teks : ummu sumayyah.
Firman Allah ta'ala dlm surah (Al-Maa’idah, 3) yang bermaksud :
“Pada hari ini (Hari 'Arafah) telah Aku sempurnakan bagi kamu Agama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu
menjadi Agama untuk kamu”
Maka, ini merupakan nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah ke atas kita umat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Dia telah menyempurnakan bagi kita agama kita. Maka kita tidak memerlukan kepada agama lain selain dari agama islam. Begitu juga dengan nabi, kita tidak memerlukan juga kepada selain Nabi yang diutuskan kepada kita sallallahu 'alaihi wasallam. Oleh kerana itu Allah menjadikan baginda sebagai Nabi yang terakhir lagi termulia.
Tidak ada yang halal kecuali apa yang telah dihalalkan olehnya. Tidak ada yang haram kecuali apa yang telah diharamkan olehnya. Tidak ada agama kecuali apa yang telah disyariatkan olehnya. Tidak perlu untuk kita mendahulukan akal kita dalam melakukan suatu ibadah. Cukup dengan dalil. Ada dalil, silakan buat. Tidak ada dalil awas jangan nak memandai buat. Jangan rasa diri lebih pandai daripada Allah dan Rasul, kerana setiap apa yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul adalah benar dan setiap apa yang ditentukan oleh Allah adalah adil.
Allah berfirman:
وتمت كلمة ربك صدقا وعدلا
Maknanya: Dan telah sempurnalah kalimat Rabb-mu dengan benar dan adil.
Kalimat Allah
mencangkupi segala berita yang dikhabarkan di dalam Al-Quran baik berupa
kisah para Nabi yang terdahulu mahupun kisah ghaib yang akan berlaku
nantinya di hari akhirat dan mencangkupi juga segala perintah, larangan
dan janji yang Allah janjikan di dalam Al-Quran. Baik janjinya kepada
orang orang yang beriman mahupun janjinya kepada orang orang kafir.
Jadi, segala
khabar yang Allah sampaikan kepada kita di dalam Al-Quran adalah benar
benar belaka. Dan segala perintah dan larangan yang Allah tetapkan di
dalam Al-Quran adalah adil adil belaka. Begitu juga dengan janji janji
Allah. semuanya adil dan benar.
Wallahu a'lam.
Sumber:Anakanda,Wan shahir
0 comments:
Post a Comment