Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Tuesday 17 September 2013

Sabun Susu Kambing Dengan Kolagen

Bismillah.

Teks : Ummu Sumayyah


Kali ini saya ingin berkongsi pula dengan pembaca sekalian tentang kisah sabun muka. InsyaAllah apa yang akan saya paparkan di dalam blog ini kebanyakannya adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri ataupun ahli keluarga saya yang telah  menjadi bahan ujikajinya. 

Oleh kerana saya mempunyai ramai anak perempuan jadi sudah semestinya berbagai masalah kulit muka yang sering kami hadapi. Tiga daripada  lima orang  puteri saya  mempunyai kulit muka yang jenis berminyak. Antara ciri kulit muka berminyak ini ialah muka mereka senang ditumbuhi jerawat. Kadang kala saya sebagai ibu mereka naik buntu. Apa saja produk yang direkomendasikan oleh rakan-rakan saya sama ada sabun muka ataupun krim muka siang / malam, saya pasti akan membelinya untuk mereka cuba, tidak kira berapa harganya. Ada yang mahal dan ada juga yang murah.

Mungkin bukan rezki saya, walaupun sudah banyak produk yang dicuba tetapi semuanya tidak memberi kesan yang memuaskan. Kadangkala ada juga produk yang pada permulaannya nampak ada tanda-tanda positif tapi setelah memakainya beberapa ketika, jerawatnya muncul kembali sehingga kadang-kadang, jerawat itu akan naik dengan lebih banyak lagi. Hingga sampai ke tahap mereka naik bosan dan tidak sabar lagi sehingga mengambil keputusan untuk mengupas atau mencungkil jerawat tersebut dan akhirnya meninggalkan kesan parut jerawat atau bintik hitam di muka. Niat nak hilangkan jerawat, tetapi makin teruk jadinya sehingga nampak parut atau bekas jerawat. Allahulmusta'an.


Sehinggalah pada suatu hari puteri sulung saya entah dari mana dia mendapat idea untuk mencuba sabun muka yang dibuat daripada susu kambing. Lalu dia meminta saya untuk mencarinya. Alhamdulillah, pada suatu hari ketika saya dan suami pergi ke Thailand atas urusan kerja, saya terjumpa sejenis sabun susu kambing dengan kolagen keluaran K.Brothers (Thailand). Setelah membuat sedikit kajian di internet tentang sabun keluaran syarikat ini, maklumlah, berita yang sering saya dengar daripada rakan-rakan biasanya mereka menyuruh kita untuk lebih berhati-hati dengan produk keluaran  Thailand ini. Oleh sebab itulah, saya lebih selektif dalam memilih produk dari Thailand. Hasil kajian pun dijalankan dan setelah berpuas hati, barulah saya membeli sekotak sabun itu dengan tujuan percubaan pada awalnya

Sesampainya saya di rumah, saya terus memberikan sabun tersebut kepada puteri sulung saya untuk dia mencubanya, memandangkan dialah yang mula-mula meminta saya membelikan sabun itu untuknya. Pada masa itu adik-adik beliau masih tidak berani lagi untuk mencuba kerana sudah 'fobia' agaknya. Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah menggunakan sabun tersebut beberapa kali, tiada sebarang tindak balas yang negatif berlaku. Begitu juga dengan jerawat baru, tidak ada tanda-tanda yang menandakan ianya mahu timbul. Ada sedikit keyakinan dalam dirinya untuk terus menggunakan sabun tersebut. Setelah habis sekotak sabun itu digunakannya dan nampak ada  kesesuaian  dengan kulit mukanya, maka saya terus membeli satu kotak besar yang terdapat sepuluh kotak kecil sabun di dalamnya.


Apabila melihat akan kesan positif ke atas kulit muka puteri sulung saya, maka barulah adik-adiknya pula ingin mencuba. Agaknya memang kulit anak-anak saya sesuai dengan sabun susu kambing ini. Sejak dari itu mereka terus menggunakan sabun susu kambing itu sampailah sekarang. Alhamdulillah semua kulit muka anak -anak saya sudah menjadi seperti sedia kala tidak ada lagi masalah jerawat. Dan di sini, saya dapat belajar satu faedah yang amat penting untuk kita semua ketahui iaitu tidak semua barang murah itu tidak berkualiti dan tidak semua barang mahal itu berkualiti dan semuanya kembali kepada situasi dan kondisi konsumer.

Bagi pembaca yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sabun susu kambing ini, di sini saya ingin menceritakan serba sedikit apa yang saya tahu tentang sabun ini. Sabun susu kambing keluaran K.Brothers (T) ini merupakan sabun alami yang diformulasikan dengan susu kambing dan kolagen yang mempunyai banyak menafaat. Ianya sangat baik untuk kulit. Kandungan susu kambing adalah di antara yang memberikan banyak nutrisi penting supaya kulit kita kelihatan lebih cerah, putih dan halus. Tambahan pula apabila ianya dikombinasikan dengan kolagen yang berkhasiat untuk membuat kulit kenyal, tegang dan bersinar.


Khasiat sabun susu kambing dengan kolagen ini adalah : 
  •   Memutih serta menghaluskan kulit.
  •   Menghilangkan bekas-bekas jerawat serta bintik hitam di muka.
  •   Kulit tampak bersinar dan tegang
  •   Memutihkan bahagian tubuh tertentu seperti celah ketiak, kelangkang dan siku.
  •   Memberi kelembaban pada kulit.
  •   Menghilangkan garis-garis halus di wajah.
Bagi sesiapa yang ingin mencuba sabun susu kambing dengan kolagen ini dan tidak tahu di mana untuk mendapatkannya, bolehlah hubungi saya. Harga untuk 1 kotak kecil adalah RM 3.00. Sedang harga 1 kotak besar yang terdapat 10 kotak kecil di dalamnya adalah  RM25.00 (Tidak termasuk kos penghantaran).

0192270840 ( Ummu Sumayyah )
0192790952 ( Abu Sobir )

Untuk pertanyaan, kami juga sentiasa available di whatsapp.










" Kejujuran menentukan keuntungan yang sebenar "

2 comments: