Bismillah
Teks : Ummu Sumayyah
Kali ini saya ingin menceritakan pula tentang pengalaman saya dengan minyak aromatheraphy. Tetapi sebelum itu izinkan saya memberi sedikit gambaran kepada pembaca tentang minyak ini dan bagaimana saya boleh suka dengannya.
Oleh
kerana saya mempunyai lapan orang anak yang mana ianya boleh dikatakan ramai jugalah buat
orang sekarang. Kalau zaman dahulu, mungkin lapan orang anak itu adalah
perkara biasa...pernah salah seorang daripada sahabat suami saya menanyakan kepadanya akan berapa bilangan anak yang beliau miliki. Sebaik sahaja suami saya menjawab
soalan tersebut, dengan lantasnya terlihat perubahan yang jelas pada wajah sahabatnya itu sehingga membuatkan mulutnya ternganga. Dengan spontan, sahabatnya terus
berkata kepada suami saya “Saya tidak
boleh ‘imagine’ bagaimana awak boleh membesarkan lapan orang anak pada zaman
sekarang ini dengan hanya seorang sahaja yang keluar bekerja untuk mencari rezeki”. Tambahan pula pada masa itu kami masih tinggal di
Kuala Lumpur.
Bagi saya anak-anak adalah anugerah daripada Allah dan Allah pasti akan mengurniakan anak kepada sesiapa yang dia mahu. Kita kena ingat bahawasanya anak-anak adalah pinjaman daripada Allah untuk kita menjaganya serta mendidik mereka. Kebanyakan ibu bapa sekarang hanya pandai menjaga anak akan tetapi tidak pandai mendidik anak. Allahulmusta’an. Moga Allah memberi saya kekuatan dan kesabaran dalam menjaga serta mendidik anak-anak. Ameen.
Sudah menjadi ketetapan Allah ta'ala kepada manusia iaitu semakin ramai anak yang dimiliki seseorang, maka dia juga dapat melihat beraneka ragam perangai dan tabiat. Begitu juga dengan saya, anak-anak saya ada yang kuat makan, ada yang memilih makanan, ada yang kaki jalan, ada yang suka terperap dalam rumah, ada yang rajin, ada yang kurang rajin, dan ada yang apabila menaiki kereta sahaja,pasti muntah (mabuk perjalanan) dan ini yang paling mencabar sekali sebenarnya.
Kadang
kala, jikalau Allah kurniakan kepada kami dengan kelebihan rezeki, kami sering juga membawa anak-anak pergi makan
angin. Tetapi hanya terhad di dalam Malaysia sahaja. Nak dijadikan cerita, ada seorang anak saya ni dia
memang sensitif kalau naik kereta. Tidak kiralah perjalanan itu dekat ataupun jauh, pasti dia akan muntah. Kadang-kadang saya sampai fikir dua kali kalau nak bawa
dia naik kereta. Tambahan pula kalau jalan yang bengkang bengkok, sampai dua
tiga kali kena tukar plastik muntahnya. Saya masih ingat lagi pada suatu hari
saya menceritakan masalah anak saya tu kepada salah seorang sahabat baik saya. Apabila mendengar masalah saya ketika itu, dia
terus membuka tas tangannya dan mengeluarkan minyak aromatherapy dan beri kepada
saya. Lalu dia menyuruh saya menyapu minyak tersebut pada anak saya yang suka
muntah itu. Saya terus ambil minyak tersebut dan membuka penutupnya lalu mencium bau minyak aromatheraphy tersebut. Alhamdulillah saya dapati minyak ini mempunyai
aromanya yang tersendiri. Berbeza
dari minyak angin biasa. Namanya Minyak Angin Safe Care Roll On Aromatheraphy
keluaran Indonesia. Apabila saya
mencubanya, saya terasa dingin dan sungguh menyegarkan.
Saya
masih ingat lagi, ada sekali kami bercadang untuk pergi ke Cameron Highland. Seperti biasa saya akan menyediakan beberapa helai plastik untuk kegunaan anak saya apabila dia ingin muntah. Setelah dinasihatkan oleh kawan
saya tempoh hari,saya pun mengoles minyak tersebut ke bahagian-bahagian tertentu daripada badan anak saya sebelum kami memulakan perjalanan . Begitu juga semasa di dalam
perjalanan, minyak tersebut sentiasa berada pada anak saya dan dia akan
menghidu aromanya. Alhamdulillah dengan izin Allah apabila kami sampai
ke puncak Cameron Highland, hanya sekali sahaja anak saya muntah,itu pun apabila
kami sudah hampir ke puncak. Begitu juga semasa dalam perjalanan pulang dari
Cameron Highland. Alhamdulillah buat
pertama kalinya anak saya tidak muntah langsung sepanjang perjalanan itu
sehingga kami sampai ke rumah.
Sejak
dari itulah saya rasa sungguh teruja dengan minyak ini dan apabila ada apa-apa
masalah seperti selsema, hidung tersumbat, pening-pening kepala, lenguh-lenguh,
masuk angin dan kembung perut serta mabuk perjalanan, saya akan menggunakan minyak
aromatheraphy ini pada keluarga saya. Pendek kata, stok minyak itu sentiasa
saya simpan di rumah dan di dalam tas tangan saya.
Komposisi
minyak angin Safe Care ini terdiri daripada campuran Menthol, Camphor dan
Essential Oil yang berkhasiat sebagai
aromatheraphy yang boleh melegakan masalah-masalah yang saya sebutkan di atas.
Dan yang paling saya suka sekali dengan minyak ini adalah penyediaannya dalam bentuk kemasan roll-on. Jadi senang dan amat praktikal (tidak mudah tumpah) untuk digunakan walaupun
pada anak-anak kecil. InsyaAllah saya akan terus menggunakan minyak
aromatheraphy ini.
Sekiranya
ada sesiapa yang ingin mencuba minyak aromatheraphy ini dan tidak tahu
bagaimana untuk mendapatkannya bolehlah menghubungi saya.
0192270840 ( Ummu Sumayyah )
0192790952 ( Abu Sobir )
Harga sebotol RM12 (tidak termasuk kos penghantaran)
Untuk pertanyaan, kami juga sentiasa available di Whatsapp.
.Minyak Angin Aromatherapy
Safe Care Role On (Mind & Spirit)
.

- See more at: http://www.rizi-biz.com/minyak-angin-aromatherapy-safe-care/#sthash.dFX5V6ad.dpuf
.Minyak Angin Aromatherapy
Safe Care Role On (Mind & Spirit)
.

- See more at: http://www.rizi-biz.com/minyak-angin-aromatherapy-safe-care/#sthash.dFX5V6ad.dpuf
.Minyak Angin Aromatherapy
Safe Care Role On (Mind & Spirit)
.

- See more at: http://www.rizi-biz.com/minyak-angin-aromatherapy-safe-care/#sthash.dFX5V6ad.dpuf
0 comments:
Post a Comment