Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Friday 9 May 2014

Ukuran Kemuliaan Seseorang

Dari: Ummu Ahmad ( zahra )

Kata Abu Hurairah  Radiyallahu 'anhu- : Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam : (( Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak memandang kepada  tubuh badan kalian, tidak juga rupa paras.  Akan tetapi , Dia memandang kepada hati-hati kalian dan juga amalan-amalan kalian )). HR Muslim

Di dalam hadith ini, Nabi menerangkan ukuran kemuliaan seseorang disisi Allah. iaitu hati dan amalan.

Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. dan Allah telah berfirman :

{ Sesungguhnya orang paling mulia dikalangan kalian disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa  } 
-  [ Al - Hujurat  : 13 ].

Mereka yang baik hati dan amalan itulah orang yang bertakwa. Takwa sebaimana maklum ialah      melakukan perintah dan meninggalkan larangan. Mereka berusaha memperbaiki hati dan amalan 
agar sentiasa menepati perintah agama demi mencapai kedudukan yang mulia disisi Allah.

Ukuran kemuliaan seseorang bukan dengan rupa paras yang bagus dan sosok tubuh yang mantap.        Begitu juga kedudukan,  keturunan,  harta  dan lain-lain. Semuanya bukan ukuran.

Agama itulah ukuran sebenarnya. Orang yang mulia adalah orang yang mulia disisi Allah walaupun            hina disisi manusia. Maka, Berusahalah memperbaiki hati dan amalan. Itulah ukuran.

Jadikanlah agama seseorang ukuran disisi kamu sebagaimana ia merupakan ukuran disisi Allah.
kamu menyukai seseorang bukan kerana apapun selain agama. Bukan kerana kedudukannya, Bukan   kerana keturunannya, Bukan kerana dia orang kaya dan lain-lain.

Saudaraku, Kamu tetap mulia sebagaimana kamu menjaga agama walaupun kamu miskin tidak berharta 
, Tidak berkedudukan dan tidak memiliki rupa paras yang bagus.

selamat membaca...

0 comments:

Post a Comment