang tergolong di dalam orang-orang soleh mereka akan memperbanyakan lagi muhasabah diri dengan memiliki program utk mempersiapkn kedatangan maut, banyak mengingati mati dan memperbanyakan amal soleh. Ada pun mereka yang gagal dalam fasa ini memandangkan umur semakin tua, badan semakin lemah tidak secergas dahulu dan jika mereka masih lagi melakukan dosa dan maksiat maka Allah akan melipat gandakan hukuman untuk mereka.

Fasa ke lima 70 tahun ke atas. sesetengah orang menganggap sebagai umur subsidi. Orang soleh akan banyakkan istighfar dan memohon utuk mendapat husnul khotimah.

Wallahu 'alam
Friday, 1 November 2013

Ikan Pekasam Power

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Bagi sesiapa yang tidak pernah mengenali apa itu ikan pekasam. Di sini saya ingin memberi sedikit gambaran tentang ikan pekasam ini. Pekasam merupakan jeruk ikan yang diperam atau diawetkan dengan air garam, asam jawa dan disalut dengan beras goreng.. Mungkin pada zaman dahulu idea untuk membuat pekasam ini datang kerana memikirkan yang ikan tidak dapat disimpan lama dan ia cepat busuk, jadi untuk mengelakkannya masyarakat melayu telah mencuba berbagai kaedah di antaranya seperti membuat ikan kering atau membuat ikan pekasam. 

Biasanya ikan air tawar lah yang paling sesuai dijadikan pekasam seperti ikan lampam, puyu, sepat, talapia dan banyak lagi ikan air tawar. Ikan pekasam ini memang terkenal di negeri-negeri sebelah utara. 

Biasanya ikan pekasam ini digoreng hingga garing dan dicampurkan dengan hirisan bawang dan cili. Untuk menambah kan lagi selera perahkan sedikit air asam limau diatasnya. Apabila siap digoreng ikan pekasam ini enak dimakan dengan nasi panas. Saya sangat menyukai ikan pekasam ini.

Sesiapa yang nak mencuba ikan pekasam boleh lah hubungi saya. 

Harga sekilo RM25 (tidak termasuk kos penghantaran).




Tuesday, 29 October 2013

Lemahnya Manusia

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Manusia diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang paling sempurna berdasarkan fitrahnya. Tetapi Allah juga menciptakan manusia dengan segala keterbatasan dan kelemahannya. Akan tetapi ramai manusia sering lupa dan menyangka diri mereka kuat dan berkuasa. Sehinggakan kadangkala tanpa disedari terkeluar dari mulut-mulut manusia yang tidak bertanggungjawab yang tidak mahu tunduk akan ketetapan Allah dengan perkataan seperti "kenapa semua tak boleh? Ini tak boleh, itu tak boleh, ini haram, itu haram...?"

Tidak tahukah kita akan kewajipan setiap yang mengaku muslim untuk sentiasa tunduk kepada Rabb yang menciptakan dan memberikan rezeki kepada kita iaitu Allah?


Allah ta'ala berfirman di dalam Al-Quran:

فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدوا في أنفسهم حرجا مما قضيت ويسلموا تسليما

Maknanya: Maka demi Rabb-mu (Wahai Muhammad) mereka tidak beriman sampai mereka menjadikan kamu hakim di dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan di dalam diri mereka akan apa yang telah kamu tetapkan sedang mereka berserah diri dengan sepenuhnya.

Dari ayat di atas, perhatikan ayat yang bermaksud  "kemudian mereka tidak merasa keberatan di dalam diri mereka akan apa yang telah kamu tetapkan"
Dan perhatikan juga "sedang mereka berserah diri dengan sepenuhnya"

Inilah yang wajib kita lakukan apabila berhadapan dengan ketetapan Allah. Berserah diri serta redha akan ketentuan tersebut. Bukannya melenting, memarahi ataupun memaki hamun baik kepada ketetapan tersebut mahupun kepada individu yang menyampaikannya. Banyak yang tidak tahu akan bahayanya perbuatan yang demikian. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah mempunyai ilmu tentang ini.

Allah ta'ala berfirman:

وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمرا أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالا مبينا

Maknanya: Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki yang mukmin ataupun bagi perempuan yang mu'minah, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu perkara, mereka mempunyai pilihan yang lain akan urusan mereka tersebut. Dan barangsiapa yang melakukan ma'siat kepada Allah, sungguh dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata.

Apa maksud "mereka mempunyai pilihan yang lain akan urusan mereka tersebut"?

Maksudnya: Apabila terdapat hukum Allah di dalam sesebuah masalah, maka tidak boleh bagi sesiapapun untuk membuat pilihan lain selain yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun Rasul-Nya tersebut. Dan itu bukanlah di antara sifat sifat orang orang yang beriman maka konsekuensinya, ia adalah sifat yang belawanan dengan keimanan. Na'udzu billah.

Allah ta'ala berfirman lagi: 

إنما كان قول المؤمنين إذا دعوا إلى الله ورسوله ليحكم بينهم أن يقولوا سمعنا وأطعنا وأولئك هم المفلحون

Maknanya: Sesungguhnya, perkataan yang diucapkan oleh orang orang yang beriman apabila mereka diajak kepada Allah dan Rasul-Nya untuk menghukumi di antara mereka adalah "kami dengar dan kami ta'at". Dan merekalah orang-orang yang mendapatkan kejayaan.

Di dalam surah yang lain Allah ta'ala berfirman:

ذلك بأنهم كرهوا ما أنزل الله فأحبط أعمالهم

Maknanya: Itu adalah disebabkan mereka tidak suka akan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka Dia menghapuskan segala amalan mereka.


Jadi, hendaklah kita semua berhati hati setelah ini daripada termasuk di antara golongan yang membenci akan apa yang telah diturunkan oleh Allah, baik secara keseluruhan ataupun secara sebahagian agar amalan kita tidak terhapus.

Kesimpulannya; Melakukan kemungkaran dalam keadaan kita tahu bahawasanya ia adalah mungkar jauh lebih baik daripada kita membolehkan kemungkaran atau mencari dalil dalil yang umum (salah) untuk membenarkan kemungkaran tersebut.

Wallahu a'lam.

(Sumber: Anakanda Wan Shahir)
Saturday, 26 October 2013

Kepimpinan Melalui Tauladan

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, daripada 'Abdurrahman bin Samurah radhiallahu 'anhu, beliau berkata:

 قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا عبد الرحمن بن سمرة لا تسأل الإمارة فإنك إن أعطيتها عن غير مسألة أعنت 
عليها وإن أعطيتها عن مسألة وكلت إليها

Maksudnya: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadaku: Wahai 'Abdurrahman bin Samurah, Janganlah kamu meminta jawatan kerana sesungguhnya, jika kamu diberikan jawatan tanpa kamu memintanya maka kamu akan dibantu ke atasnya (oleh Allah ta'ala dalam menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan dengannya). Dan sekiranya kamu diberikan jawatan tersebut dengan kamu memintanya maka kamu akan diserahkan kepada dirimu sendiri (iaitu tidak akan dibantu bahkan diserahkan urusan kepadanya untuk diselesaikan sendiri).

Di dalam hadith ini dapat kita fahami akan larangan bagi seseorang itu untuk meminta jawatan bagi dirinya. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Janganlah kamu meminta jawatan" kerana sekiranya seseorang itu menjadi pemimpin disebabkan permintaannya maka dia tidak akan dibantu oleh Allah ta'ala dalam menyelesaikan permasalahan-permasalahannya oleh itu pasti hasilnya menemui kegagalan. Sedangkan bagi mereka yang menjadi pemimpin atau menjawat sebuah jawatan bukan atas permintaannya, tetapi atas pilihan dari 'orang orang yang berakal' untuk melakukan amanah yang berat itu, maka Allah ta'ala akan membantunya.

Abu Dzarr radhiallahu 'anhu pada suatu hari berkata kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam : "Wahai Rasulullah, Tidakkah mahu engkau memberikan kepadaku jawatan? Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam terus menepuk bahunya seraya bersabda:


  يا أبا ذر إنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدى الذي عليه فيه

Maknanya: Wahai Abu Dzarr, Sesungguhnya kamu ini lemah sedangkan jawatan itu adalah sebuah amanah. Dan sesungguhnya ia pada hari kiamat kelak akan menjadi sebuah penghinaan dan penyesalan kecuali bagi mereka yang mengambilnya dengan haknya serta menunaikan hak jawatan yang telah menjadi kewajipannya.

Dan p
ada suatu hari yang lain, datang dua orang lelaki kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam kemudian mereka pun meminta kepada Baginda untuk memberikan jawatan kepada mereka di suatu tempat. Maka apa kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam?

 إنا والله لا نوالى هذا الأمر أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Maksudnya: Sesungguhnya kami, Demi Allah ! tidak memberikan perkara ini kepada sesiapa yang memintanya atau kepada sesiapa yang bersungguh sungguh untuk mendapatkannya.


Lalu bagaimana dengan Nabi Yusuf 'alaihissalam ketika beliau meminta kepada raja pada waktu itu untuk menjadikan beliau sebagai pengurus perbendaharaan negeri Mesir sebagaimana yang disebutkan di dalam surah Yusuf ayat 55. Allah ta'ala berfirman: 


قال اجعلني على خزائن الأرض

Maknanya: (Yusuf) berkata: "Jadikanlah aku sebagai yang mengurus perbendaharaan bumi (mesir) ini".

Di sana ada beberapa jawapan:

  1. Kaedah Ilmu Ushulul Fiqh mengatakan: "Syariat sebelum kita merupakan syariat kita juga selama tidak ada di dalam syariat kita sesuatu yang menasakhkan (memadamkan) syariat yang sebelum kita itu". Jadi di dalam kes ini, dapat kita simpulkan yang meminta jawatan adalah suatu yang boleh pada zaman Nabi Yusuf. Ia pada asalnya juga merupakan syariat bagi kita. Akan tetapi, ternyata ada di dalam syariat kita yang menghapuskan hukum boleh tersebut iaitu dua hadith yang tersebut di atas. 
  2. Nabi Yusuf 'alaihissalam pada waktu itu melihat yang hasil bumi negeri mesir telah disalahgunakan dan tidak diagihkankan dengan betul oleh golongan yang bertanggungjawab ke atasnya. Jadi di dalam kes ini, Nabi Yusuf mempunyai niat dan maksud yang baik iaitu ingin menghentikan pentadbiran yang tidak baik dan perbuatan yang akan merosakkan negeri Mesir kelak. Maka ianya tidak mengapa. Apatah lagi beliau tahu yang beliau adalah seorang Nabi yang mana setiap perbuatan ataupun perkataannya pastilah diperhatikan oleh Allah ta'ala. Maksudnya, sekiranya ada yang tidak kena, pasti akan terus ditegur oleh Allah.
  3. Beliau adalah seorang Nabi. Dan Nabi, pastilah setiap apa yang dia lakukan merupakan wahyu dari Allah ta'ala. Jadi di dalam kes ini, tidak menjadi masalah bagi Nabi Yusuf atas permintannya tersebut kerana wahyu yang memerintahkannya.

(Sumber: anakanda, Wan Shahir)
Wednesday, 23 October 2013

Serunding Ikan Kuala Perlis

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah


Kali ini saya akan memperkenalkan pula sejenis makanan yang tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia iaitu serunding ikan. Keluarga saya sangat menggemari serunding ikan lebih dari serunding ayam atau daging. Kami sudah mencuba berbagai jenis serunding ikan tetapi serunding ikan segar dari Kuala Perlis ini juga yang menjadi pilihan keluarga saya.

Ini kerana ia dihasilkan oleh ikan-ikan segar yang terpilih. Serunding ikan ini dibuat oleh saudara kepada kenalan baik saya. Ia dibuat secara 'home made' yang terjamin kebersihannya. Ia tidak dicampur dengan sebarang bahan kimia atau pengawet. Oleh itu untuk mengekalkan kesegaran serunding ini, ia harus disimpan di dalam bekas bertutup dan diletakkan di dalam 'freezer'. 

Serunding ikan ini sangat enak dimakan dengan pulut atau nasi, boleh juga dibuat inti mini popia dan lebih enak dimakan bersama lemang dan ketupat palas.

Kepada sesiapa yang ingin mencubanya boleh hubungi saya.


1kg - RM38

1/2 kg - RM20

Tidak termasuk kos penghantaran.









Tuesday, 22 October 2013

Asam Jawa Kampung

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah


Bagi masyarakat Malaysia penggunaan asam jawa di dalam masakan adalah sangat sinonim terutama di dalam masakan melayu.Tetapi tahukah kita bahawa asam jawa ini, selain digunakan di dalam masakan ia juga mempunyai banyak khasiat. 

Masih ingat lagi saya ketika zaman kanak-kanak dahulu, apabila ada di antara adik beradik saya yang mengalami demam panas, maka ibu saya akan mengambil segenggam asam jawa dicampur dengan sedikit air lalu di ramas-ramas hingga sebati. Kemudian ibu saya akan menjelum asam jawa tersebut dengan menyapukan di atas bubun kepala anak-anak yang mengalami demam panas. Ia bertujuan untuk menyejukkan badan ketika demam. Tetapi asam jawa tersebut haruslah yang segar.

Dahulu keluarga saya akan membuat sendiri asam jawa ini. Ibu saya akan mendapatkan buah asam jawa matang dalam kuantiti yang banyak dari orang-orang kampung lalu saya serta adik beradik yang lain akan mengupas sambil membuang bijinya. Walaupun kerjanya agak rumit tetapi kami amat berpuas hati kerana menghasilkan asam jawa sendiri yang terjamin kebersihannya. Asam jawa ini juga dapat bertahan lama. Dari kecil saya sudah biasa dengan asam jawa kampung ini. Walaupun dahulu saya menetap di Kuala Lumpur, saya jarang membeli asam jawa yang dijual di kedai-kedai kerana rasanya tidak menepati dengan jiwa saya. Saya tetap akan membeli asam jawa kampung setiap kali saya pulang ke kampung. Terasa perbezaan nya apabila kita menggunakan asam jawa kampung ini di dalam masakan.  Keenakan masakan akan terasa di samping menyihatkan badan.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba asam jawa kampung ini di dalam masakan, dan sukar untuk mendapatkannya maka bolehlah hubungi saya.

Harga :

1 kg - RM15 (Tidak termasuk kos penghantaran)


Asam jawa kampung yang sudah di buang bijinya.

Bagi sesiapa yang belum pernah melihat bagaimana rupa buah asam jawa. Di bawah ini adalah gambar buah asam jawa yang belum dipetik yang masih berada di atas pokok..

 
Monday, 21 October 2013

Kopi Turun Temurun

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

InsyaAllah kali ini saya ingin memperkenalkan pula sejenis minuman yang tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia iaitu 'Kopi O'. Memang tidak dinafikan bahawa kopi merupakan minuman wajib kepada keluarga saya sejak dari zaman nenek moyang saya lagi. Tetapi yang paling istimewanya kopi yang dinikmati oleh keluarga saya adalah kopi yang sama sejak dari zaman datuk saya lagi iaitu kopi kampung. 

Walaupun sekarang terdapat berbagai-bagai jenis kopi di pasaran dengan iklan-iklan yang hebat tetapi kebanyakannya tidak menepati dengan tekak saya. Kopi kampung turun temurun ini jugalah yang menjadi pilihan saya. Ia mempunyai citarasa tersendiri.

Bagi sesiapa penggemar kopi yang ingin mencuba kopi turun temurun warisan keluarga saya boleh lah mencubanya.

250 gm - RM6
500 gm - RM12.

Boleh hubungi saya Ummu Sumayyah : 019 2270840

*tidak termasuk kos penghantaran