Copyright © Ummu Sumayyah's Online Market
Design by Dzignine
Saturday, 16 November 2013

Siapakah Nabi Kamu?

Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Sambungan dari entri sebelum ini, soalan terakhir yang akan ditanya ketika di dalam kubur.

3. MENGENAL NABI MUHAMMAD Sallallahu Alaihi Wasallam.

Beliau adalah Muhammad bin ‘Abdullah, bin ‘Abdul Muthalib, bin Hasyim. Hasyim adalah termasuk suku Quraisy, suku Quraisy termasuk bangsa Arab, sedang bangsa Arab adalah termasuk keturunan Nabi Isma’il, putra Nabi Ibrahim alaihisallam. Semoga Allah melimpahkan kepadanya dan kepada Nabi kita sebaik-baik shalawat dan salam.

Tempat asal beliau adalah Makkah. Beliau berumur 63 tahun, diantaranya 40 tahun sebelum beliau menjadi nabi dan 23 tahun sebagai nabi serta rasul.

Beliau diangkat sebagai nabi dengan ‘Iqra’ dan diangkat sebagai rasul dengan surat ‘Al Mudatstsir’.

Beliau diutus Allah untuk menyampaikan peringatan menjauhi syirik dan mengajak kepada tauhid. seperti dalam dalil Q74:1-7:

 “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu sampaikanlah peringatan. Agungkanlah Tuhanmu. Sucikanlah pakaianmu. Tinggalkanlah berhala-berhala itu. Dan janganlah kamu memberi, sedang kamu menginginkan balasan yang lebih banyak. Seta bersabarlah untuk (memenuhi perintah) Rabbmu”.

Beliaupun melaksanakan perintah ini (mengajak kepada tauhid) dengan tekun dan gigih selama 10 tahun. Setelah 10 (sepuluh) tahun, beliau di-mi’raj-kan (diangkat naik) ke atas langit dan disyariatkan kepada beliau shalat 5 waktu. Beliau melakukan shalat di Makkah selama 3 tahun. Kemudian sesudah itu beliau diperintahkan untuk berhijrah ke Madinah.

Hijrah pengertiannya adalah pindah dari lingkungan syirik ke lingkungan Islam.

Hijrah ini merupakan kewajiban yang harus dilaksanakan umat Islam. Dan kewajipan hukumnya tetap berlaku sampai hari Kiamat. Adapun dalilnya: Q4:97-99, Q29:56 dan Hadith Riwayat Ahmad:

 “Hijrah tetap akan berlangsung selama pintu taubat belum ditutup, sedang pintu taubat tidak akan ditutup sebelum matahari terbit dari barat”.

Setelah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menetap di Madinah, disyariatkan kepada beliau zakat, puasa, haji, adzan, jihad, amar ma’ruf & nahi mungkar serta syariat-syariat Islam lainnya.

Beliau pun melaksanakan untuk menyampaikan hal ini dengan tekun dan gigih selama 10 (sepuluh) tahun. Setelah itu beliau wafat, sedang agamanya tetap murni.

Inilah agama (din) yang beliau bawa, tiada suatu kebaikan yang tidak beliau tunjukkan kepada umatnya dan tiada suatu keburukan yang tidak beliau peringatkan kepada umatnya supaya dijauhi. Kebaikan yang beliau tunjukkan adalah TAUHID serta segala yang dicintai dan diredhai Allah, sedang keburukan yang beliau peringatkan supaya dijauhi adalah SYIRIK serta segala yang dibenci dan tidak disenangi Allah.

Nabi Muhammad Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diutus oleh Allah kepada seluruh umat manusia, dan diwajibkan kepada seluruh jin dan manusia untuk mentaatinya. “Katakanlah… Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua” [Q7:158].

Dan melalui beliau, Allah telah menyempurnakan agama-Nya untuk kita. “…Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu dan Aku lengkapkan kepadamu nikmat-Ku serta Aku ridhai Islam itu menjadi agama bagimu” [Q5:3].

Adapun dalil yang menunjukan bahwa beliau juga wafat adalah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka pun akan mati (pula). Kemudian, sesungguhnya kamu nanti pada hari Kiamat berbantah-bantahan di hadapan Rabbmu” [Q39:30-31].

Manusia sesudah mati, mereka nanti akan dibangkitkan kembali. “Berasal dari tanahlah kamu telah Kami jadikan dan kepadanya kamu Kami kembalikan serta darinya kamu akan Kami bangkitkan sekali lagi.” [Q20:55] serta Q71:17-18.

Setelah manusia dibangkitkan, mereka akan dihisab dan diberi balasan sesuai dengan amal perbuatan mereka, Q53:31. Barang siapa yang tidak mengimani kebangkitan ini, maka dia adalah kafir, Q64:7.

Allah telah mengutus semua rasul sebagai penyampai khabar gembira dan pemberi peringatan, “(Kami telah mengutus) rasul-rasul menjadi penyampai khabar gembira dan pemberi peringatan, supaya tiada lagi suatu alasan bagi manusia membantah Allah setelah (diutusnya) para rasul itu…” [Q4:165].

Rasul pertama adalah Nabi Nuh Alaihissalam dan rasul terakhir adalah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, serta beliaulah penutup para nabi. Q4:163.

Dan Allah telah mengutus kepada setiap umat seorang rasul, mulai dari Nabi Nuh Alaihissalam sampai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, dengan memerintahkan mereka untuk beribadah kepada Allah semata dan melarang mereka beribadah kepada thaghut*), Q16:36. Dengan demikian, Allah telah mewajibkan kepada seluruh hamba-Nya supaya bersikap kafir kepada thaghut dan hanya beriman dan bertaqwa kepada-Nya.

*)Thaghut: setiap yang diperlakukan manusia secara melampaui batas (yang telah ditentukan Allah), seperti dengan disembah, atau diikuti, atau dipatuhi. (Ibnu Al Qayyim)

Thaghut banyak macamnya, tokoh-tokohnya ada 5 (lima):
  1. Iblis, yang telah dilaknat Allah
  2. Orang yang disembah, sedang dia sendiri rela
  3. Orang yang mengajak manusia untuk menyembah dirinya
  4. Orang yang mengaku tahu sesuatu yang ghaib
  5. Orang yang memutuskan sesuatu tanpa berdasarkan hukum yang telah ditetapkan Allah.
Tiada paksaan dalam (memeluk) agama ini.Sungguh telah jelas kebenaran dari kesesatan. Maka barang-siapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka dia benar-benar telah berpegang teguh dengan tali yang terkuat, yang tidak akan terputus tali itu. Dan Allah Maha Mendengan lagi Maha Mengetahui.” [Q2:256].

Ingkar kepada semua thaghut dan iman kepada Allah saja, sebagaimana dinyatakan dalam ayat di atas adalah hakikat syahadat “Laa illaaha illallaah

Pokok persoalan (agama) adalah Islam, dan tiangnya adalah solat sedang puncaknya adalah jihad fi sabilillah” [HR At Thabarani & At Tirmidzi].

Seseorang yang soleh akan menjawab tiga soalan di atas dengan betul, maka bergembiralah roh mereka yang dapat menjawabnya dengan betul kerana masa menantikan kebangkitan semula adalah menyeronokkan. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang tidak dapat menjawab seperti yang telah disebutkan maka akan menderita Azab Kubur hingga hari pengadilan. Nauzubillah.


(Rujuk kitab Tiga Landasan Utama karangan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah ta'ala)

0 comments:

Post a comment