Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Monday 22 July 2019

Ummu Sumayyah's Online Market

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. 

Ribuan terima kasih kepada sesiapa yang masih lagi sudi untuk mengunjungi blog kami, walaupun sudah beberapa tahun kami tidak lagi update di dalam blog ini. Tapi ada jugaa pelanggan yg setia mencari kami!

Buat pengetahuan semua, kami masih lagi active dalam berniaga online! Dan blog ni tidak akan kami update lagi selepas ini.
Akan tetapi!!! Jangan risau! Nombor telefon sentiasa kekal dan kami juga akan sentiasa aktif di facebook!!

Barang yg kami jual masih lagi kekal, seperti belacan (hot sale), tempoyak fresh,  madu tualang, madu kelulut, habatussawda, tungku herba dan baaanyak lagi!

Antara salah satu barang yg kami jual dan menjadi kesukaan ramai ialahhh belacan! 
Kami jual bukan calang-calang sedapnye yee, sedap nak mampoihh bak hangg! Belacan fresh dari Utara!! Haa macam mana kami jual?? Apa lagi, jangan tertunggu-tunggu. Tekan link bawah ni, kalau berminat terus order!  Sekali dah rasa mesti nak repeat order lagi! Tak percaya? Cubalah dulu!

Kunjungi lah facebook kami untuk ketahui update terbaru dari kami!

https://www.facebook.com/Ummu-Sumayyahs-Online-Market-889944861372390/




Nombor telefon tetap yang sama, dari dulu kini dan sekarang!
019-2790952 (Wan)
019-2270840 (Sharifah)

Call and whatsapp always open for you! ❤️
Kami sentiasa menunggu mesej dari anda!
Friday 9 May 2014

Ukuran Kemuliaan Seseorang

Dari: Ummu Ahmad ( zahra )

Kata Abu Hurairah  Radiyallahu 'anhu- : Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam : (( Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak memandang kepada  tubuh badan kalian, tidak juga rupa paras.  Akan tetapi , Dia memandang kepada hati-hati kalian dan juga amalan-amalan kalian )). HR Muslim

Di dalam hadith ini, Nabi menerangkan ukuran kemuliaan seseorang disisi Allah. iaitu hati dan amalan.

Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. dan Allah telah berfirman :

{ Sesungguhnya orang paling mulia dikalangan kalian disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa  } 
-  [ Al - Hujurat  : 13 ].

Mereka yang baik hati dan amalan itulah orang yang bertakwa. Takwa sebaimana maklum ialah      melakukan perintah dan meninggalkan larangan. Mereka berusaha memperbaiki hati dan amalan 
agar sentiasa menepati perintah agama demi mencapai kedudukan yang mulia disisi Allah.

Ukuran kemuliaan seseorang bukan dengan rupa paras yang bagus dan sosok tubuh yang mantap.        Begitu juga kedudukan,  keturunan,  harta  dan lain-lain. Semuanya bukan ukuran.

Agama itulah ukuran sebenarnya. Orang yang mulia adalah orang yang mulia disisi Allah walaupun            hina disisi manusia. Maka, Berusahalah memperbaiki hati dan amalan. Itulah ukuran.

Jadikanlah agama seseorang ukuran disisi kamu sebagaimana ia merupakan ukuran disisi Allah.
kamu menyukai seseorang bukan kerana apapun selain agama. Bukan kerana kedudukannya, Bukan   kerana keturunannya, Bukan kerana dia orang kaya dan lain-lain.

Saudaraku, Kamu tetap mulia sebagaimana kamu menjaga agama walaupun kamu miskin tidak berharta 
, Tidak berkedudukan dan tidak memiliki rupa paras yang bagus.

selamat membaca...
Wednesday 30 April 2014

Bulan Rejab

Teks: Ummu Ahmad (Zahrah)

Asal Penamaan.

Perkataan Rejab adalah berasal daripada kata 'rajjaba' - 'yurajjibu' yang ertinya adalah mengagungkan. Bulan ini dinamakan Rejab kerana bulan ini diagungkan oleh masyarakat Arab.

Keutamaan Bulan Rejab.

Bulan Rejab adalah salah satu daripada empat bulan haram. Allah ta'ala berfirman yang bermaksud:

(( Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan mengikut ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah agama yang lurus )) ( At-Taubah: 36 ).

Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

(( Sesungguhnya zaman berputar mengikut keadaannya, ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan, di antaranya empat bulan haram. Tiga bulan berturut-turut iaitu Dzulqaedah, Dzulhijjah, Muharram dan satu bulan Rejab suku Mudhar, iaitu bulan di antara Jumaadil ( Thaniah)  dan Sya'aban )) HR Bukhari dan Muslim.

Keterangan:

Disebut di dalam hadith di atas "Rejab suku Mudhar" kerana suku Mudhar adalah suku yang paling menjaga kehormatan bulan Rejab, dibandingkan dengan suku-suku yang lain. Kemudian, Nabi sallallahu alaihi wasallam memberi batasan antara Jumaadil (Thaniyah ) dan Sya'aban, sebagai bentuk menguatkan makna.

Ada ulama' yang menjelaskan makna "Rejab suku Mudhar" dengan makna yang lain iaitu ianya untuk membezakan dengan bulan yang diagungkan oleh suku Rabi'ah. Suku Rabi'ah  menghormati bulan Ramadhan, sementara suku Mudhar mengagungkan bulan Rejab. Kerana itu bulan ini dinisbahkan kepada suku Mudhar.

Dan yang dimaksudkan dengan bulan haram adalah bulan yang dilarang di dalamnya untuk berperang.

Disebabkan bulan ini termasuk di antara bulan bulan yang diagungkan, maka tidak hairanlah kita dapati ada di antara masyarakat kita yang mengkhususkan bulan ini untuk mereka melakukan ibadah tertentu seperti solat dan puasa. Maka, di sini saya akan menyebutkan beberapa perkara perkara baru yang dilakukan pada bulan ini yang mungin telah tersebar luas di dalam masyarakat kita yang tidak ada perintah ataupun contoh daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Dan saya akan menukilkan perkataan daripada Asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh Al 'Uthaimeen rahimahullah berkenaan dengan ini insyaAllah:

Di antara kebid'ahan pada bulan rejab:

Telah berkata Asy-Syaikh Muhammad bin sholeh Al 'Uthaimin rahimahullah:

1. Setiap hadith yang datang berkenaan dengan keutamaan solat ataupun puasa pada bulan rejab, semuanya adalah hadith hadith yang sangat dhaif ( lemah ) .

2.Bahkan telah berkata sebahagian ulama', ianya ( iaitu hadith - hadith tersebut ) adalah hadith yang maudhu' dan merupakan pendustaan terhadap Nabi sallallhu alaihi wasallam. Maka tidak halal bagi seseorang itu untuk berpegangan dengan hadith - hadith seperti itu.

3. Tidak halal bagi  seseorang itu untuk berpegang denganya maka dia mengkhususkan bulan Rejab untuk melakukan puasa ataupun solat, kerana itu adalah bid'ah sedangkan Nabi sallallahu alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud : " Setiap bid'ah itu adalah kesesatan dan setiap kesesatan itu tempatnya neraka" .

4. Ada sebuah hadith yang disandarkan kepada Rasulullah sallallahu alahi wasallam bahawasanya baginda selalu berdoa apabila masuk pada bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami pada ke bulan Ramadhan"

Akan tetapi hadith ini wahai saudara ku, adalah hadith yang dhaif lagi mungkar yang tidak tsabit daripada Nabi sallallahu alaihi wasallam. Oleh kerana itu, tidak sepatutnya bagi seseorang itu untuk berdoa dengan doa ini kerana ianya tidak sah penisbahannya kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

5. Sesungguhnya aku mengatakan kepada kamu semua sebagai penjelas bagi kebenaran bahawasannya bulan Rejab tidak ada solat yang dikhususkan di dalamnya, tidak pada malam jumaat yang pertama pada bulan tersebut dan tidak pula pada malam- malam yang selainnya. Dan tidak ada puasa yang dikhususkan di dalamnya, tidak pada hari pertama pada bulan tersebut dan tidak pula pada hari-hari yang selain dengannya .

6. Tidak boleh bagi seseorang itu untuk mengkhususkan waktu ataupun tempat untuk melakukan sesuatu ibadah yang mana waktu  ataupun tempat tersebut tidak dikhususkan oleh Allah subhanahu wata'ala dan Rasul-Nya. itu adalah kerana kita melakukan sesebuah ibadah itu berdasarkan syariat Allah ta'ala, bukan kerana hawa nafsu ataupun perasaan kita .

7. Sesungguhnya wajib ke atas kita untuk mengatakan "kami mendengar dan kami taat" serta melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Di samping itu kita tidak mensyariatkan buat diri kita ibadah- ibadah  yang tidak disyariatkan oleh Allah mahupun Rasul-Nya ke atas kita.

8. Wahai sekalian Muslimun ! Sesungguhnya amalan-amalan yang soleh, yang telah sampai kepada kita melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah ( yang sohih ) adalah cukup bagi kita. Maka kita tidak memerlukan hadith-hadith yang dha'if ataupun maudhu' yang mana ianya merupakan pendustaan terhadap Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Sesungguhnya seseorang itu apabila dia menyembah Allah dengan sesuatu yang ianya merupakan di antara syari'at Allah, Maka sesungguhnya dia telah menyembah Allah di atas 'bashirah' sambil dia mengharapkan pahala Allah dan takutkan siksaan-Nya.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Engkau  untuk Engkau kurniakan kepada kami ilmu yang bermanfaat, amalan yang soleh, rezeki yang baik serta zuriat yang baik Ya Rabbal 'aalamin. Ya Allah, ajarkanlah kami apa yang bermanfaat bagi kami dan manfaatkanlah kami dengan apa yang telah kami ketahui dan tambahkanlah ilmu kepada kami Ya Rabbal 'aalamin.

Sekian, Semoga bermanfaat.
Tuesday 18 March 2014

Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Entri kali ini khas ditujukan kepada saya khususnya serta semua ibu bapa amnya.. di mana seperti yang kita semua maklumi bahawa kebelakangan ini banyak tersiar di media-media tentang keruntuhan moral anak-anak terutamanya anak-anak melayu yang mengaku diri mereka beragama islam.   

Wahai para ibu bapa yang mulia...ketahuilah, bahawa segala amal dan perbuatan yang kita lakukan, sesungguhnya memiliki pengaruh yang sangat besar kepada anak-anak kita samada ia menjerumus kepada kebaikan atau keburukan. Didikan serta amal yang baik yang kita berikan kepada mereka akan memberi menafaat yang sangat besar bagi mereka di dunia dan di akhirat. Begitulah sebaliknya, di mana amal-amal buruk kita dan kemaksiatan (dosa-dosa besar) yang kita lakukan akan mempengaruhi serta memberi kesan yang buruk pula terhadap pendidikan serta tumbesaran anak-anak kita.
Yang pastinya pengaruh-pengaruh di atas akan datang dalam berbagai bentuk. Adakalanya berupa keberkahan anak-anak yang solih dan pahala yang besar yang akan disediakan untuk mereka. Atau sebaliknya, di mana berupa kesengsaraan di dunia dan di akhirat, serta murka Allah kepadanya dan akibat-akibat buruk lainnya.
Oleh karena itu, para ibu bapa haruslah memperbanyakkan amal solih, kerana pengaruhnya akan terlihat pada anak-anaknya. Hal tersebut banyak ditunjukkan oleh dalil-dalil seperti berikut :
Pertama : 

Perhatikanlah kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir ‘alaihi salam di dalam Al-Qur’an, seperti yang tersebut dalam surat Al-Kahfi. Ketika itu, Nabi Musa dan Nabi Khidir singgah di sebuah desa, dan berharap dijamu oleh penduduknya, tetapi ternyata mereka enggan menjamu keduanya. Maka sebelum kedua Nabi itu pergi, mereka melihat ada dinding yang hampir roboh, Nabi Khidir pun berupaya menegakkannya. Maka Nabi Musa berkata kepada Nabi Khidir :
“Kalau kamu mahu, mintalah bayaran (atas jerih payahmu itu). 
(QS Al-Kahfi : 77).
Kemudian Nabi Khidir menjelaskan alasan mengapa beliau menegakkan dinding yang hampir roboh itu, dengan berkata :
“Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak muda yang yatim di kota itu, dan dibawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedangkan ayah dan ibunya adalah seorang yang solih.
 (QS Al-Kahfi : 82)
Perhatikanlah, dalam ayat yang mulia tersebut Allah Ta’ala menjaga harta pusaka (peninggalan) anak yatim ini sebagai balasan atas amal soleh kedua orang tuanya. Tentunya, harta tersebut dahulunya diusahakan oleh kedua orang tua anak yatim itu dari sumber yang halal. Sehingga kerana kesolihan orang tuanya, maka Allah menjaga harta tersebut sebagai warisan yang bermanfaat bagi anak-anaknya.
Kedua :

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : 
Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatirkan (kesejahteraan mereka). Oleh sebab itu, hendaklah mereka (para orang tua) bertakwa kepada Alloh dan mengucapkan perkataan yang benar. (QS An-Nisa’ : 9)
Firman Allah Ta’ala tersebut di atas menjelaskan adanya hubungan yang erat antara perkataan yang baik atau yang buruk, dengan keadaan anak-anak yang akan ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Ertinya, bila kedua orang tua benar-benar menginginkan kebaikan anaknya di masa-masa yang akan datang, hendaknya para orang tua selalu berkata yang baik dan yang benar, serta mendidik anak-anak mereka sebaik-baiknya menurut tuntutan agama. Sebaliknya, bila orang tua berkata-kata yang buruk terhadap anak-anaknya dan tidak memperhatikan kebaikan pendidikan mereka, maka hal itu akan mengakibatkan kesan yang buruk bagi masa depan anak-anaknya. Oleh karena itu wahai para ibu bapa yang mulia, hendaklah kita bertakwa kepada Allah dan ucapkanlah selalu perkataan yang baik dan benar, khususnya dalam urusan anak-anak yang menjadi tanggung jawab kita.
Ketiga : 

Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 Ada seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan berdebu, lalu dia mengangkat kedua tangannya ke langit seraya berdoa  “Wahai Robb-ku, wahai Robb-ku.” Padahal makanannya haram, pakaiannya haram, dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, maka bagaimana orang seperti ini dikabulkan doanya? 

(HR Imam Muslim no. 1015, At-Tirmidzi no. 2989, dan Imam Ahmad 2/1328) 
Hadits yang mulia ini menunjukkan bahawa makanan dan minuman serta pakaian yang halal merupakan salah satu sebab makbulnya doa. Sedangkan makanan dan minuman serta pakaian yang didapat dari usaha yang haram, akan menyebabkan tertolaknya (tidak dikabulkannya) doa seseorang. Hal itu juga menunjukkan, amal-amal solih kita atau amal-amal buruk yang kita lakukan, mempunyai pengaruh yang besar bagi terkabulnya doa kita, lebih-lebih bila kita berdoa untuk kebaikan anak-anak kita.
Oleh karena itu, sudah sepatutnya kita sebagai orang tua benar-benar selalu memperhatikan amal-amal kita. Hendaknya kita selalu bertakwa kepada Allah dan bersemangat dalam melakukan amal-amal solih, agar doa kita untuk kebaikan anak-anak kita benar-benar didengar dan dikabulkan oleh Allah Ta’ala.
Keempat 

Para ulama salaf dahulu pernah berkata kepada anak-anaknya : “Wahai anakku, aku akan membaguskan solatku, agar engkau mendapat kebaikan.”Menurut sebahagian ulama, makna ucapan ini adalah : “Aku akan memperbanyakkan solatku, dan berdoa kepada Allah untuk kebaikanmu.”  
Artinya di sini adalah : Bila kedua orang tua rajin beribadah dengan memperbanyakkan solat (terutama solat-solat sunnah), membaca Al-Qur’an dan lain-lain, maka hal itu akan memberikan pengaruh kebaikan bagi anak-anaknya. Bahkan apabila kita sering melakukan ibadah-ibadah tersebut di dalam rumah kita. maka rumah kita akan dipenuhi rahmat dan ketenangan oleh Allah Ta’ala.
Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : 

Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah dari rumah-rumah Allah (yakni masjid), untuk membaca kitabulloh, dan saling mempelajari diantara mereka, melainkan ketenangan akan turun di atas mereka, rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan menundukkan sayapnya untuk mereka (kerana menghormati dan memuliakan mereka), dan Allah akan menyebut-nyebut mereka dihadapan para malaikat yang ada di sisi-Nya.”

 (HR Imam Muslim no. 2699 dari Abu Huroiroh rodhiyallohu ‘anhu)
Maka dengan turunnya rahmat dan ketenangan di rumah kita, tentu hal ini akan memberi pengaruh yang baik terhadap anak-anak. Sebaliknya, bila Al-Qur’an ditinggalkan, dan orang tua lalai dari membaca Al-Qur’an dan lalai dari berdzikir kepada Alloh, saat itulah syaitan-syaitan yang akan mendatangi dan menghuni rumah-rumah kita. Apalagi rumah-rumah yang dipenuhi oleh nyanyian-nyanyian dan muzik-muzik, gambar-gambar makhluk bernyawa yang diharamkan untuk dipamerkan, dan kemungkaran-kemungkaran lainnya. Tentu, ini semua akan memberikan pengaruh-pengaruh yang buruk bagi anak-anak, dan mendorong mereka untuk selalu berbuat maksiat serta kerosakan.
Wahai para ibubapa yang bijaksana…, dalil-dalil dan keterangan di atas cukup untuk menjadi peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang menginginkan kebaikan bagi putra-putrinya. Kerana itu, marilah kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri dan akhlak kita dengan beribadah kepada Allah, semuanya itu demi untuk kebaikan diri kita sendiri dan juga untuk kebaikan anak-anak kita.
Ingatlah wahai para ibu bapa.., seorang anak yang melihat ayahnya selalu berdzikir, mengucapkan tahlil, tasbih, tahmid dan takbir serta dzikir yang lainnya, nescaya dia akan meniru atau mengikut mengucapkan kalimat-kalimat tersebut juga. Demikian pula seorang anak yang dibiasakan oleh ayahnya untuk bersedekah kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan, tentu berbeza dengan anak-anak yang biasa disuruh ayahnya untuk membeli rokok atau membeli minuman yang memabukkan.
Seorang anak yang biasa melihat ayahnya berpuasa Isnin dan Khamis serta selalu melaksanakan solat juma’at dan solat berjema’ah di masjid, tentu tidak sama dengan anak-anak yang melihat ayahnya suka melepak di warung-warung atau kafe-kafe, di disko-disko atau di pusat-pusat karaoke. 
Seorang anak yang sering mendengarkan adzan yang dikumandangkan dari masjid dan segera menyambutnya dengan bersegera solat berjama’ah di masjid, tentu berbeza dengan anak-anak yang sering mendengarkan ayahnya “berkaraoke” (bernyanyi). Anak-anak itu pasti akan meniru apa yang dia dengar dan dilakukan oleh orang tuanya.
Seorang anak yang melihat ayahnya biasa solat di malam hari, lalu menangis kerana takut kepada Allah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain, tentu mereka akan berfikir dan bertanya : “Mengapa ayahku menangis ? Mengapa ayahku solat ? Untuk apakah ayah meninggalkan tidur di atas katil yang empuk, lalu dia justeru bangun dan berwudhu dengan air yang dingin di tengah malam seperti ini ? Untuk apakah ayahku sedikit tidur di malam harinya, dan berdoa dengan penuh pengharapan dan diliputi kecemasan ? Semua pertanyaan ini akan berputar di benak si kecil, lalu bi idznillah (dengan izin Allah Ta’ala), dia insyaAllah,  akan mencontohi apa yang dilakukan oleh ayahnya.
Demikian halnya dengan seorang anak gadis, ketika melihat ibunya berjilbab dan “berhijab” dari laki-laki lain yang bukan mahramnya, berhias dengan akhlak yang mulia, tenang dan menjaga kesucian dirinya, insyaAllah anak gadis itu juga akan mempelajari dan meniru dari ibunya akhlak mulia tersebut.
Berbeza dengan anak-anak gadis yang selalu melihat ibunya berdandan dan bersolek di depan para lelaki yang bukan mahramnya, berjabat tangan dengan mereka, berikhlat (bercampur dan berkumpul bersama laki-laki dan wanita tanpa batasan/hijab), duduk-duduk dan berborak dengan laki-laki lain, tertawa-tawa dan tersenyum bahkan menari-nari tanpa segan silu bersama mereka, tentu anak-anak gadis itu akan mempelajari dan meniru semua itu dari ibunya.
Kerana itulah, wahai para ibu bapa yang mulia…., takutlah kita semua kepada Allah, khususnya dalam mendidik putra-putri kita. Jadilah kita semua tauladan dan contoh yang baik bagi anak-anak, berhiaslah dengan akhlak yang tinggi dan mulia, dan berpeganglah selalu dengan tuntunan syari’at agama ini, insyaAllah kita sebagai ibu bapa dan putra-putri kita akan berbahagia di dunia dan di akhirat. Wallohu a’lamu.
Semoga tulisan yang sederhana ini bermanfaat bagi saya dan para ibu bapa serta siapa saja yang boleh mengambil faedah darinya, aamiin. 

(Sumber : Abu Abdirrohman Yoyok WN Sby)

            
Monday 10 March 2014

Puri Buah Markisa

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu atau "passion fruit"' merupakan sejenis pokok yang menjalar. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Bijinya juga boleh dimakan.

Buah markisa memiliki kandungan serat yang tinggi oleh itu ia sangat baik untuk sistem percernaan. Kulit buah markisa yang bewarna unggu kemerah-merahan dan isinya yang bewarna oren menunjukkan bahawa buah ini kaya dengan antioksidan. Antioksidan berfungsi untuk menghalang pertumbuhan sel kanser dalam tubuh. Buah markisa memiliki air dan antioksidan yang larut dalam lemak. Salah satu antioksidan utama yang ditemukan dalam buah ini adalah beta-karoten. Buah markisa ini juga paling kaya dengan vitamin C dan Vitamin A. Kedua-dua vitamin ini boleh membantu meningkatkan kualiti penglihatan dan membantu dalam melawan infeksi, membuat kulit sihat bersinar dan membantu pertumbuhan sel. 

Bagi sesiapa yang sukar untuk mendapatkan buah markisa ini, jangan bimbang kini syarikat Puri Asli telah mengeluarkan puri markisa. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi atau whatsapp saya.

019-2270840 - Ummu Sumayyah.
019-2790952 - Wan. 
Harga : RM35 / kg





Ini adalah contoh Buah Markisa.






Dan ini adalah sample puri markisa yang kami jual.


Wednesday 5 March 2014

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah


Usia kanak-kanak adalah masa keemasan dalam kehidupan seseorang. Segala yang dipelajari dan dialami pada masa ini dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memberi kesan yang besar  apabila usia mereka semakin meningkat kelak. Jiwa kanak-kanak yang suci akan meniru apa-apa sahaja yang mereka dengar. Selain dari itu, tahap kepekaan dan memori anak -anak kecil ini juga sangat menakjubkan.


Oleh itu, tidak hairanlah kita jika kita dapati di kalangan ulama-ulama dahulu dan orang-orang soleh serta tokoh-tokoh besar yang kukuh ilmunya bermula sejak dari kanak-kanak lagi seperti  Sufyan Ats-Tsauri, Al-Imam Malik, Al-Imam Asy-Syafi’i, dan Al-Imam An-Nawawi rahimahumullah. Begitu juga di kalangan sahabat-sahabat nabi, ada ‘Abdullah bin ‘Umar, ‘Abdullah bin ‘Abbas, ‘Abdullah bin Mas’ud, Mu’adz bin Jabal, Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhum, dan banyak lagi.


Jika dilihat dalam sejarah kehidupan mereka, kita boleh membuat kesimpulan bahawa, mereka-mereka ini telah sibuk dengan ilmu dan adab semenjak dari usia kanak-kanak lagi dan dengan pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala apa yang mereka pelajari tertanam dalam diri dan memberikan pengaruh terhadap peribadi mereka.

Demikian yang diungkapkan oleh ‘Alqamah rahimahullahu:


Segala sesuatu yang kuhafal ketika aku masih belia, maka sekarang seakan-akan aku melihatnya di atas kertas atau lembaran catatan. (Jami’ Bayanil ‘Ilmi wa Fadhlihi, 1/304)

Dalam hal sebegini, kita dapati peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengarahkan dan membiasakan anak-anak untuk menyibukkan diri dengan ilmu agama sejak dari kecil dan mengasuh mereka untuk mempelajari adab.

Muhammad bin Sirin rahimahullahu mengatakan:

(Para pendahulu kita) mengatakan: ‘Muliakanlah anakmu dan perbaikilah adabnya!’.” (Jami’ Bayanil ‘Ilmi wa Fadhlihi, 1/308)

Senada dengan ini, Ibnul Anbari rahimahullahu mengatakan pula:

“Barangsiapa mengajari anaknya adab semasa kecil, maka akan menyejukkan pandangannya ketika si anak telah dewasa.” (Jami’ Bayanil ‘Ilmi wa Fadhlihi, 1/306)

Dari kalangan sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu contohnya. Beliau selalu bersama putranya, ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma di majlis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sementara orang-orang yang duduk di sana adalah orang-orang dewasa. Bahkan betapa inginnya ‘Umar agar putranya menjadi seorang yang terkemuka di antara para sahabat yang hadir di situ dari sisi ilmu.

Begitu juga Ummu Sulaim radhiyallahu ‘anha yang selalu mengasuh putranya, Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu untuk selalu melayani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di usia kanak-kanaknya. Ummu Sulaim radhiyallahu ‘anha selalu menghantarkan anaknya untuk mempelajari dan memperolehi faedah besar berupa ilmu dan pendidikan dari beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu menuturkan, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah ketika aku berumur lapan tahun. Maka ibuku pun membawaku menghadap beliau. Ibuku mengatakan pada beliau, “Wahai Rasulullah, tak seorang pun yang tersisa dari kalangan orang-orang Ansar, baik laki-laki maupun perempuan, kecuali telah memberikan sesuatu kepadamu. Sementara aku tidak mampu memberikan apa-apa kepadamu, kecuali putraku ini. Ambillah agar dia bisa membantu melayani keperluanmu.” Maka aku pun melayani beliau selama sepuluh tahun. Tidak pernah beliau memukulku, tidak pernah mencelaku mahupun bermuka masam kepadaku.” (Siyar A’lamin Nubala’, 3/398)

Begitu pula ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, sepupu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Baru belasan tahun umurnya ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat, sementara sebelum itu dia banyak mengambil faedah ilmu dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam serta mendapatkan doa beliau. ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengungkapkan, bagaimana inginnya dia mendapatkan ilmu dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Aku pernah tidur di rumah Maimunah (istri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, adalah ibu saudara Ibnu ‘Abbas, karena Maimunah adalah saudara kepada Ummul Fadhl, ibu Ibnu ‘Abbas), pada malam ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bermalam di sana untuk melihat bagaimana solat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam di waktu malam.” (HR. Al-Bukhari no. 698 dan Muslim no. 763)

Setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat, semangat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma untuk mencari ilmu tidak pernah luntur. Didatanginya para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang ada pada saat itu untuk mendengarkan hadits dari mereka. Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma menceritakan tentang hal ini:

“Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat dan waktu itu aku masih belia, aku berkata kepada salah seorang pemuda dari kalangan Ansar, ‘Wahai Fulan, mari kita bertanya kepada para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan belajar dari mereka, untung mereka sekarang masih banyak!’ Dia menjawab, ‘Menghairankan sekali engkau ini, wahai Ibnu ‘Abbas! Apa kau anggap orang-orang perlu kepadamu sementara di dunia ini ada tokoh-tokoh para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana yang kaulihat?’ Aku pun meninggalkannya. Aku pun mula bertanya dan menemui para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Suatu ketika, aku mendatangi seorang sahabat untuk bertanya tentang suatu hadits yang kudengar bahwa dia mendengarnya dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ternyata dia sedang tidur siang. Aku pun ambil selendangku lalu dijadikan bantal di depan pintunya, dalam keadaan angin menerbangkan debu ke wajahku. Begitu keadaanku sampai dia keluar. ‘Wahai putra paman Rasulullah, kenapa engkau ini?’ tanyanya ketika dia keluar. ‘Aku ingin mendapatkan hadits yang kudengar engkau menyampaikan hadits itu dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Aku ingin mendengar hadits itu darimu,’ jawabku. ‘Mengapa tidak engkau utuskan saja seseorang kepadaku agar nantinya aku yang mendatangimu?’ katanya. ‘Aku lebih berhak untuk datang kepadamu,’ jawabku. Setelah itu, ketika para sahabat telah banyak yang meninggal, orang tadi (dari kalangan Ansar tersebut) melihatku dalam keadaan orang-orang memerlukanku. Dia pun berkata padaku, ‘Engkau memang lebih berakal daripadaku’.” (Jami’ Bayanil ‘Ilmi wa Fadhlihi, 1/310)

Dari kalangan setelah tabi’in, kita kenal Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri rahimahullahu. Salah satu hal yang mendorong Sufyan Ats-Tsauri sibuk menuntut ilmu sejak usia kecil ini adalah asuhan, dorongan, dan arahan ibunya agar Sufyan mengambil faedah dari para ulama, baik berupa ilmu maupun faedah yang boleh didapati dengan duduk bersama mereka, hingga ilmu yang diperolehinya akan memiliki pengaruh terhadap akhlak, adab, dan muamalahnya terhadap orang lain.

Ketika menyuruh putranya untuk hadir di halaqah-halaqah ilmu mahupun majlis-majlis para ulama, bonda Sufyan Ats-Tsauri berpesan, “Wahai anakku, ini ada wang sepuluh dirham. Ambillah dan pelajarilah sepuluh hadits! Apabila kau dapati hadits itu dapat merubah cara dudukmu, perilakumu, dan ucapanmu terhadap orang lain, ambillah. Aku akan membantumu dengan alat tenunku ini! Tapi jika tidak, maka tinggalkan, karena aku takut nanti akan menjadi musibah bagimu di hari kiamat!” (Waratsatul Anbiya’, hal.36-37)

Begitu pula ibu Al-Imam Malik rahimahullahu, dia memerhatikan keadaan putranya saat hendak pergi belajar. Al-Imam Malik mengisahkan:

“Aku berkata kepada ibuku, ‘Aku akan pergi untuk belajar.’ ‘Kemarilah!’ kata ibuku, ‘Pakailah pakaian ilmu!’ Lalu ibuku memakaikan aku mismarah (suatu jenis pakaian) dan meletakkan peci di kepalaku, kemudian memakaikan serban di atas peci itu. Setelah itu dia berpesan, ‘Sekarang, pergilah untuk belajar!’ Dia juga pernah mengatakan, ‘Pergilah kepada Rabi’ah (guru kepada Al-Imam Malik rahimahullahu), pelajarilah adabnya sebelum engkau pelajari ilmunya!’ (Waratsatul Anbiya’, hal. 39)

Biarpun dalam keadaan kekurangan, itu tidak mengurangkan keinginan orangtua untuk memberikan yang terbaik bagi sang anak. Lihat bagaimana ibu Al-Imam Asy-Syafi’i berusaha agar putranya mendapatkan pendidikan dan pengajaran yang baik.

Diceritakan oleh Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullahu: “Aku adalah seorang yatim yang diasuh sendiri oleh ibuku. Suatu ketika, ibuku menyerahkanku ke kuttab (tempat anak-anak kecil belajar baca dan tulis Al-Qur’an), namun dia tidak memiliki sesuatu pun yang bisa dia berikan kepada pengajarku. Waktu itu, pengajarku membolehkan aku menempati tempatnya tatkala dia berdiri. Ketika aku telah mengkhatamkan Al-Qur’an, aku mulai masuk masjid. Di sana aku duduk di hadapan para ulama. Bila aku mendengar suatu permasalahan atau hadits yang disampaikan, maka aku pun menghafalnya. Aku tidak bisa menulisnya, karena ibuku tak memiliki harta yang bisa dia berikan kepadaku untuk ku belikan kertas. Aku pun biasa mencari tulang-belulang, tembikar, tulang punuk unta, atau pelepah pohon kurma, lalu ku tulis hadits di situ. Bila telah penuh, kusimpan dalam tempayan yang ada di rumah kami. Karena banyaknya tempayan terkumpul, ibuku berkata, ‘Tempayan-tempayan ini membuat sempit rumah kita.’ Maka kuambil tempayan-tempayan itu dan kuhafalkan apa yang tertulis di dalamnya, lalu aku membuangnya. Sampai kemudian Allah memberiku kemudahan untuk berangkat menuntut ilmu ke negeri Yaman.” (Waratsatul Anbiya’, hal. 36)

Namun berbeza dengan keadaan anak-anak kaum muslimin sekarang ini. Ada sesetengah ibu bapa yang tidak langsung memperdulikan tentang pendidikan agama anak-anak mereka. Adakah kita akan membiarkan keadaan ini terus berlangsung? Tepuk dada tanyalah iman.

Wallahu a’lam

Oleh: Al-Ustadzah Ummu ‘Abdirrahman Bintu ‘Imran
Friday 28 February 2014

Cara Berhijab Yang Betul Bagi Kaum Wanita

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Sesungguhnya banyak keutamaan tentang berhiijab, dengan berhijab menjadikan kaum wanita mempunyai kedudukan yang tinggi, kemuliaan dan kewibawaan yang besar, terpuji, menjadikannya suri tauladan yang baik, permata yang mahal dan indah yang terjaga dari gangguan orang- orang jahat dan aman dari tipu daya orang-orang yang yang mempunyai niat yang buruk. Oleh karena itu Allah subhanahu wa ta’ala mewajibkan hijab serta memuliakan ibu-ibu kaum mukminin dengannya serta anak-anak Nabi yang terpercaya, yang mereka mempunyai iman dan keyakinan. 

Alloh subhanahu wa ta’ala berfirman :


“Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu dan Allah adalah Ghofur (Maha Pengampun) lagi Rohim (Maha Penyayang).” [QS. Al-Ahzab:59]

Kelebihan Berhijab :

1. Hijab Syar’i sesuai dengan fitrah yang selamat: dan Allah subhanahu wa ta’ala telah menjadikan fitrah kepada hambanya untuk menutup aurat, oleh karena itu ketika bapak kami Adam dan ibu kami Hawa memakan buah dari pohon yang membuat kelihatan aurat mereka, maka keduanya bersegera untuk menutupnya. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

“Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Robb mereka menyeru mereka: Bukankah aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan aku katakan kepadamu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?” [QS. Al-‘Araaf:22]

Semangat dan jiwa yang baik untuk menutup aurat, termasuk dari tanda-tanda kekuasaan Allah subhanahu wa ta’ala subhanahu wa ta’ala dalilnya :


“Hai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa, Itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” [QS. Al-‘Araaf:26]

Meremehkan hijab Syar’i, dan membuka aurat serta tidak menjaganya adalah menidakkan fitrah yang bersih, bahkan ini termasuk dari perilaku jiwa yang buruk. Allah subhanahu wa ta’ala berkata:


“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya ‘auratnya.” [QS. Al-A’raaf:27]

2. Hijab Syar’i adalah merupakan ketaatan kepada Alloh dan Rosul- Nya. Allah subhanahu wa ta’ala berkata:

“Barangsiapa taat kepada Allah dan Rosul-Nya, nescaya Allah memasukkannya kedalam syurga yang mengalir didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan Itulah kemenangan yang besar.” [QS. An-Nisa’:13]

“Dan barang siapa yang taat kepada Alloh dan Rosul-Nya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya, Maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan.” [QS. An-Nur:52]

“Dan Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Maka Sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” [QS. Al-Ahzab:71]

“Dan Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rosul-Nya; niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan barang siapa yang berpaling nescaya akan diadzab-Nya dengan adzab yang pedih.” [QS. Al-Fath:17]

Meremehkan hijab Syar’i adalah maksiat kepada Allah dan Rosul-Nya, Alloh subhanahu wa ta’ala berfirman:


“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rosul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan Barangsiapa mendurhakai Allah dan Rosul-Nya Maka sungguhlah Dia telah sesat, sesat yang nyata.” [QS. Al-Ahzab:36]

3. Hijab Syar’i adalah penyuci untuk hati, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

 “Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), Maka mintalah dari belakang tabir. cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” [QS. Al-Ahzab:53]

Meremehkan hijab Syar’i sebab terhalangnya dari pembersihan hati yang sempurna, bahkan itu termasuk dari sebab-sebab rosaknya hati.

4. Hijab Syar’i adalah sebab terbesar penjagaan dari gangguan para penjahat, serta menutup kesempatan bagi siapa yang mempunyai penyakit hati. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

“Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu.” [QS. Al-Ahzab:59]

Dan dari sini, kita mengetahui bahwasanya sebab terbesar pelindung bagi wanita adalah wajibnya memakai hijab. 

Allah subhanahu wa ta’ala telah berfirman:

“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah Perkataan yang baik.” [QS. Al-Ahzab:32]

Apabila orang-orang yang jahat menginginkan sesuatu dari perempuan dengan sebab suaranya lembut, maka bagaimana pula kalau dia melihatnya berhias tanpa memakai hijab??

5. Hijab Syar’i adalah mahkota diatas kepala perempuan yang menunjukkan tentang semangatnya untuk memerbaiki dirinya, dan menjauhkan apa yang menggangunya dan menodai kehormatannya. Dan hal tersebut menunjukkan tentang selamatnya dia dari jalan-jalan keburukan, perantara-perantara kerusakan dan penyeru tabarruj (berhias). Dan senjata yang menunjukkan tentang kuatnya perempuan dalam menghadapi musuh-musuh islam. 

Meremehkan hijab akan memalingkan perhatian manusia ke kepala perempuan yang hal itu menunjukkan tentang lemahnya dia dalam menghadapi penyeru keburukan dan perantara kerusakan.

6. Hijab Syar’i adalah sebab terbesar selamat dari neraka dan keberuntungan di surga. Pada Sahih Muslim (2128) dari Abu Hurairah radhiyAllohu ‘anhu berkata: bersabda Rosululloh shallallahu ‘alayhi wa sallam:

“Dua jenis dari penduduk neraka yang tidak pernah aku melihat keduanya: kaum yang bersamanya cambuk seperti ekor sapi, yang dibuatnya untuk memukul manusia. Dan wanita yang berpakaian telanjang, berlenggak lenggok, yang kepala mereka seperti punuk Unta, mereka tidak masuk syurga, dan tidak pula mencium baunya, dan baunya itu bisa dicium dari perjalanan dari sini sampai sana.”

Dan dalam musnad Imam Ahmad (4/197) dari ‘Amr bin ‘Ash radhiyAllohu ‘anhu dia berkata:

Ketika kami bersama Nabi ` beliau berkata: “Lihatlah, apakah kalian melihat sesuatu??” maka kami katakan: “Kami melihat sekumpulan gagak yang diantara gagak tersebut putih kedua sayapnya yang merah paruhnya dan kedua kakinya.” Dan Rosululloh ` bersabda: 

“Tidak akan masuk syurga dari kalangan wanita kecuali mereka yang seperti gagak dalam sekelompok gagak-gagak tersebut.”

Dan itu adalah sebab dari maksiat serta meremehkan tentang hijab. (والأعْصَم) adalah yang putih kedua sayapnya, atau yang putih kedua kakinya. [An-Nihayah]

7. Hijab Syar’i menunjukkan tentang bagusnya mendidik, menjaga dan nasihat dari kedua orang tua. 

Meremehkan hijab Syar’i menunjukkan tentang kelalaian dalam mendidik anak perempuan, peremehan yang berbahaya dan kelalaian yang parah. Dan dalam Shohih Al-Bukhori (750) Muslim (142) dari Ma’qil bin Yasar radhiyAllohu ‘anhu berkata:

 Rosululloh shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda :


“Dan tidaklah seorang hamba yang Allah berikan dia kekuasaan, kemudian tidak menunaikan dengan nasihat kecuali dia tidak mencium baunya surga.”

Dan dalam Sahih Al-Bukhori (5200) Muslim (1829) dari ‘Abdillah bin ‘Umar berkata: bersabda Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam bersbada :

“Semuanya adalah pemimpin, dan setiap yang memimpin akan ditanyai tentang apa yang dipimpinnya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin di keluarganya, dan ditanya tentang kepemimpinannya, dan perempuan di dalam rumah suaminya adalah pemimpin, dan akan ditanya tentang kepemimpinannya.” Dan anak perempuan termasuk dari kepemimpinannya.

8. Hijab Syar’i menunjukkan tentang kecemburuan bapak-bapak, suami- suami dan walinya tentang kehormatannya. 

Meremehkan hijab Syar’i menunjukkan, bermakna  tidak pedulinya tentang kehormatan yang mahal. 

Dari Sa’id bin Zaid radhiyAllohu ‘anhu berkata, Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda :

“Barang siapa dibunuh karena kehormatannya, maka dia syahid.”

9. Hijab Syar’i adalah tanda bagi perempuan untuk menjadi suri tauladan yang baik dikalangan perempuan. 

Meremehkan hijab Syar’i adalah sebab terhalangnya dari suri tauladan yang baik, bahkan menjadi contoh yang buruk bagi anak-anak perempuannya dan saudara perempuannya. 

Alloh subhanahu wa ta’ala bersabda:

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang Amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, maka bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. dan Allah  Maha mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.” [QS. An-Nur:19]

10. Hijab Syar’i merupakan sebab terbesar selamatnya masyarakat dari fitnah, kerusakan dan kehancuran: dalam Al-Bukhori (5096) Muslim (2741) dari Usamah bin Zaid radhiyalAllohu ‘anhuma dia berkata 

Rosululloh shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki dari pada wanita.”

Dan Shohih Muslim (2742) dari Abi Sa’id Al-Khudri berkata: bersabda
 

Rosululloh shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda :

“Hati-hatilah dari dunia, dan hati-hati dari wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah Bani Isra’il terjadi di sebabkan wanita.”

Meremehkan hijab Syar’i termasuk dari sebab rosaknya masyarakat dan jalan yang boleh menjerumuskan seseorang wanita itu jatuh dalam perbuatan keji dan mungkar. 

Dan dalam Al-Bukhori (6612) Muslim (2657) dari Abi Huroiroh radhiyAllohu ‘anhu berkata: bersabda Rosululloh shallallahu ‘alayhi wa sallam:

Telah dituliskan kepada Bani Adam bahagiannya dari zina yang akan dia dapati hal itu, kedua mata zinanya dengan melihat, kedua telinga zinanya dengan mendengar, lisan zinanya dengan berbicara, tangan zinanya dengan bertindak, kaki zinanya dengan berjalan, hati dengan hawa nafsu akan membayangkan dan akhir sekali yang akan membenarkan dan mendustakan hal tersebut adalah kemaluan.” 

Maka sungguh mulianya keutamaan hijab Syar’i. Dan alangkah ruginya bagi siapa yang meremehkan hal ini.

Adapun syarat-syarat hijab Syar’i yang terdapat pada dalil-dalil adalah seperti berikut:

1. Harus menutup seluruh tubuhnya secara sempurna.
 

2. Harus tertutup tidak tipis.
 

3. Harus lebar tidak boleh sempit, apabila tipis atau ketat maka tidak terjadi penutup yang wajib.

4. Tidak boleh pakaian yang asalnya adalah hiasan.


5. Tidak boleh pakaian syuhroh (semua pakaian yang menyelisihi syari’at).


6. Tidak memakai wewangian.


7. Tidak menyerupahi pakaian laki-laki.


8. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.




Wallahu a'lam.


Sumber : asy-Syaikh ‘Abdulloh bin Ahmad al-Iryani