Bismillah
Teks : Ummu Sumayyah
Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS. Ar Ruum : 21)
Berkata Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya (3/473) :
“Termasuk kesempurnaan rahmat Allah Subhaanahu wa Ta’ala kepada anak
Adam: Dia jadikan isteri-isteri mereka dari jenis mereka sendiri. Dan
ditumbuhkan antara mereka “mawaddah” iaitu cinta dan “rahmah” iaitu
kasih sayang. Kerana seorang laki-laki akan memilih seorang wanita untuk
tetap menjadi isterinya kerana ia mencintai wanita tersebut atau
karena ia kasihan terhadapnya, dimana ia telah mendapatkan anak
dari wanita tersebut dan mereka memerlukannya untuk mendapatkan
perlindungan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir “
Abdullah bin Amr ibnul Ash rahimahullah mengkabarkan bahwasanya Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita solehah.” (HR. Muslim)
Isteri solehah adalah impian setiap laki-laki di dunia ini. Di mana
ianya sangat sukar dicari tambahan pula pada zaman yang serba mencabar
ini. Isteri solehah mampu menjadi tauladan begi orang yang dibawah
tanggungannya. Memiliki akhlak yang mulia, sentiasa menjaga batas-batas
pergaulan, taat pada perintah Allah, menjauhi laranganNya, mempunyai
sifat sabar yang tinggi, sentiasa menjaga kehormatannya, bersyukur
dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya dan menjadi isteri dan ibu
yang baik kepada keluarganya..
Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu mengkhabarkan dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda :
“Wanita itu dinikahi karena 4 perkara. Kerana hartanya, keturunannya,
kecantikannya, dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang memiliki
agama, engkau akan bahagia.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sifat-sifat wanita yang sebaiknya engkau pilih sebagai isteri
sehingga ia boleh menjadi pengurus rumahmu dan pendidik anak-anakmu
adalah wanita yang memiliki agama dan akhlak yang dapat membantumu untuk
taat kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Yang mengingatkanmu ketika
engkau lupa, menolongmu ketika engkau ingat, mengurus dan
memperhatikanmu ketika engkau ada, menjaga hartamu dan kehormatannya
ketika engkau tiada. Dia membuatmu redha ketika engkau marah,
mentaatimu ketika engkau perintah dan berbuat baik serta berbakti
kepadamu.
Sesungguhnya wanita mulia yang menjaga kehormatannya tidak akan
menyombongkan dirinya di hadapanmu dengan harta dan kecantikan yang ada
padanya. Tidak pula dengan kedudukan dan nasab (keturunannya).
Wallahua'lam
Sumber : Al Haura Ummu Salamah
HARAPAN 2025
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment