Teks : Ummu Sumayyah
Entri saya kali ini berkisar kepada makanan tambahan (supplement) yang saya amalkan sejak dari awal tahun yang lalu iaitu Enzim Noni (Buah Mengkudu) keluaran dari BSY (M) S/B. Maklumlah apabila usia sudah menginjak 40an ini, badan pun mulai rasa lemah-lemah, naik tangga sedikit pun lutut sudah terasa dan pada waktu-waktu begini jugalah kebanyakan penyakit bakal datang. Sebelum penyakit-penyakit yang lebih kronik singgah pada tubuh saya lebih baik saya mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan semua penyakit itu sudah ditakdirkan oleh Allah tetapi kita sebagai manusia harus mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu dengan menjaga kesihatan diri sendiri. Apabila sudah ada usaha ke arah itu dan kita sakit juga, itu barulah dinamakan takdir Allah. Wallahua'lam.
إِنَّ اللهَ لَمْ يَنْزِلْ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ مَعَهُ دَوَاءً جَهِلَهُ مَنْ جَهِلَهُ وَعَلِمَهُ مَنْ عَلِمَهُ
“Sesungguhnya Allah tidaklah
menurunkan penyakit melainkan menurunkan bersamanya ubat. Tidak tahu
orang yang tidak tahu dan tahulah orang yang tahu” HR. Ahmad No. 3922, Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan hadits ini shahih lighairihi
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
إن الله أنزل الدواء، وأنزل الداء، وجعل لكل داء دواء، ولا تداووا بحرام
“Sesungguhnya Allah lah yang
menurunkan ubat dan penyakit. Allah jugalah yang menjadikan ubat setiap
penyakit. Maka janganlah kalian berubat dengan yang haram” HR. Abu Daud 3874
Alhamdulillah sejak saya berhenti kerja, saya dan suami banyak mengkaji tentang kesihatan terutama tentang punca penyakit dan cara mengatasinya. Terdapat berbagai-bagai metod pengubatan yang sudah diperkenalkan dan diamalkan oleh manusia dari berbagai suku, kaum dan bangsa. Sebenarnya, ini adalah salah satu kurniaan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala juga. Kita sebagai manusia yang diberi akal oleh Allah berhak memilih samada cara pengubatan yang bagaimana yang kita inginkan asalkan ianya tidak membawa kepada keharaman.
Begitu juga dengan keluarga saya, saya lebih cenderung kepada kaedah rawatan yang tidak menggunakan ubatan kimia yang boleh memberikan kesan sampingan jangka panjang kepada tubuh. Biasanya saya akan mengubati penyakit anak-anak saya dengan merangsang sistem imun mereka dengan melakukan proses pemyembuhan sendiri. Saya sudah mempraktikkan kaedah ini kepada keluarga saya contohnya kesemua anak-anak saya tidak mengambil sebarang imunisasi sejak lahir, dan alhamdulillah mereka semua tidak mengalami sebarang masalah yang kronik. Hanya sekali sekala mereka demam itupun jarang sekali saya mengambil ubat doktor. Saya hanya akan beri mereka makan madu dan minyak habbatussawda.
Berbalik kepada tajuk entri kali ini tentang enzim. Tetapi sebelum itu saya ingin berkongsi sedikit tentang apakan itu enzim. Dan kenapa ianya penting pada tubuh kita. Enzim merupakan sejenis protin yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia untuk melancarkan sistem metabolisma tubuh dan memaksimakan fungsi organ tubuh serta melancarkan proses pencernaan. Sebenarnya sumber enzim banyak terdapat pada makanan di persekitaran kita tetapi sayangnya banyak sumber enzim di dalam makanan itu telah hilang disebabkan oleh kesalahan dalam cara masakan kita. Tambahan pula jenis masakan melayu yang banyak di tambah dengan santan, rempah dan perisa.
Oleh sebab itulah saya mencari satu solusi untuk menggantikan enzim di dalam tubuh saya yang semakin berkurangan iaitu dengan mengambil enzim tambahan daripada buah mengkudu ini. Buah Noni atau buah mengkudu ini kaya dengan pelbagai ramuan perubatan sehingga dikenali sebagai 'Ratu Tumbuhan'
Bagaimana caranya menggunakan enzim noni.
Enzim noni ini disarankan diambil 2 kali sehari, semasa bangun tidur dan sebelum tidur. Caranya :
1) Sebaik bangun dari tidur, sebelum berbuat apa-apa (bersugi dan sebagainya), minum segelas air yang ditapis.
2) Kemudian titiskan lebih kurang 4-5 titik enzim noni dengan menggunakan
dropper di bawah lidah dan kemam dalam 2-3 minit sehingga hilang rasa kemasamannya barulah telan seperti biasa.
(PERHATIAN : Semasa menitiskan enzim dibawah lidah, Pastikan hujung dropper tidak bersentuhan dengan lidah utk mengelakkan ia tercemar dengan air liur basi. Jika terkena, bilas dengan air panas sebelum ditutupkan kembali)
(PERHATIAN : Semasa menitiskan enzim dibawah lidah, Pastikan hujung dropper tidak bersentuhan dengan lidah utk mengelakkan ia tercemar dengan air liur basi. Jika terkena, bilas dengan air panas sebelum ditutupkan kembali)
3) Selepas itu, minum lagi seteguk air yang ditapis.
4) Ulangi sekali lagi malam sebelum tidur mengikut langkah-langkah yang sama.
5)
Bagi rawatan luaran (luka-luka, kegatalan, gangrene, sakit mata,
katarak dsb), enzim noni boleh terus dititis pada tempat yang sakit.
Perkara Yang Harus Dielakkan :
Perkara Yang Harus Dielakkan :
1) Elakkan memakan apa-apa makanan dalam jangkamasa 2 jam setelah mengambil enzim noni.
2) Elakkan dari merokok, meminum minuman berkafein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola, pepsi dalam jangkamasa 2 jam selepas mengambilnya.
3)
Kesan-kesan pemulihan boleh dirasai biasanya dalam jangkamasa tertentu. Jangan
hentikan pengambilan enzim noni sehingga kesan pemulihan reda dan
penyakit dipulihkan sepenuhnya.
Bagaimana enzim noni ini bertindak :
1) Terdapat 2 enzim utama (proxeronase, proxeronine) yang membentuk xeronine, iaitu enzim utama dalam enzim noni yang menguatkan sistem pertahanan badan dalam menentang penyakit-penyakit kronik.
2) Xeronine
ini akan bercantum dengan protein dari makanan yang kita ambil untuk
berfungsi membina semula sel-sel tubuh, merawat sel-sel yang rosak dan
memusnahkan sel-sel yang berpenyakit.
3)
Ia akan membina semula sel-sel kulit, tulang dan rambut, menghantar
nutrisi ke seluruh badan dan mengawal hormon di dalam badan.
4) Ia mengukuhkan sistem kekebalan tubuh.
5) Ia juga mendetoksifikasi tubuh (membuang toksik-toksik yang terkumpul dalam tubuh sekian lama).
Satu botol enzim = RM40
Kalau beli satu kotak besar ada 10 botol enzim di dalam nya. Harga boleh dirunding.
Tel @ Whatsapp saya 019-2270840 (Ummu Sumayyah)
![]() |
Banyak lagi produk yang dikeluarkan oleh BSY (M) ini, tetapi yang istimewanya semua produknya berasaskan dari buah Mengkudu (Noni). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang produk-produk lain, bolehlah singgah ke http://noni-2u.blogspot.com/ |
0 comments:
Post a Comment